Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO TAK MINTA MA'AF KO BOLEH BUAT APA ?


Monday, July 22, 2013

Doktor rasis: Exco beri ADUN pembangkang kata dua

 
DR. Afif Bahardin
AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin yang menyaku wujud tiga doktor rasis di hospital kerajaan dekat Pulau Pinang supaya mengemukakan bukti berwajib atau segera mohon maaf atas tuduhan tanpa asas tersebut.
 
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, Datuk Seri Hilmi Yahaya (Timbalan Menteri Kesihatan) sendiri dalam satu kenyataan di sesawang Malaysiakini.com pada 20 Julai lepas mengaku bahawa dakwaan itu 'mungkin berlaku salah faham'.
 
"Saya menggesa Y.B. Roslan Saidin agar meminta maaf secara terbuka kepada para doktor di seluruh Malaysia berikutan dakwaan yang telah beliau bangkitkan di dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) Pulau Pinang berkenaan tiga doktor rasis yang enggan merawat pesakit," ujar Dr. Afif menerusi emel baru-baru ini.
 
ROSLAN Saidin
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata, kegagalan Roslan mengemukakan bukti hanya akan menyerlahkan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin pembangkang Pulau Pinang itu sahaja.
 
Malah, katanya lagi, Roslan menzahirkan tuduhan sedemikian mungkin disebabkan beliau kecewa dengan sokongan rakyat terhadap pembangkang Pulau Pinang yang nyata kian merosot pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
 
Terdahulu, Roslan semasa mesyuarat penuh di DUN Pulau Pinang dilaporkan menuduh 'Tsunami Cina' dalam pilihan raya umum baru-baru ini kononnya punca tiga doktor berbangsa Cina berkenaan enggan merawat pesakit berbangsa Melayu di hospital kerajaan tertentu.
 
Tuduhan itu mengakibatkan Roslan didesak untuk mengemukakan nama sebenar doktor berwajib, namun, beliau mengelak dengan pelbagai dalih.
 
Ekoran itu, Dr. Afif dilaporkan cuba mendapatkan respons lanjut daripada Kementerian Kesihatan.
 
Hilmi dalam satu kenyataan kemudian antara lain menyebut, 'Saya rasa tak timbul masalah doktor rasis ini. Mungkin berlaku salah faham'.

http://faqar.blogspot.com/2013/07/doktor-rasis-exco-beri-adun-pembangkang.html?spref=tw

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.