Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JOHOR DILANDA PETAKA


Monday, July 22, 2013

Bala dalam bulan Ramdhan di Johor akibat kecuaian manusia!

Jika kejadian musibah berlaku di Pulau Pinang hebaoh sentor Malaysia,, tetapi bila kejadian berlaku di negero totok umno Johor,,, sunyi sepi....

BAK MEDAN PERANG: Orang ramai melihat kerosakan di Jalan Bukit 2, Bandar Seri Alam, Johor Bahru, kelmarin menyusuli kejadian bongkah-bongkah batu berterbangan dari sebuah kuari berhampiran. Dalam kejadian itu, sekitar 20 kereta remuk akibat dihempap bongkah-bongkah batu yang berterbangan itu. 


'Hujan batu' di Johor

Satu mati, 14 kilang rosak, 20 kereta remuk selepas bongkah batu berterbang ekoran letupan di kuari granit
JOHOR BAHRU: Dalam masa kurang lima minit, kawasan perindustrian Seri Alam berubah menjadi bak medan perang dengan sekitar 20 kereta remuk akibat dihempap bongkah-bongkah batu yang berterbangan.
Kejadian yang berlaku sekitar 12.30 tengah hari kelmarin itu menyebabkan seorang pekerja kilang warga Nepal terbunuh, menurut laporan akhbar The Star, semalam.
Selain warga Nepal itu, seramai 11 orang lain cedera dalam kejadian yang berlaku menyusuli satu letupan di kuari granit yang berada di atas bukit, sekitar 500 meter daripada sebuah kilang plastik.
Para pekerja kilang plastik yang panik melarikan diri mencari perlindungan setelah batu pelbagai saiz, termasuk ada yang sebesar kereta Perodua Kancil, menghujani kawasan perindustrian itu.
Batu-batu yang melayang akibat letupan di kuari itu turut merosakkan 14 kilang lain di kawasan perindustrian berkenaan.
Pekerja Nepal yang berusia sekitar 30-an tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian setelah kepalanya dihentak batu yang melayang.
Seorang lagi pekerja Nepal di kilang itu yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Bador berkata beliau dan rakan-rakan sekerjanya terlibat dalam tugas membungkus apabila mereka terdengar bunyi dentuman kuat.
"Tiba-tiba 'hujan batu' bermula. Saya lihat mangsa terkena batu dan rebah," katanya sambil menambah beliau segera lari keluar dari kilang itu untuk menyelamatkan diri.
Kuari milik syarikat Mados Sdn Bhd itu telah beroperasi selama lebih 20 tahun.
Seorang saksi berkata beliau sering mendengar kuari itu menjalankan kerjakerja meletupkan batu sekitar waktu tengah hari, tetapi ini merupakan kali pertama bongkah-bongkah batu terpelanting ke kawasan kaki bukit.
Menurut Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Encik Mohd Rizal Buang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.14 petang.
Beliau berkata seramai 37 kakitangan jabatan itu, dari balai bomba Pasir Gudang dan Johor Jaya, telah dikerahkan ke tempat kejadian sementara mayat mangsa dan mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail.
"Kami telah memberitahu pengendali kuari supaya menghentikan semua kerja sementara kami melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.
"Letupan itu menyebabkan batu dan serpihan melayang dalam lingkungan satu kilometer daripada kuari berkenaan," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, semalam merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian itu.
Dalam kenyataan media yang dimuat naik ke akaun rasmi beliau di Facebook semalam, Datuk Seri Khaled berkata beliau "kini sedang menunggu laporan terperinci daripada agensi penguatkuasaan terlibat untuk diteliti bagaimana kejadian itu boleh berlaku".
Tambahnya, kerajaan Johor tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas sekiranya "terdapat unsur-unsur cuai" yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut.

Sumber : Klik Sini
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.