Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas Raub: PRU13 paling sengit
WAN JUHAIDA WAN HASSAN
1 April 2013
PRU13
PRU13
RAUB – Pas Kawasan Raub menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bakal menunjukkan perlawanan paling sengit dalam sejarah negara.
Setiausaha Pas Kawasan Raub, Dr Mohamed Nilam Abdul Manap berkata, pembubaran parlimen kali ini paling dinantikan semua pihak sama ada Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, pengundi juga sentiasa bersedia di hadapan televisyen ataupun menerusi media lain untuk menunggu keputusan pilihan raya bagi setiap kawasan parlimen.

“Parlimen Raub antara kerusi menjadi sasaran PR untuk ke Putrajaya dan kita pasti berusaha untuk mendapatkannya.

“Malah, Dun Dong yang selama ini menjadi kubu kuat Umno juga dalam keadaan terancam kerana Pas berpotensi untuk memenangi kerusi itu buat julung kalinya,” katanya.
Mohamed Nilam berkata, tema ‘Pakat Ubat Dong Kite’ akan dijulang sepanjang musim berkempen PRU13 di kawasan Dun Dong.

Malah katanya, Program Jelajah Treler Negara Berkebajikan juga akan diadakan di Dataran Pekan Dong pada jam 12 tengah hari, hari ini.

“Kita (Pas Kawasan Raub) menjemput semua penyokong Pas dan PR Raub untuk meraikan ketibaan treler berkenaan.

“Sekiranya majlis berjalan lancar, pemimpin Pas akan menyampaikan ucapan dalam usaha meneruskan momentum perjuangan di kawasan ini,” katanya.

Gopal Krishnam SU Agung baru MTUC ganti Halim
G MANIMARAN
31 Mac 2013
mtuc logo
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memilih N Gopal Krishnam sebagai setiausaha agungnya yang baru bagi menggantikan Abdul Halim Mansor yang digugurkan awal bulan ini.

Dalam pemilihan hari ini, Gopal menerima 46 undi berbanding Halim, yang dicalonkan semula memperoleh 29 undi.

Majlis am MTUC dalam mesyuaratnya pada 3 Mac lalu memutuskan untuk menggugurkan Halim sebagai setiausaha agung badan induk kesatuan sekerja itu berkuat kuasa tarikh tersebut.

Keputusan itu diambil selaras dengan peruntukan Seksyen 10.5 Perlembagaan MTUC di mana setiausaha agung boleh ditamatkan perkhidmatan meskipun dipilih pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali atas alasan gagal menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan memuaskan.

Ini kali pertama seorang setiausaha agung ditamatkan tempoh perkhidmatan di bawah peruntukan tersebut.

Halim dipilih sebagai setiausaha agung buat penggal pertama akhir 2010.

Sinar Harian Online difahamkan majlis am yang bermesyuarat lebih lima jam hari ini membincangkan sama ada keputusan 3 Mac sah atau sebaliknya.

Keputusan itu diterima sebagai sah dengan 45 undi menyokong dan 31 menolak.

Selepas pengesahan itu, pemilihan diadakan untuk menentukan setiausaha agung yang baru.

"Dua orang dicalonkan untuk bertanding iaitu Gopal dan Halim. Gopal mengatasi Halim dengan memperoleh 46 undi," kata seorang pegawi kanan kepada Sinar Harian Online.

Presiden MTUC, Khalid Atan dan Halim dihubungi untuk mendapatkan reaksi tetapi gagal.

Gopal mengesahkan beliau telah dipilih bagi menggantikan Halim.

"Ya, saya dipilih. Saya akan keluarkan kenyataan kemudian, sebab saya akan terima jawatan itu secara rasmi esok," kata beliau yang juga Pengerusi MTUC Selangor dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu.
Pas serah polis siasat dalang insiden Phahrolrazi ‘dikurung’
Wartawan Sinar Harian
1 April 2013
Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
ALOR SETAR - Pas Kedah menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dalang di sebalik insiden membabitkan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi ‘dikurung’ selama dua jam di sebuah sekolah agama di Yan, 16 Mac lalu.

Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihak lain tidak wajar campur tangan berikutan kes itu kini dalam siasatan polis.

