Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAFIRKAN SYI'AH ATAU DIAM !

SELANGOR TELAH LAMA MEWARTAKAN ANTI SYI'AH, ERTINYA MEMUSUHI SYI'AH, SEBAB-SEBABNYA  TIDAK DIJELASKAN ! DALAM MASALAH AGAMA SEPATUTNYA IA DIPERJELASKAN SUPAYA JANGAN ADA RAKYAT DI NEGARA INI TERSESAT OLEH FAHAMAN SYI'AH, JIKA SETAKAT MENGATAKAN ANTI SYI'AH SAHAJA ATAU NAK MENGHAMBAT PENGIKUT TERSEBUT MAKA IA BERMAKNA MENCARI ATAU MENCIPTA MUSUH ! APAKAH ORANG YANG MENJADI PENGIKUT MAZHAB SYAFI'E SUKA CARI MUSUH ? KITA HARAP INI SEMUA TIDAK BERLAKU, TAPI RAKYAT HENDAK TAHU MENGAPA KITA ANTI SYI'AH ? -Pak Karamu

22 Julai, 2013

 [item image]

Berita Gempar Buat Seluruh Umat Islam Di Malaysia..

Pengikut fahaman Syiah di Malaysia dianggar mencecah antara 300,000 dan sejuta orang, dakwa ketua kumpulan mahzab itu, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz.
Beliau bagaimanapun, tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.
"Ada laporan mengatakan 300,000 orang dan paling ramai pernah dilaporkan ialah sejuta orang,” katanya dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Berhubung cadangan untuk mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamil menyerahkan hal berkenaan kepada kerajaan.
“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.
"Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, pula berkata Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap ia turut dilaksanakan di negeri lain.
Media baru-baru ini melaporkan kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuat kuasa sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.
Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman itu.
Malaysia setakat ini belum memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang mempunyai majoriti penganut Syiah seperti Iran dan Iraq. ~the malaysian insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.