Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, July 11, 2013

Kisah MUJAHID SYRIA Yang SYAHID 1 JAM Sebelum BERBUKA


DARA’A – Tiada keinginan yang lebih besar dikejar oleh mujahidin di jalan Allah melainkan dua kemuliaan yang dijanjikan Allah Ta’ala; kemenangan Islam atau mati syahid. Mati syahid pada hari apapun dan bulan apapun adalah kemuliaan dan pencapaian tertinggi seorang mujahid. Bagaimana pula sekiranya mati syahid itu diperolehi pada hari dan bulan mulia Ramadhan yang penuh berkah?

Itulah ganjaran yang diraih oleh mujahidin kita di Syria. Salah seorang mujahid yang gugur di kota Musaifirah, Wilayah Dara’a pada hari pertama Ramadhan 1434 H, Rabu (10/7/2013) bernama Baha’ az-Za’bi Abu Muhammad.

Laporan berita Nora News berkata Baha’ Az-Za’bi telah gugur dalam satu pertempuran di kota Musaifirah, pada hari Rabu (10/7/2013). Rabu adalah hari pertama Ramadhan 1434 H bagi umat Islam di Syria. Baha’ az-Zab’i gugur dalam pertempuran ketika melawan pasukan rejim Nushairiyah Syria, kira-kira satu jam sebelum tiba waktu berbuka puasa.

“Kami sampaikan kepada kalian berita kesyahidan syahid kebebasan dan kemuliaan pada hari pertama bulan Ramadhan yang penuh berkah, Asy-syahid Baha’ az-Za’bi Abu Muhammad, salah seorang pejuang dan sniper di Bandar Dara’a. Asy-Syahid pernah berjihad di Iraq menentang pasukan Amerika. Beliau kemudian meninggalkan negara Emirat dan kembali untuk berjihad di jalan Allah, di bumi Syam, iaitu di Wilayah Ghautah Timur (sempadan Damaskus).”

“Ia kemudian berjihad di tanah kelahirannya di Bandar Musaifirah, Wilayah Dara’a. Beliau gugur sebagai syahid kira-kira satu jam sebelum masuk waktu berbuka puasa. Selamat untuk mu wahai sang pahlawan. Engkau akan berbuka puasa di sisi Yang Maha Pemurah,” petikan berita Nora News.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.