Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENO RM 100 HABIS LA



Terkini!!! Liputan PRK Dun Kuala Besut: Khabar Dari Pengundi Untuk Memilih Calon Berwibawa.. Jom Terjah!!!



Che Long bertanya khabar dengan para peniaga di Pasar Borong Kuala Besut
BESUT: Pengundi Dun Kuala Besut tidak meletakkan pendidikan sebagai perkara utama untuk mereka membuat pilihan pada hari pengundian nanti walaupun perkara itu menjadi fokus utama Barisan Nasional (BN) dalam kempen yang mereka lakukan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati pengundi di Kuala Besut hanya inginkan seorang wakil yang dapat menjalankan tugas sebagai seorang wakil bagi rakyat serta senang untuk bertemu tanpa ada sebarang protokol.
Selain itu juga, pengundi turut merasakan keputusan PAS memilih Endot@Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long sebagai langkah yang tepat kerana beliau amat disenangi penduduk sekitar.

Seorang peniaga, Tazu Azhar Yusof (kanan) berpendapat pertembungan antara calon PAS dan BN dilihat agak seimbang jika dibandingkan pada PRU13 yang lalu, namun terdapat kelebihan peribadi yang memihak kepada Che Long.

Beliau yang memberitahu, Che Long merupakan seorang individu yang disenangi penduduk serta mesra dengan orang ramai.

"Keputusan PAS memilih Che Long amat tepat kerana beliau disenangi oleh penduduk di sini.

"Selain itu juga beliau amat mudah untuk bermesra dengan orang ramai, keperibadian beliau amat baik serta tidak sombong dan senang diajak berbual," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai taraf pendidikan, Tazu memberitahu rakyat tidak mementingkan pendidikan, apa yang mereka perlukan adalah individu yang dapat membawa suara rakyat.

"Bagi kami kalau pendidikan tinggi tapi tidak dapat membuat kerja serta bersikap sombong dengan rakyat tak ada gunanya.
"Pendidikan rendah tapi mesra, senang untuk kita berjumpa serta menyatakan masalah dan sudi mendengar suara rakyat itu yang lebih berguna," jelasnya ketika ditemui di Pasar Borong Kuala Besut.

Sementara itu, Yusof Mohamad (kiri) juga seorang peniaga turut memberitahu walaupun Che Long tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi jiwa dan sikap dan peribadi beliau sudah sebati dengan penduduk di sekitar Kuala Besut.

"Pendidikan tinggi tapi tak dapat selesai masalah buat apa, lepas tu masa pilihanraya je jumpa rakyat, selesai pilihanraya hilang untuk apa.

"Che Long pendidikan tak tinggi, anak tempatan dan selalu ada di sini malah sikap peribadi beliau serta keramahannya sudah sebati dengan penduduk di sini, saya yakin beliau mampu bantu rakyat," katanya.

Harakahdaily yang sempat bersama-sama Che Long dalam kempen beliau di Pasar Borong Kuala Besut turut mendapati rata-rata peniaga serta penduduk amat senang untuk berbual dengannya. 

Dengan sikap rendah diri, Che Long yang datang ke pasar tersebut tanpa ditemani sesiapa untuk bertemu rakan-rakannya dan mengganggap itu sebagai rutin biasa setiap hari bukannya disebabkan dipilih sebagai calon untun PRK Dun Kuala Besut kali ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.