“Polis sudah siasat. Biar polis buat kerja mereka. Siasatlah saya tak halang,” katanya.


Menurutnya, pihaknya sudah malas mahu melayan karenah segelintir ahli yang suka memperbesar-besarkan isu, kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


“Kita mahu hadapi PRU13 tidak lama lagi, ini keutamaan saya,” katanya.


Azizan berkata demikian bagi mengulas cadangan beberapa akar umbi dari Unit Peti Undi (UPU) Megat Dewa, Kuala Sanglang, Kampung Sanglang, Kandis dan Kampung Pering, kelmarin, yang mahu Pas Pusat menubuhkan jawatankuasa menyiasat insiden terbabit kerana

mencemarkan nama baik parti selain ia pertama kali berlaku dalam Pas Kedah.

Rabu lalu, Azizan menafikan beliau terlibat dalam kejadian itu apabila ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan insiden terbabit.


Pada 16 Mac lalu, Phahrolrazi dipercayai dikurung pihak tertentu bagi menghalang beliau mengadakan ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau.


Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri didakwa ‘dikunci’ selama dua jam di Sekolah Agama Nahdzah Bukit Besar, dalam perjalanan ke lokasi ceramah, yang merupakan kubu kuat Azizan.
 
Rentetan itu, Pemuda Gerakan Kedah membuat satu laporan polis berhubung kejadian pada 20 Mac, selain laporan polis oleh ahli Pas kawasan Sungai Limau pada 17 Mac.

Bagaimanapun, bekas pengetua sekolah itu, Nasir Othman menafikan dakwaan, sebaliknya menegaskan beliau hanya menasihati Phahrolrazi tidak hadir ke lokasi ceramah anjuran persendirian itu kerana bimbang berlaku kekecohan. 

Sementara itu, mengulas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU13, Azizan sependapat Pengerusi DAP, Karpal Singh, mereka mampu tawan lebih banyak negeri dalam PRU13, namun menyasarkan tambahan lima negeri.

Katanya, berdasarkan mood rakyat, pihaknya yakin hasrat itu mampu dicapai dan bukan angan kosong.


“Kami mahu tambah lima lagi, bukan empat. Mana-mana negeri boleh tapi jumlahnya biarlah lima,” katanya tanpa menamakan negeri yang bakal jatuh ke tangan PR.


Kelmarin, Karpal Singh berkata, PR yakin dapat mengekalkan kemenangan di empat negeri, iaitu Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, selain akan menawan semula Perak, serta merampas Perlis, Negeri Sembilan dan Johor.


Azizan berkata, sokongan rakyat terhadap PR sudah meningkat, namun pemimpinnya hendaklah bijak mengambil peluang itu melalui pendekatan berkesan.


“Kita sebagai wakil rakyat boleh baca pergerakan akar umbi dan mood rakyat, jadi kita tahu sejauh mana sokongan itu. Contohnya, dalam telaga ada banyak jenis ikan, tetapi terpulang pada kita untuk guna kaedah terbaik sama ada pancing, pukat, jala atau bubu,” katanya.

AHMAD MASLAN GAGAL KEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA UMNO

'Karpal mimpi di siang hari'
Wartawan Sinar Harian
1 April 2013
Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
 
SHAH ALAM – Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa pembangkang akan mampu menawan tujuh atau lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini, sebagai satu keyakinan yang tidak rasional.

Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut menunjukkan pemimpin pembangkang itu seolah-olah bermimpi di siang hari dan bercakap tanpa asas yang wajar.

Menurutnya, jika pembangkang memberikan keyakinan  sedemikian rupa untuk menang dengan majoriti mudah, Barisan Nasional (BN) juga mempunyai lebih banyak kelebihan kenapa rakyat mahu memberi mandat kepada kerajaan sedia ada selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Apa yang membuatkan Karpal begitu yakin untuk tawan tujuh hingga lapan negeri, janji kepada rakyat sebelum ini pun tidak ditunaikan masih berani memberikan keyakinan untuk tawan lebih banyak negeri.

