Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, November 1, 2013

Ramli Saman Ghani RM128.5 Juta

Bekas pegawai kanan polis saman AG RM128.5j

Hafiz Yatim
  • 11:35AM Nov 1 2013

Enam tahun lalu, bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff diheret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan, yang disangkalnya dalam perbicaraan yang panjang.

Hari ini bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial itu menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan 12 lagi dalam saman RM128.5 juta atas dakwaan membuat pendakwaan berniat jahat.


ramli yusuff commercial crime director police pc 301007 total deny
Ramli (kiri), 61, turut menamakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa pegawainya, ketua pendakwa Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan, ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR) polis serta kerajaan sebagai defendan.

Langkah itu ekoran pembebasan beliau di Kuala Lumpur dan Sabah selepas kerajaan gagal memulihkan pelbagai hak dan keistimewaan beliau sebagai pegawai atasan kerajaan. 


Ramli berada di kedudukan tiga teratas dalam pasukan polis ketika ditahan.


Ramli berkata, beliau sebelum ini dinasihatkan oleh pegawai atasan kerajaan untuk tidak memulakan tindakan undang-undang sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Thursday, October 31, 2013

DUN Sungai Limau.. Jadikanlah peristiwa ini sebagai iktibar... (Video Inside)


25 Sept. 2012 kira-kira lapan bulan sebelum PRU13, Lidah rasmi UMNO dengan bangganya menyiarkan satu laporan yang disertakan dengan gambar di atas 'Penduduk Hakka ucap terima kasih'.

Terima kasih tersebut telah diucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh kira-kira seramai 80 keluarga dari Kampung itu kerana campur tangan Najib dalam memastikan kediaman mereka tidak dirobohkan.

Keprihatinan Najib itu benar-benar melegakan mereka dan mengurangkan kebimbangan ancaman jentolak yang 'mengetuk' pintu rumah mereka.

Mereka gembira kerana mendapat khabar daripada Menteri Besar, Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Najib telah memaklumkan dan mahu pemaju mengadakan dialog dengan penduduk sebelum meneruskan sebarang projek di tanah berkenaan.

Utusan

Maka dengan itu tertangguhlah segala perancangan pemaju meskipun terpaksa menanggung kerugian kerana ditegur oleh Najib..

Dan dipercayai sebagai menghargai keprihatinan Najib dalam permasaalahan yang dihadapi oleh mereka lapan bulan sebelum pilihanraya itu.. mereka telah menyokong dan mengundi Barisan Nasional..

Malang buat mereka kerana mempercayai sikap prihatin yang sebenarnya lebih berupa hipokrit pemimpin-pemimpin Barisan Nasional itu..

Tidak sampai enam bulan berlangsungnya pilihanraya yang menyaksikan kuasa kekal ditangan mereka.. apa yang ditakuti oleh penduduk Kampung Hakka itu kembali menghantui mereka..

Kali ini tidak ada lagi Menteri Besar yang membawa khabar gembira dari Najib.. tetapi yang hadir hanyalah jentera berat yang dikawal Polis meranapkan rumah-rumah mereka..


Samada mereka suka atau tidak..berani atau tidak.. mereka kini telah dipaksa berhijrah!!

Di DUN Sungai Limau.. meskipun dibelakang calon BN ada Mukhriz dan dibelakang Mukhriz pula ada Najib fahamilah apa sebenarnya yang mereka maksudkan dengan slogan 'Berani Berhijrah' itu...


'Berani Berhijrah' dari menyokong PAS kepada menyokong UMNO.. bermakna anda juga kemungkinan besar akan dipaksa berhijrah keluar dari kampung halaman anda atas nama pembangunan yang menguntungkan kroni Barisan Nasional..


Friday, November 1, 2013

Ragam Manusia: Cinta Sejati Atau Gila?

Berbual, sikat rambut mayat isteri 36 hari
Rumah di Taman Damai Perdana, Cheras tempat seorang lelaki menyimpan mayat isterinya selama 36 hari

Kajang: Bagi membuktikan cintanya kepada isteri, seorang lelaki tidak sanggup berpisah, malah tetap menyimpan selain melayan mayat wanita kesayangannya. 

Beliau bukan saja menyembunyikan kematian isterinya selama 36 hari, malah dia turut menyikat rambut mayat itu setiap hari kerana menyintai wanita itu. 

Kematian Lim Ah Tee, 42, disembunyikan daripada pengetahuan anak tunggal mereka lebih sebulan dengan menyatakan ibunya sakit dan berehat di dalam bilik di tingkat atas kediaman mereka di Taman Damai Perdana di sini. 

