Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kita tengok la nanti apa pendirian orang besut, pandai ke tak ?


Monday, July 15

Artikel PANAS yang kantoikan Muhyiddin [Baca laa...]

PRK Kuala Besut: Yang Dulu Terbengkalai, Muhyiddin Dan Mad Said Janjikan Rumah Pangsa Free Yang Baru Pulak....!!!

'Janji Tidak Ditepati'…itulah kata-kata yang boleh diungkap oleh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang rasa tertipu dengan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ini kerana, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri yang berjanji kepada rakyat sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Bahkan, Ahmad turut membuat pengumuman rasmi meluluskan pembinaan 50 buah unit rumah pangsa kos rendah secara percuma kepada penduduk penempatan PPRT Pangkalan Atap yang terlibat dengan masalah ombak besar itu di lokasi baru yang lebih selamat.

Sebaliknya, 300 unit pangsapuri tersebut kini terbengkalai dan tidak dapat disiapkan hingga terjadi seperti projek 'gajah putih'.

Ahmad membuat janji-janji manis tersebut selepas menyampaikan wang bantuan kepada 48 mangsa air pasang dan ombak besar di penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap dan Dana Bantuan Pakaian Sekolah, 14 Januari lalu.

Tinjauan mendapati projek perumahan pangsapuri yang terletak di Kampung Kuala Besut tersebut terbengkalai serta tidak terurus.

Seorang penduduk yang enggan disebut namanya mendakwa pemimpin Umno BN Besut berjanji kepada anak muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk mengagihkan pangsapuri tersebut.
Katanya, sejumlah 3,000 orang dalam Dun Kuala Besut ini 'dijanjikan' rumah tersebut sedangkan hanya 300 unit yang disediakan.

“Kami (penduduk) terutama anak-anak muda telah dijanjikan rumah di pangsapuri ini dengan syarat menangkan calon Umno BN di Dun Kuala Besut ini. Persoalannya, kenapa sampai 3,000 orang dijanjikan sedangkan rumah ada 300 unit sahaja,” soal beliau yang menjadi antara pemohon pangsapuri terbabit ~ Harakahdaily

Tanpa sebarang rasa bersalah, sekali lagi pemimpin-pemimpin UMNO berjanji di Kuala Besut sempena PRK Kuala Besut ini..
TPM: Rumah 'durian runtuh' untuk penduduk Kuala Besut 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengambil kesempatan berkempen pada hari kedua pilihan raya kecil DUN Kuala Besut apabila merasmi majlis pecah tanah untuk pembinaan Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut. Pangsapuri yang bernilai RM 10.35 juta itu mempunyai 72 unit rumah tiga bilik.
Perumahan itu disediakan khususnya kepada penduduk di Pengkalan Atap, Besut yang dilanda di air pasang besar menyebabkan hakisan pantai dan membahayakan keselamatan mereka memandangkan ombaknya melepasi atap rumah.
Muhyiddin dalam ucapan perasmian itu menganggap pembinaan yang dibuat oleh kerajaan Terengganu sebagai 'durian runtuh' apabila memetik ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebelum itu yang menyatakan pangsapuri itu "mungkin diberi percuma", memandangkan mangsa tidak berkemampuan untuk memiliki dan membayarnya.
"Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh MB tadi. Mungkin nak bagi percuma kot. "Ini agak istimewa, kumpulan yang terpaksa dipindahkan dari tepi laut dilambung ombak besar dan berlaku hakisan... Ini satu durian runtuh dan kita perlu mengucap syukur kepada Allah SWT.
"Ini inisiatif yang dilaksanakan. Dasar kita tidak membeza-bezakan orang miskin. Kita tidak abaikan orang susah, yang tidak terbela. Itu bukan dasar BN.
"Kalau ada pihak atau kumpulan tertentu kata dasar BN tidak selaras dengan kita nak cabar kerana, (dasar) perumahan adalah tuntutan agama, kerja amal dan diiktiraf oleh Islam," katanya.
Menurutnya lagi, soal kebajikan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak bercanggah dengan Islam, malah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempertikaikan kerja-kerja amal yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Sebelum itu, Ahmad Said dalam ucapannnya berkata kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan penduduk ke kawasan tersebut yang merupakan tanah kerajaan, malah, rakan-rakan mereka yang tidak mempunyai rumah juga akan ditempatkan di kawasan ini.
"Mereka ini miskin, kita tidak jual kepada mereka. Tuan-tuan boleh faham maksud ayat itu. Mereka mungkin tinggal percuma di rumah ini," katanya.
Menurutnya lagi, 500 unit rumah lagi akan dibina di Kuala Besut dan menafikan majlis itu dibuat kerana pilihan raya kecil itu, sebalik ia telah dijadual lebih awal sewaktu bekas ADUN dan exco Datuk A Rahman Mokhtar masih hidup ~ Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.