Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Zahid Hamidi selesaikan kes pukul di luar mahkamah

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
July 18, 2013
Kes saman seorang ahli perniagaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini didakwa memukulnya, diselesaikan di luar mahkamah.
Ia berikutan kedua-dua pihak mencapai persetujuan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
 Peguam kepada Menteri Dalam Negeri itu, Datuk Shamsul Bahrin memberitahu pemberita pampasan akan diputuskan untuk dibayar tanpa campur tangan peguam kedua-dua pihak.
 Amir Bazli Abdullah, 41 memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata. - 18 Julai, 2013.
Zahid tiba di mahkamah jam 2.30 petang dengan diiringi polis tetapi enggan memberi sebarang ulasan kepada pemberita.
Amir Bazli Abdullah turut mengesahkan mereka mencapai persetujuan itu.
"Saya berpuas hati tetapi tidak boleh mendedahkan butirannya," kata beliau.
Peguamnya, Karpal Singh, berkata Hakim Rohani bertindak sebagai perantara kepada Ahmad Zahid dan Amir Bazli dalam pertemuan 90 minit itu tanpa kehadirannya.
Beliau berkata, tarikh perbicaraan pada 27 Ogos depan Hakim Mahkamah Tinggi batal berikutan persetujuan
Amir memfail saman terhadap Ahmad Zahid pada Julai 2007 dengan mendakwa bekas timbalan menteri itu menumbuknya di muka di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang pada 16 Januari 2006.
Amir juga mendakwa Ahmad Zahid mengancam untuk membunuhnya dan dikurung secara salah di kediaman Ahmad Zahir di Country Heights. 18 Julai, 2013.
Ahmad Zahid bagaimanapun menafi semua tuduhan berkenaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.