Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ketua MIC Kajang Utama didakwa tipu peniaga RM65,000


18/07/2013 3:40pm

SEPANG - Ketua MIC Taman Kajang Utama, Datuk Seri Dr V. S. Suwaminathan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menipu seorang peniaga berkaitan lesen membawa masuk pekerja asing.

Suwaminathan, 52, didakwa menipu P. Ganesan, 31, dengan menawarkannya lesen membawa pekerja asing yang sebenarnya tidak wujud dan memperdayakan mangsa untuk memindahkan wang sejumlah RM65,000 ke dalam akaun tertuduh di sebuah bank di Cyberjaya dekat sini, 10 pagi, 22 Okt 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Uma Devi Balasubramaniam memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin dan pasport tertuduh diserah kepada mahkamah.

Bagaimanapun peguam bela tertuduh, Collin Andrew meminta mahkamah
mempertimbangkan kedudukan anak guamnya yang memegang beberapa jawatan penting antaranya sebagai Ketua MIC Taman Kajang Utama, Selangor dan anggota Lembaga Hakim Pelawat Penjara Kajang.

Hakim Norhayati Mohamad Yunus membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.