“Jangan terlalu menabur keyakinan jika tidak mempunyai fakta yang lengkap. Kalau setakat yakin, BN juga boleh keluarkan kenyataan dapat tawan semua negeri tetapi hanya rakyat yang boleh memberi mandat dan menilai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal pembangkang sekali lagi mengulangi keyakinannya menawan antara tujuh dan lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini dengan menang majoriti mudah termasuk di Negeri Sembilan, Perlis dan Johor.

Ahmad Maslan berkata, kerajaan BN kini aktif membantu rakyat khususnya menerusi saluran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pelbagai program di seluruh negara membabitkan rakyat di pelbagai peringkat dengan membabitkan peruntukkan yang besar.

“Pembangkang hanya pandai bercakap tetapi tiada benda yang diberikan kepada rakyat, sudahlah pemimpin mereka bermasalah janji juga tidak ditepati,” ujarnya.
Nuffnang Ads

Isu Stadium Baru Kelantan: Annuar Musa Koho Lamo Koho Bodoh!

April 1, 2013

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/303347_10151469278608046_1743019099_n.png

Topeng Perak Unmasked

PENCERAHAN:

Tunjong Development Co-operation adalah sebagai "Peneraju Utama" yang diamanahkan untuk "Menguruskan" Projek Bandar Sukan termasuk Stadium Negeri. Kontraktor Utama ialah KMC Construction Sdn Bhd & MCC (joint venture)... MCC ialah Kontraktor dari China yang telah membina & menyiapkan Stadium Olimpik Beijing...

Koho lamo koho Bodo Nnate Nuar Muse nih.

HURUHARA

Orang Yang Dicari Polis Itu Pernah Bergambar Dengan Najib & Ahmad Maslan


Ops Daulat: Polis cari lelaki bergelar 'Datuk Seri'

Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan.

Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - Bernama

BN kerajaan huruhara

Muhyiddin: Pilih kerajaan pertahan hak rakyat

31 Mac 2013
Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia agar membuat pilihan bijak dalam memilih sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu melaksana segala janji selain melindungi hak keselamatan, keamanan serta perpaduan supaya negara kekal aman dan maju.

"Kita perlu pilih sebuah parti yang kita yakin dapat pertahankan hak kita, kedaulatan kita, ekonomi kita, sosial dan perpaduan kita.

"Jangan salah pilih. Kalau nak pilih, pilihlah yang reda-reda, baik-baik, pandai-pandai, bagus-bagus dan yang soleh," katanya pada program Himpunan Barisan 1Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata Malaysia kini di landasan yang betul di mana hala tuju telah diatur sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mentransformasi negara menjadi negara maju menjelang 2020.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, berkata prestasi BN tetap terbukti walaupun ada sesetengah pihak yang cuba mempengaruhi pengundi dengan mengatakan parti komponen itu sudah tua dan perlu diubah.

"Pemimpin dalam parti bertukar. Tetapi parti tidak pernah tua. Kerajaan tidak pernah tua. Lagi tua, lagi bertenaga, lagi tua, lagi berpengalaman," katanya.

Justeru, beliau berkata tiada yang perlu diubah melainkan negeri yang kini diperintah pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Sementara itu, mengulas pencerobohan oleh militan Filipina di Lahad Datu dan Semporna, Muhyiddin berkata insiden berkenaan adalah satu pengajaran kepada semua.

Katanya, rakyat jangan mengambil mudah soal keselamatan negara kerana dalam keadaan negara yang aman dan selamat, ada pihak musuh luar cuba menghancurkannya.

"Musuh di luar sana lihat Malaysia sebagai satu permata yang begitu bergemerlapan. Ada sahaja rasa iri hati yang mahu menakluki dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita.

"Tapi nasib baik kita ada barisan keselamatan hadapan, perwira kita yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempetahankan negara ini. Sebab itulah kita harus menghargai keamanan ini," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak RM115,000 berjaya dikutip untuk disumbang kepada Tabung Wira Negara.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. - Bernama

BN bimbang pr perintah Malaysia

Noh Omar: PKR bimbang BN rampas Selangor
NURUL FATIHA MUAH
1 April 2013
Noh Omar
Datuk Seri Noh Omar
TANJONG KARANG – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa terpaksa bertanding di Selangor untuk membantu parti yang dikatakan berpecah bagi memastikan negeri itu masih kekal milik mereka.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa, perpecahan PKR itu jelas apabila Pengerusi PKR Negeri, Mohamed Azmin Ali menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang menang di negeri itu kelak.

