Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEOLAH-OLAH ITU BUKAN ADA APA-APA PUNYA

MCA kecewa ramai pelajar Cina gagal masuk IPTA
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
 
SHAH ALAM - MCA melahirkan rasa kecewa apabila ramai pelajar Cina gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2013/14.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, walaupun pengambilan pelajar Cina ke IPTA telah meningkat berbanding tahun lepas, namun peratusan pelajar tersebut hanya 19 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 23 peratus.

“Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran, daripada 12,065 pemohon pelajar Cina bagi sesi akademik baru, pendaftaran pelajar Cina di (IPTA) hanya menyumbang sebanyak 7,913.

“Berbanding dengan  pengambilan 2012/2013, daripada jumlah pendaftaran berjumlah 38,549, seramai 8,986 pelajar Cina yang berjaya dipilih.

“Manakala bagi sesi 2011/2012 pengambilan di IPTA, daripada 41,267 jumlah keseluruhan pemohon yang berjaya, hanya 9,457 pemohon Cina yang berjaya," katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah Soi Lek lagi, oleh kerana bilangan pengambilan pelajar meningkat, kemasukan pelajar Cina dilihat seolah-olah menurun.

“Kekurangan pengambilan pelajar Cina banyak menimbulkan persolan mengenai kriteria pemilihan.

“MCA merasakan proses pemilihan ini meragukan dan mahu proses yang lebih telus diguna pakai,” katanya.

Justeru itu, Soi lek berharap, pelajar yang layak mesti diberikan tempat di universiti dan sekiranya ada usaha untuk menghalang mereka untuk mendapatkan pendidikan ke tahap yang lebih  tinggi ia merupakan satu ketidakadilan kepada dasar pendidikan negara.

Tambah beliau lagi, peratusan pelajar Cina untuk mendapat tempat ke kursus pilihan mereka terutama lapan kursus popular juga didapati menurun.

“Statistik menunjukkan bahawa terdapat penurunan dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Kerajaan perlu serius  menangani isu ini,”katanya.

Menyentuh isu sama, MCA juga mahu mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pelajaran berkenaan langkah untuk menjadikan subjek  Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) sebagai mata pelajaran wajib di institusi pengajian tinggi swasta.

“Saya akan membawa dua isu ini kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Walaupun MCA tidak mempunyai perwakilan dalam Kabinet, tetapi menjadi tanggungjawab MCA untuk mempertahankan kepentingan dan kebajikan orang Cina,”katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.