Sivarasa Rasiah
Sivarasa Rasiah
KUALA LUMPUR - PKR hari ini mengesahkan bahawa kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibicarakan di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Isnin dan Selasa depan.

Menurut ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah perbicaraan tersebut akan bermula jam 9 pagi pada hari tersebut dan peguam yang mewakili Anwar adalah Karpal Singh.


"Ini untuk makluman media kes liwat II Anwar akan dibicarakan pada hari Isnin dan Selasa ini,dan Karpal Sigh mewakili Anwar.


"Perbicaraan kes ini akan dibuat di Mahkamah Rayuan Putrajaya, bermula jam 9 pagi," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.