Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, July 22, 2013

  Kes Liwat II : Rayuan Kerajaan Persekutuan Ditunda - FOKUS

PKR bantah lantikan Shafee sebagai pendakwa raya
Oleh Hasbullah Awang Chik July 22, 2013

Pelantikan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim  bertentangan dengan prinsip guaman, kata Presiden PKR, N Surendran.

“Bagaimana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail boleh melantik Shafee yang ada kaitan dengan Umno sebagai pendakwa raya?” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, etika perundangan menyatakan pendakwa raya mesti ‘menganggap diri mereka sebagai menteri keadilan dan bukan tergesa-gesa dalam pendakwaan dan perlu menjalankan kes dengan penuh kesederhanaan’.

“Bagaimana orang ramai boleh mempercayai pendakwaan dibuat secara adil apabila ketua pendakwa raya, Shafee pernah mewakili Najib, Rosmah dan pemimpin atasan Umno lain?

“Dengan pelantikan itu, Abdul Gani terbukti tidak berlaku adil terhadap Anwar dan pemimpin Pakatan," kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.

Beliau juga meminta Najib memberi penjelasan segera mengapa peguam peribadinya dilantik sebagai pendakwa raya terhadap Anwar, seteru politiknya. - 22 Julai, 2013.


Malaysia Insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.