Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, July 22, 2013

Rahim Noor: AG tak tahu putar belit penjenayah

 

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata, elemen tangkapan untuk pencegahan perlu dimasukkan di dalam akta baru yang akan menggantikan Akta Ordinan (EO) 1969 yang telah dimansuhkan tahun lalu.

Beliau berkata, elemen itu perlu dimasukkan memandangkan jenayah keganasan yang berkait rapat dengan gangsterisme semakin meningkat selepas EO dihapuskan.

"Pihak polis hanya dapat melihat sahaja kerana tangan mereka kini diikat. NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia dan pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara tidak memahami hakikat ini kerana bukan mereka yang bergelumang dalam kegiatan mencegah jenayah seperti yang dilakukan pihak polis.

"Apa yang penting, akta baru ini, walau apa pun nama yang diberikan nanti, mesti mengandungi elemen tangkapan untuk pencegahan. Inilah semangat yang termaktub dalam Seksyen 3(3) Akta Polis 1967," katanya dalam wawancara di dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini.


Pada Selasa lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau tidak menyokong sebarang pembentukan undang-undang baru yang membenarkan penahanan untuk pencegahan.

Bagaimanapun Pejabat Peguam Negara masih belum menerima apa-apa draf atau cadangan dari Kementerian Dalam Negeri atau mana-mana badan kerajaan berhubung undang-undang untuk menggantikan EO yang membenarkan penahanan untuk pencegahan, katanya.

Sehubungan itu, Abdul Rahim berkata, Peguam Negara mempunyai kuasa yang luas khususnya dari segi pendakwaan dan penggubalan akta.


Bagaimanapun, katanya, dari segi pencegahan dan menjejaki jenayah serta menjaga keamanan negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai peranan yang lebih besar daripada Jabatan Peguam.

"Saya fikir Jabatan Peguam Negara tidak tahu sepenuhnya tentang putar belit atau modus operandi penjenayah khususnya yang membabitkan gangsterisme. Maklumat risikan dikutip, dijejak dan disimpan oleh pihak polis. Mereka mengetahui secara mendalam tentang dunia jenayah," katanya lagi.
Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.