Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, July 21

TERHOT: Cara Amno cari makan di DEDAH [Tengokla buktinya...]

PRK Kuala Besut: BN bankrap isu serang peribadi calon PAS

ADA benarnya kata orang-orang tua kita, “anjing kalau sudah biasa makan tahi, tak makan pun diciumnya juga.” Peribahasa ini diungkap bagi menggambarkan perihal tabiat seseorang yang terbiasa melakukan sesuatu kerja jahat. Dia seakan ketagih melakukannya lagi dan lagi, sehinggakan biarpun sudah bertekad tidak mahu mengulangi perbuatan jahat itu, dia akan tetap “terliur’ juga melakukannya.

Maaf cakap, bukan mahu mengumpamakan Umno-BN dengan binatang yang tidak sedap disebut itu. Kalaulah orang-orang tua kita dulu menggunakan binatang lain atau objek lain yang lebih ‘elok’ dalam peribahasa itu, sudah tentu kita pun lebih selesa menggunakan ibarat yang lebih baik.

Namun, perkembangan kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Terengganu yang semakin rancak kini menzahirkan suasana yang agak menepati peribahasa disebutkan itu. Bahawa anjing yang sudah bertabiat memakan tahi, walau pun sudah tidak mahu ‘membaham’ benda alah itu, tetap juga terliurkannya. Lalu ‘mengambil bau’nya pun mahu dibuat juga.

Itulah persis apa yang dapat disimpulkan berlaku terhadap kaedah kempen oleh Barisan Nasional (BN) kini. Walau pun calon parti itu pernah menyatakan akan berkempen secara berhemah dan tidak akan melalukan serangan peribadi terhadap lawannya, prinsip itu nampaknya gagal diraikan para pemimpin dan pendukung BN lain.

Sebaik sahaja selesai penamaan calon pada Jumaat lalu, satu demi satu hal-hal peribadi calon PAS, yang lebih dikenali sebagai Che Long itu, cuba dijadikan isu.

Antara yang paling awal dibangkitkan ialah soal taraf pendidikan. BN merasakan suatu modal besar baginya apabila calon diketengahkannya seorang lulusan universiti dan bertaraf profesional (jurutera). Sedangkan calon PAS hanya seorang kontraktor lulusan SPM.

Bahkan, dalam menjelaskan perbandingan taraf pendidikan kedua mereka itu, para penjuak BN seakan tidak dapat mengawal keceluparan mulut mereka walau pun berada di bulan puasa. Che Long bukan sekadar dibuktikan hanya lulusan SPM, malah disifatkan “bodoh” dan “calon low class” (yakni sangat tidak layak diperbandingkan dengan calon BN).

Bagi kita yang berfikir secara lebih rasional, hujah ini sebetulnya tidak patut dilontarkan BN. Ia bukan sahaja menampakkan tabiat keji parti itu yang tergamak menyerang peribadi lawan, bahkan isu ini berpotensi memakan diri BN sendiri.

Pertama, sebegitu ramai calon diketengahkan BN sendiri lewat pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu dari kalangan lulusan SPM atau lebih rendah. Tidak usah pergi jauh, melangkah saja ke seberang Sungai Besut itu, ke Dun sebelah. Sepatutnya sebelum diremehkan Che Long sebagai hanya lulusan SPM, para penjuak BN wajar bertanya apakah Adun mereka di Kota Putera itu lulusan universiti?

Bahkan, hangat diperkatakan umum di Terengganu sendiri, bagaimana salah seorang anggota Exco Negeri hanyalah lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), yakni peperiksaan awam Tingkatan Tiga sahaja. Jika benar dakwaan ini, maka di mana rasionalnya BN perlekeh calon PAS sebagai ‘hanya lulusan SPM’?

Kedua, BN sebenarnya sukar menafikan kebolehan luar biasa calon PAS menguruskan perniagaan. Penulis melihat kejayaan Che Long muncul sebagai kontraktor berwibawa, sehingga dipercayai pihak kerajaan sendiri untuk menguruskan projek-projek besar, adalah suatu hakikat yang sangat menyakitkan hati para penjuak BN.

Mereka sebenarnya ‘mati hujah’ untuk mencari kelemahan calon PAS itu dalam melaksana dan menyempurnakan kerjanya secara cemerlang. Dari sudut kesempurnaan pelaksanaan projek yang diberikan, reputasi Che Long sangat membanggakan dan diakui semua pihak. Bak kata orang Besut, ‘tokleh nok tek’. Ertinya, tidak boleh dicari walaupun satu kelemahan atau kecacatan.

Ketiga, BN sebenarnya sangat terpukul dengan hakikat kemesraan Che Long dengan masyarakat setempat berbanding calon BN sendiri. Terbukti taraf pendidikan dan sifat kerja kedua-dua mereka menghasilkan perbezaan sangat jauh dalam keupayaan masing-masing bergelumang dengan orang kampung.

BN kini berdepan masalah agak sukar dan masa agak suntuk untuk ‘merendahkan’ imej elitis dan kepegawaian dimiliki calonnya. Dalam konteks masyarakat Kuala Besut yang rata-rata sebagai nelayan, petani, pekebun dan buruh kasar, seorang berkeperibadian seperti calon PAS itu jauh lebih disenangi berbanding calon BN yang hidup secara eksklusif itu.

Isu Che Long bekas ahli Umno yang dipecat juga diungkitkan semula. Isu ini sebenarnya bukanlah suatu hujah yang cerdik dari pemimpin BN. Pertama, apabila kita tonjolkan seseorang yang lawan kita itu asalnya daripada kumpulan kita, bererti kita mendedahkan pekung di dada. Tentu ada sesuatu yang tidak baik di pihak kita sehinggakan orang yang elok-elok berada di bawah atap kita berhijrah ke kem lawan.

Kedua, isu penghijrahan ini juga bukan lagi suatu yang asing atau luar biasa dalam politik Malaysia.

Justeru, lagak BN menjulang ‘kelemahan’ peribadi calon PAS itu menggambarkan betapa parti itu sebenarnya telah bankrap isu untuk berdepan sosok yang kini sangat mencabar keegoan parti pemerintah itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.