“Dulu, Azmin kata, Tan Sri Khalid hendak bertanding parlimen saja (dan ini) menunjukkan Azmin tak nak Abdul Khalid jadi MB Selangor. Hari ini Wan Azizah datang dan Khalid kata dia boleh jadi MB.

“Nampaknya Tan Sri Khalid ini memang ditolak PKR kalau begitu caranya sebab Azmin ini ialah Timbalan Presiden PKR. Sekarang ini mungkin Tan Sri Khalid tersepit dengan kem Azmin yang tolak beliau jadi MB.

Jadi mungkin juga Abdul Khalid pun tak nak Azmin jadi MB (sebab itu) dia kata Wan Azizah (Presiden PKR) layak jadi MB,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung sama ada kenyataan Abdul Khalid bahawa Dr Wan Azizah layak menjadi Menteri Besar Selangor itu dilihat untuk menyekat kemaraan Azmin mengambil jawatan nombor satu negeri itu kelak.

Noh yang  juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, perbalahan didakwa melibatkan kem Azmin dan Abdul Khalid itu menunjukkan pakatan pembangkang masih gagal meletakkan calon Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata, ‘perpindahan’ Dr Wan Azizah ke Selangor itu akan menjadikan negeri ini diwakili seorang ‘parasit’ politik yang didakwa tidak laku di kawasannya.

“Rakyat Selangor kena buka mata. Kita orang Selangor, tidak mungkin kita nak jadikan Selangor ini sebagai tempat satu keluarga (Anwar) berada (bertanding) di Selangor.

“Sudah tidak ada ke orang Selangor yang layak jadi wakil rakyat? Kita bangunkan Selangor selama ini pun hasil kudrat anak-anak Selangor, tapi nampaknya bila Selangor sudah maju sekarang, ada orang hendak jadi parasit,” katanya.

Ahad, 31 Mac 2013

Tengok Nii..Mamak Penang Nii DiKehendaki Polis Kes Lahad Datu..

Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

PENJELASAN TERKINI BELIAU DIBAWAH INI:

Assalamualaikum, Ayahanda Dato Seri' Muhammad Ridhwan Bin Sulaiman Merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia akan membantu pihak Polis berkaitan siasatan Operasi Isu Pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Untuk pengetahuan, Ayahanda Tidak berkaitan Dengan Pengganas mahupun Jamalul Kiram III. Beliau Hanya Mengenali SULTAN MUEDZUL-LAIL TAN KIRAM merangkap Raja Muda (Crown Prince) yang disahkan oleh Kerajaan Filipina. Tujuan beliau menolong adalah hanya untuk membantu Umat Islam yang tidak berkemampuan Di Sulu.


Diminta pihak-pihak tertentu supaya Tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan Isu ini. Ikuti Perkembangan Melalui Media Massa dari semasa ke masa. 


Amar Maaruf Nahi Mungkar,


Sekian, Harap Maklum.
AKUAN FB BELIAU SINI

Monday, April 1, 2013

Gambar 24 artis yang berhijrah bertudung !




  Syahmi Ilias
Tiba-tiba aku jadi terpanggil untuk membuat entry tentang penghijrahan ramai selebriti wanita untuk bertudung, yang pada aku sangat memberangsangkan ketika ini. 
Sudah ramai penyanyi, pelakon, mahupun pengacara tempatan yang kini mula berhijrah kearah yang lebih baik, dan mengambil jalan untuk menutup aurat yang telah diamanahkan oleh Allah.
Jom kita tengok senarai 24 artis yang dulu tidak bertudung dan kini tampil bertudung...
1.Wardina
2.Irma Hasmie

22 lagi gambar artis bertudung dengan membaca entry ini sepenuhnya...
3.Farah AF
4.Raja Farah
5.Farah Asyikin
6.Diana Amir
7.Abby Abadi
8.Yatt
9.Ana Raffali
10.Natasha Hudson
11.Anne Hot fm
12.Siti Nordiana
13.Akma af
14.Catrina Bahrin Ross
15.Ramlah Ram
16.Sheila Rusly
17.Enot
18.Norkhiriah
18.Abby Fana
19.Aishah
20.Siti Fairuz
21.Sharifah Aini
22.Teh syuhada
23.Noraniza Idris
24.Anne Ngasri

Mungkin ada sesetengah selebriti yang tak mahu bertudung kerana takut jika tawaran untuk membuat persembahan dan berlakon terbatas. Itu sudah semestinya salah.

