Widget by Blogger Tricks
22/07/13
Ini mangsa dendam politik Umno BN
Projek perumahan dibina di Padang Luas dahulu tanah milik rakyat.
BESUT: Lebih 300 penduduk di Kampung
Padang Luas dan Padang Landak hanya mampu berputih mata, selepas rumah
yang dibina di atas tanah diberi lesen menduduki sementara (TOL) menjadi
mangsa dendam politik Umno.
Seramai 65 penduduk di Kampung Padang
Luas dan 250 penduduk di Padang Landak, Dun Jertih mengharap tanah yang
diluluskan kerajaan negeri semasa di bawah pentadbiran PAS pada 1999
menjadi tempat anak cucu berteduh.
Tanah tersebut dilulus Pejabat Tanah
Besut selepas diajukan permohonan pada 1999, ketika itu PAS mentadbir
Terengganu, di mana pada asalnya merupakan padang ragut seluas lebih
tiga ekar.
Bekas pengerusi Jawatankuasa Syura
Rakyat (JSR), Abdullah Mohamed berkata, tanah tersebut dimohon rakyat
memandangkan mereka belum memiliki sebarang tanah bagi membina rumah.
Katanya, penduduk melalui Adun Jertih, Tun Salleh Abbas mengajukan permohonan kepada Pejabat Tanah Besut.
“JSR memilih mana-mana penduduk yang
layak terutamanya mereka yang tidak memiliki tanah dalam kalangan
penduduk tempatan yang miskin,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya, selepas mendapat kelulusan
kakitangan Pejabat Tanah Besut datang menyukat lot dan menanam batu
sempadan di setiap lot.
Kemudian pengundian dilakukan bagi menentukan lot yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut.
Kata beliau selepas penduduk mendapat lot ada kalangan mereka mulai membina rumah mengikut kadar kemampuan masing-masing.
Biar pun belum mendapat tol secara
hitam putih penduduk membina asas-asas rumah atau pagar bagi mengelakkan
tanah itu kembali dirampas kerajaan kerana tidak mendirikan sebarang
binaan dalam tempoh tiga tahun.
Di penempatan baru itu sebuah rumah
telah siap dibina penduduk manakala sebahagian lagi dalam proses
pembinaan struktur asas rumah.
Abdullah berkata, biar pun borang
permohonan sudah lama diajukan kepada Pejabat Tanah Besut dan kerajaan
hanya mengeluarkan kelulusan tol pada 2004.
Kata beliau permohonan hanya diproses
Pejabat Tanah Besut selepas didesak kerajaan negeri dan wakil rakyat
bekali-kali bagi membolehkan penduduk mendapat lesen menduduki
sementara.
Manakala di Padang Landak pula kawasan seluas 70 ekar dipecah kepada 250 lot untuk diagih kepada penduduk yang layak.
Seorang penduduk, Mohd Asri Ismail, 49,
beliau telah mendirikan rumah di situ sehingga 20 peratus siap,
membabitkan kos lebih RM5,000.
“Saya tidak mampu untuk menyiapkan
pembinaan rumah itu dapat tempoh singkat kerana tiada wang. Saya kumpul
sedikit demi sedikit bagi membina struktur asas dahulu,” ujarnya.
Seorang lagi penduduk, Zaki Samad, 65, juga menyiapkan kira-kira 20 peratus rumahnya di atas lot baru di Padang Landak.
Selain itu ramai juga penyokong Umno dan 10 penduduk bukan Islam juga mendapat lot rumah di Padang Landak.
“Malangnya ketika penduduk di situ mahu
menyambung tol bagi tahun kedua pada 2005, kerajaan negeri melalui satu
surat menyatakan mesyuarat kerajaan negeri pada 23 November 2005 telah
membatalkan tol tanah tersebut,” katanya.
Pembatalan tol sementara dibuat selepas
Barisan Nasional (BN) berkuasa semula di Terengganu, kemungkinan ada
kaitan dengan balas dendam politik.
Abdullah berkata, tidak lama selepas
kerajaan BN kembali berkuasa, rumah-rumah dan binaan asas yang dibuat
penduduk di Padang Luas dan Padang Landak disodok menggunakan jentera
berat.
Beliau dimaklumkan kerja-kerja menyodok rumah terbabit dibuat atas arahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Di tapak rumah yang dimiliki rakyat tersebut sekarang telah dibangunkan projek perumahan yang ada kaitan dengan pemimpin Umno.
Tidak berpuas hati dengan tindakan
kerajaan BN, penduduk membawa kes berkenaan ke mahkamah, dan sehingga
sekarang kes itu di peringkat rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.-
Sumber
0 orang berkata:
Post a Comment