Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, July 11

Berita GEMPAQ yang tak dilihat oleh kerajaan Selangor

Retak: Penduduk 31 hari tidur dalam khemah

Sekumpulan penduduk di sebuah rumah pangsa di Dengkil sudah 31 hari tidur dalam khemah selepas dikejutkan gegaran kuat genap sebulan lalu, sekali gus menyaksikan keretakan serius bangunan itu.
Menurut Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) - NGO yang dekat dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) - penduduk Blok 5, Taman Permata Dengkil tinggal dalam khemah yang disediakan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) berhampiran kawasan itu.

"Sesetengah penghuni juga mengalami keadaan pening kepala akibat ketidakseimbangan struktur bangunan.

"Sejak hari itu, penduduk telah tinggal di dalam khemah MPS berhampiran dengan flet mereka kerana takut dan risau akan keselamatan mereka," menurut kenyataan NGO itu.

 
Taman Permata didirikan untuk menempatkan lebih kurang 400 keluarga dari ladang Prang Besar, Sedgeley, Galloway dan Medingley selepas tanahnya diambil untuk pembinaan Putrajaya.

Menurut JERIT lagi, penduduk pada awalnya dijanjikan rumah teres sebagai alternatif dan flet itu sepatutnya menjadi rumah sementara, tetapi selepas 4 tahun ia tidak pernah berlaku.
Tiga tuntutan

Mereka mendakwa, kualiti rumah pangsa yang dibina dalam masa yang singkat itu tidak selamat dan ia disahkan pihak berwajib sendiri.

"Sejak isu ini menjadi teruk sebegini, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah berjanji akan menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

"Akan tetapi sudah 31 hari, penduduk masih di khemah," kata JERIT.

Selain itu, penduduk menuntut:

1) Tunaikan janji membina rumah teres kos rendah di tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor.
2) Tetapkan tarikh pelaksanaan projek.
3) Jamin keselamatan penduduk sehingga pembinaan rumah alternatif siap. ~ Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.