Sheila rusly setiap tahun rancangan ketuk-ketuk ramadhan yang popular kat tv1 masih berjalan. Produksi penerbitannya pun masih aktif.Ramlah Ram, dah jadi mentor sekarang. 
Wardina, tawaran untuk bagi motivasi melimpah-limpah. Diana Amir, masih lagi giat berlakon.Enot dah berjaya dengan perniagaan kek. Malah ada yang lebih bertambah popular bila bertudung.

Kita duduk di negara islam, janganlah jadikan bertudung itu satu punca jika rezeki berkurang. Bertudung itu sendiri merupakan rezeki yang tak ternilai Allah berikan. 
Bersyukur dan berdoa untuk dipermudahkan hidup di dunia dan di akhirat, Hidup tak lama.

Mugkin tak dinafikan semua yang menutup aurat itu mengikut syariah yang betul, untuk melakukan perubahan yang mendadak itu bukan lah satu perkara yang mudah. 
Sekurang-kurangnya bermula dengan bertudung itu sudah bagus daripada kita masih berada di takuk yang lama. 
Perubahan itu boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat. Yang paling penting ialah sokongan dan dorongan orang sekeliling dan semangat yang kental untuk berubah.

Apa yang nak disampaikan dalam video ni sangat bagus...jom tengok!
Kerengga
Nuffnang Ads

Monday, April 1

MELETOP: Gambar sambutan MAHAGURU Amno tersebar [Tengok la, hehe...]

0 org komen
Mahaguru persatuan silat geng baling cat, batu dan telor ayam (PSBCAT) !!!
Kahkahkah..!!
Sapa nak join kelab, pi la daftar kat Melaka...
Wakakaka...!!
Geng telor BN...

Monday, April 1, 2013

Muhyiddin Menekan Najib Supaya Bubar Parlimen?

Nampak pada nadanya begitulah
Muhyiddin dah tak sabar
Najib saja yang bertangguh-tangguh!
Muhyiddin masih lagi menggunakan ayat-ayat berhikmah...
PM tidak akan benarkan Parlimen terbubar dengan sendiri, kata Muhyiddin
OLEH MD IZWAN
MARCH 31, 2013
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara sendirinya.
"Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar.
"Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin (gambar) semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini.
Muhyiddin juga menyedari tentang rungutan orang ramai yang mula bertanya bilakah pilihan raya akan diadakan tetapi berharap mereka bersabar dan apabila tiba masanya laksanakanlah tanggungjawab masing-masing.

"Pilihan raya tidak lama lagi... saya tahu rakyat kata lama menunggu, penat menunggu.
"Tapi saya yakin mereka yang lama menunggu ini adalah kerana tidak sabar untuk memangkah Barisan Nasional," kata Muhyiddin yang disambut dengan sorakan hadirin yang terdiri daripada wakil-wakil badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat.
Dalam majlis yang diadakan di stadium tertutup tersebut, Muhyiddin juga mengingatkan pengundi untuk membuat keputusan yang tepat dan tidak memilih pihak-pihak cuba mencetus huru-hara dalam negara ataupun parti yang mengamalkan politik perkauman.
"Pilihlah kerajaan yang boleh membela negara... jangan pilih mereka yang membawa politik songsang, perkauman.
"Saya bukan menakutkan saudara semua, tapi mengingatkan anda semua supaya tidak membuat kesilapan," tambah beliau lagi.
Dalam majlis sama yang berjaya mengutip derma kira-kira RM100 ribu tersebut lagi, kelihatan pemimpin Umno lain turun hadir sama ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Spekulasi Pilihan Raya 13 bermula sejak awal tahun 2010 selepas Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri keenam Malaysia pada 3 April, 2009.
Penganalisis berpendapat Pilihan Raya 2013 akan menjadi paling sengit dalam sejarah kerana buat pertama kalinya Barisan Nasional akan berhadapan pembangkang, Pakatan Rakyat.yang paling tersusun.
Terdapat 222 kerusi parlimen dan 502 kerusi dewan undangan negeri dipertandingkan dalam Pilihan Raya 2013

