Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Pencerobohan Lahad Datu: Jika sudah tahu, mengapa tidak bertindak?

Pendedahan seorang pegawai daerah mengenai polis sebenarnya sudah tahu mengenai rancangan pencerobohan Sulu di Sabah, dua minggu sebelum kejadian  pada  Februari lalu amat menggemparkan negara.
Ia menimbulkan banyak persoalan, terutama apabila memikirkan mengenai anggota keselamatan Malaysia terkorban  dalam kejadian yang sepatutnya mungkin dapat dielakkan.  Berapa lama pula agaknya keselamatan negara kita berada dalam keadaan bahaya berikutan kegagalan perisikan dan komunikasi antara Kuala Lumpur dengan Sabah.

Perkara ini terdedah apabila Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir yang memberitahu Suruhanjaya Diraja dan Inkuiri (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah, semalam, bahawa beliau ada bertemu dengan Ketua Polis Daerah, Superintendan Shamsudin Mat pada Februari lalu dan memberitahunya mengenai rancangan pencerobohan darat oleh penceroboh bersenjata.

"Saya diberitahu bahawa Lahad Datu adalah sasaran utama penceroboh bersenjata itu dan isu itu adalah rahsia besar. Saya diberi amaran supaya tidak membocorkan berita mengenai isu itu," katanya di hadapan lima panel RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Bagaimanapun, saksi ke-177 itu berkata:"Tindakan pantas polis mengepung pengganas Sulu yang bersenjata di Kampung Tanduo menghalang mereka daripada menyerang Lahad Datu."

Sumber lain mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa polis sudah tahu mengenai kemungkinan pencerobohan berlaku selepas pedagang maritim yang berulang-alik di perairan antara Sabah dan Filipina tidak kelihatan beberapa hari sebelum serangan pertama.
Bagaimanapun, tiada siapa yang memberi amaran di luar Lahad Datu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.