21/07/13
Kes Liwat jubor Saiful kembali jadi perhatian esok
Selepas setahun setengah, Datuk Seri
Anwar Ibrahim akan kembali ke mahkamah esok ekoran rayuan kerajaan
terhadap keputusan pembebasan beliau dalam Liwat II kes yang mendapat
perhatian meluas.
Rayuan kerajaan akan didengar di
Mahkamah Rayuan Putrajaya dan dijangka dibanjiri petugas media dari
dalam dan luar negara, termasuk pemerhati.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada
Januari tahun lalu melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat
bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa
Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang
dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan
sebatan, jika sabit kesalahan.
0 orang berkata:
Post a Comment