apabila hampir nazak terpaksalah tayang video lucah


Ahad, 31 Mac 2013

POLITIK LUCAH : UMNO TERUS TAYANG VIDEO LUCAH SEMASA CERAMAH...HEBAT VIDEO LUCAH HALAL UNTUK TAYANGAN AWAM..!!!


Malam tadi Umno Bahagian Bukit Katil menayangkan klip video lucah yang didakwa mereka sebagai Anwar Ibrahim. Ketika mereka mengganggu ceramah PAS mereka menayangkannya secara berselang seli dengan ceramah mereka.

Umno Bukit Katil meneruskan perangai tidak bertamadun mereka dengan mengganggu setiap kali PAS mengadakan ceramah. Malam tadi ceramah PAS di Taman Saujana diganggu dengan ceramah Umno yang jaraknya kira-kira 100 meter sahaja. Umno menggunakan Balai Raya Taman Saujana tanpa segan silu.

Umno menggunakan set sistem PA yang baik dengan 'volume' yang sangat kuat. Beberapa penduduk Taman Saujana yang ditemui mengeleng-ngeleng kepala melihat gelagat pimpinan Umno Bahagian Bukit Katil yang diketahui seorang yang bernama Baskaran Senasi.

"Mereka menggunakan bahasa kesat, kasar seperti bodoh dan sebagainya. Orang Melayu tidak boleh terima sikap Umno yang sentiasa mengganggu majlis orang lain".

"Umno boleh menganjurkan ceramah pada masa yang lain bukannya mengadakan ceramah di tempat dan masa yang sama dengan PAS" ujar Ahmad Alang dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil.

Ahmad turut kesal dan malu dengan sikap Umno yang terus menggunakan video lucah untuk menarik sokongan rakyat.

"Mereka tidak rasa bersalah menayangkan video lucah dan fitnah. Yang peliknya pihak berkuasa tidak mendakwa kerana menyimpan dan menayangkan video lucah" ujar Ahmad.

DAH KHABAQ DAH, JOHOR AKAN JATUH PADA PR

APABILA  SALAHUDDIN AL AYUBI KATA JOHOR MILIK PR, MAKA RAMAI ORANG TAK CAYA, ADA YANG KATA MIMPI DISIANG HARI, TAPI ATAS KAJIAN TERKINI MENUNJUKKAN RAMAI RAKYAT JOHOR DAH FAHAM JOHOR AKAN JATUH PADA PR, KERANA ITU SECARA TIBA-TIBA SAHAJA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA KATA "BN AKAN PERTAHANKAN JOHOR HABIS-HABISAN ! TAU TAK APA PASAL DIA CAKAP BEGITU ? FAHAM-FAHAM SUDAH LA, KETUA PENERANGAN TENTU LAH MAKLUM !!!  Pak Karamu
 
BN akan pertahan Johor habis-habisan

31 Mac 2013
Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan
 
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menjanjikan tentangan hebat kepada pembangkang yang ingin menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

"Sebagai Ketua Penerangan Umno, saya tidak akan biarkannya dan akan menentang cubaan mereka habis-habisan.

"Kita akan mempertahankan Johor dengan kesungguhan yang amat tinggi," katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Barisan 1Malaysia yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang yang ingin menawan kubu kuat Umno itu.
Beliau berkata hasrat pembangkang itu juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham dengan politik di Johor.

"Johor sebati dengan Umno dan BN. Perpaduan Melayu di sana sangat utuh. Jika mereka kata hanya kerana ramai pengundi India dan Cina (di Johor), mereka boleh tawan Johor, mereka tidak faham politik di Johor sebenarnya," katanya.

Mengambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang pada 2011, Ahmad berkata, calon BN Mohd Azahar Ibrahim mampu mempertahan kerusi itu walaupun komposisi pengundi di kawasan berkenaan ialah 53 peratus bukan Melayu dan 47 peratus Melayu. - Bernama

Muhyiddin Bagitahu: Parlimen Bubar Bulan April


Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara sendirinya.

"Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar.

"Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini.

Muhyiddin juga menyedari tentang rungutan orang ramai yang mula bertanya bilakah pilihan raya akan diadakan tetapi berharap mereka bersabar dan apabila tiba masanya laksanakanlah tanggungjawab masing-masing.

Sunday, March 31, 2013

Penganalisis: Tempoh sah berkempen baik untuk sentuhan akhir dalam PRU13


Oleh Boo Su-Lyn March 31, 2013
 

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tempoh kempen sebenar akan memberi laluan kepada pengundi kali pertama mengenalpasti calon mereka dan mungkin mempengaruhi pengundi atas pagar dalam pertarungan sengit ke Putrajaya, kata penganalisis walaupun kedua-dua kem politik telah berkempen secara tidak langsung selama bertahun-tahun.

Pengarah Penyelidik bebas Merdeka Centre for Opinion Research Ibrahim Suffian berkata kurang 10 peratus daripada 13.3 juta pengundi masih belum membuat keputusan, menekankan kelompok atas pagar mahu melihat senarai calon Pilihan Raya 2013 terlebih dahulu dan memerhati bagaimana Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan bertindak balas antara satu sama lain keatas manifesto mereka.

“Setengah individu mungkin mempunyai personaliti memujuk yang boleh mempengaruhi pengundi,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider dikala negara sudah hilang sabar menunggu parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu lepas, BN mempunyai masa sehingga 30 April untuk membubarkan parlimen, sebelum ianya terbubar secara automatik dan pilihan raya perlu diadakan 60 hari selepas itu.

“Lebih 90 peratus sudah membuat keputusan mereka. Tapi dalam pilihan raya, ia masih lebih baik buat atau pecah,” tambah beliau yang merujuk kepada tempoh kempen sebenar Pilihan Raya 2013 yang telah dijadualkan sekurang-kurangnya 10 hari.

Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada kesemua jumlah pengundi dilihat sebagai penentu Pilihan Raya 2013 kali ini dengan separuh daripada mereka terdiri daripada golongan atas pagar, menurut laporan kaji selidik Merdeka Center yang dikeluarkan pada bulan Januari tahun ini.

Ibrahim berkata bahawa kempen sengit telah bermula sejak tahun lepas dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan “Janji Ditepati” manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan kempen “Jelajah Merdeka Rakyat”  ke seluruh negara.

“Janji Ditepati” telah digunakan sebagai tema Hari Kemerdekaan pada tahun lepas, dengan Najib berkata janji-janji yang BN telah laksanakan.

Bendera BN, serta mereka dalam gabungan PR yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP boleh dilihat sudah dipasang diseluruh negara ketika ini walaupun sebelum tempoh kempen rasmi belum diumumkan. Papan iklan yang menunjukkan imej Najib dan mesej keamanan dan keharmonian juga telah diletakkan disetiap sudut bahagian bandar.

Walaubagaimanapun, PR telah bergerak dengan lebih agresif dalam talian bagi melawan monopoli BN dalam media arus perdana, malahan DAP telah pun melancarkan saluran televisyen sendiri iaitu Ubah TV.

PKR juga berkata akan melancarkan lebih banyak video di Facebook untuk menjelaskan kepada pengundi dasar pembaharuan yang dicadangkan dan program ekonomi, berikutan kejayaan video janji mereka tentang kereta murah yang mencecah lebih 1 juta pengguna Facebook dalam hanya tempoh tiga hari.

Malaysia mempunyai lebih daripada 13 juta pengguna Facebook, menunjukkan penembusan 46.28 peratus daripada jumlah keseluruhan 29 juta penduduk, menurut laporan oleh pemantau media sosial laman web Socialbakers.  Sejumlah 64 peratus pengguna Facebook di negara ini berusia antara 18 ke 34 tahun.

Spekulasi pilihan raya umum ke 13 bermula sejak awal tahun 2010 selepas Najib dilantik sebagai perdana menteri keenam Malaysia pada 3 April, 2009.

Anwar pula berhadapan dengan pelbagai tuduhan seks sejak bertahun-tahun, manakala PR membidas balik BN dengan pelbagai tuduhan rasuah, terutamanya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) melibatkan keluarga bekas menteri Kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata calon pilihan raya bagi terutamanya bagi kerusi parlimen adalah amat penting.

“Rakyat ambil berat tentang persekutuan, jadi mereka lebih mementingkan tentang siapa yang akan mereka hantar ke persekutuan,” kata Wong kepada The Malaysian Insider.

Tidak seperti Ibrahim, Wong walau bagaimanapun menganggarkan peratusan yang lebih tinggi pengundi atas pagar antara 30 dan 40 peratus, yang menurutnya dibahagikan kepada tiga kumpulan - mereka yang mahu mengundi tetapi belum memutuskan siapa untuk mengundi, mereka yang menyokong parti tertentu tetapi tidak pasti untuk keluar dan orang-orang yang tidak memihak serta tidak pasti jika sama ada mereka akan membuang undi pada hari pengundiaan.

“Tempoh kempen akan berguna untuk orang-orang ini keluar mengundi,” katanya.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian juga menyatakan pendapat sama dengan menyifatkan golongan atas pagar, yang membentuk kira-kira 40 peratus daripada pengundi akan menunggu sehingga tempoh kempen sebenar untuk membuat keputusan.

“Golongan atas pagar biasanya akan menunggu sehingga jam 11 sebelum memutuskan siapa yang akan mereka undi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Tempoh berkempen adalah juga penting supaya penyokong tidak membuang undi protes,” tambah profesor Universiti Sains Malaysia (USM) itu.


The Malaysia Insider

Sunday, March 31, 2013

Wow banyaknya.... 75% cawangan Umno Malaysia haram!

Hasil maklumat dari pelbagai pihak, adalah diyakini hanya 25% cawangan UMNO berdaftar secara sah sementara baki 75% lagi adalah haram. ini bermakna, majoriti cawangan UMNO di seluruh Malaysia adalah HARAM, makanya pertubuhan politik UMNO adalah HARAM!!!


Ini fakta beb...bukan main serkap sokong... lihat apa yang Chegu Bad perkatakan...

He he he,, umno duk sibuk nak haramkan parti DAP, rupa-rupanya ia sendiri dah tiga suku haram,,, patutlah beriya nak haramkan DAp,, jadi sama-sama haram... 

Nuffnang Ads

Ahad, 31 Mac 2013

KENAPA YB NURUL IZZAH AKAN KALAH DI LEMBAH PANTAI




KOMENTAR TUKAR TIUB
nurul izzah wakil rakyat lembah pantai menang 
dengan kelebihan 2000 undi   pada tahun 2008

pada tahun 2013 telah ditambah 19,000 undi baru
masuk undi polis
masuk undi rela
masuk undi isteri polis
masuk undi isteri rela
dan 4,600 yang tidak dikenal pasti

lihat apa jawapa pengerusi spr
ini sama saperti jawapan yang diberikan
kepada mb selangor

yb charles santiago di pandamaran
telah membawa kes nama pengundi hilang
kes didengar oleh mahkamah tinngi shah alam
hasilnya hampeh

nurul izak akan kalah
bukan kerana tidak ada sokongan
tetapi kerana undi tipu
SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS

SPR: Nurul Izzah tak maklum isu pengundi meragukan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak pernah memaklumkan kepada pihaknya berhubung senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan dalam kawasan parliman terbabit.
Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini berkata tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul kepada SPR.

"Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," katanya, mengulas mengenai permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi.


Nurul Izzah dalam dokumen permohonan semakan kehakiman yang difailkan itu mahu membatalkan sebanyak 4,637 nama pengundi yang didakwa meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam kawasan parlimennya.


Ia melibatkan Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012.


Senarai nama berkenaan didakwanya didaftarkan dengan alamat tidak lengkap atau kawasan yang tidak wujud.


Selain itu, beliau turut mahu membatalkan 133 nama yang tidak lagi bermastautin di Lembah Pantai dan tiga nama yang telah meninggal dunia yang terkandung dalam RDPI.




JAWAPAN RAKYAT
TERHADAP PENIPUAN



Nuffnang Ads
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.