Perbuatan terbongkar 

Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas abang Ah Tee berkunjung kediaman mereka Sabtu lalu dan menasihatkan adik iparnya melaporkan kejadian kepada pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suami Ah Tee, Wong Tuck Wei, 40, membakar banyak setanggi, membuka kipas dan tingkap bilik selain meletakkan tuala basah di sekeliling tubuh mayat bagi menghilangkan bau busuk. 

“Apa yang peliknya tiada ulat ditemui pada mayat ketika pemeriksaan forensik dibuat. Hanya seekor kumbang ditemui. Keadaan mayat sudah mereput dan daging tertanggal daripada kulit sehingga tinggal tengkorak. 

“Namun, keadaan rambutnya kemas dan cantik kerana disikat setiap hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Katanya, dalam keterangannya Tuck Wei mendakwa bersembang dengan mayat itu yang diletakkan di atas kerusi menghadap ke luar tingkap setiap hari sambil menyikat rambutnya.
Pengawal keselamatan samun kedai emas
  • Khairy Ahrasa Khairy Ahrasa
1 / 1
KUALA LUMPUR - "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". Itulah yang terjadi kepada pemilik sebuah kedai emas di pusat beli-belah KL Festival, Setapak di sini apabila pengawal keselamatan yang diupah menyamun kedai itu hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisoner Khairy Ahrasa berkata dalam kejadian 9 pagi itu, suspek yang lengkap beruniform bertindak mengacukan senjata api kepada empat pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher.

Beliau berkata kejadian yang mengambil masa kira-kira lima minit itu terjadi semasa pekerja premis berkenaan sedang melakukan kerja menyusun atur barang kemas sebelum suspek datang dan mengarahkan pekerja tersebut menyerahkan dulang berisi barang kemas.

"Polis sedang menyiasat sama ada pengawal keselamatan tersebut melarikan diri dengan motosikal ataupun ada rakannya yang sudah menunggu di luar pusat membeli-belah itu.

"Kita akan teliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terlebih dahulu," katanya kepada pemberita.

Khairy berkata polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan suspek yang berusia 26 tahun dan dipercayai berasal dari Sabah.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati suspek baru bertugas sebagai pengawal keselamatan di premis itu selama sebulan.

Pihak polis sedang menyiasat latar belakang suspek serta rekodnya sebagai pengawal keselamatan dan sama ada dia mempunyai rekod jenayah lampau, katanya.

"Kita akan semak dengan syarikat keselamatan yang mengupah suspek bekerja dan kita akan siasat senjata api yang digunakan suspek sama ada milik dia ataupun dibekalkan oleh syarikat keselamatan," katanya.

Kes itu berlaku susulan kejadian seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang pegawai wanita sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu dan melarikan wang RM450,000. - Bernama




SHAH ALAM - Flat PKNS Kampung Kerinchi dilaporkan terbakar sekitar jam 4.40 petang tadi.

Pihak bomba dikatakan sedang berusaha memadam kebakaran di tingkat paling atas flat 17 tingkat itu.



 


Berita itu turut disahkan Ahli Palimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di laman Instagram miliknya.

"Flat PKNS 17 tingkat alami kebakaran. Makluman untuk penghuni dan penduduk setempat. Innalillah," tulisnya.

Dalam satu laporan di sebuah laman portal menyebut, kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira enam unit rumah.
 


 Flat PKNS Kerinchi terbakar

YANG HEBATNYA SIAPAKAH YANG MULAKAN ISTILAH ULAMA DAN PROFESIONAL ?


Thursday, October 31, 2013

Surat Terbuka Bekas Ketua Pengarang Harakah kepada 5 calon Timbalan Presiden Pas.

Cara sebegini aku setuju, luahkan apa yang perlu secara terus terang tanpa nak berselindung... 


Zulkifli Sulong

Tuan-tuan calon timbalan presiden PAS yang dihormati. Semoga surat terbuka ini tidak menyusahkan tuan-tuan semua kerana saya menulis ini dari hati saya.
Kempen agar para pemimpin PAS menghormati pencalonan dari kawasan semakin meningkat hari ke hari. Ia berjalan secara neutral selepas nama-nama besar PAS dikatakan keberatan untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS atas sebab-sebab peribadi masing-masing.
Tokoh yang mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan ini Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sehingga kini belum membuat keputusan samada mahu bertanding atau tidak.
Tuan nampaknya lebih selesa untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja.
Begitu juga tokoh yang mendapat pencalonan kedua terbanyak, Datuk Husam Musa. Tuan juga hingga kini masih belum mengumumkan keputusan samada mahu bertanding atau tidak.
Selain mendapat pencalonan terbanyak, undian yang dibuat oleh sebuah laman web pro PAS, Tranungkite.net juga mendapati tuan-tuan berdua berada di depan.
Tuan Ibrahim mendapat 36% sokongan, kedua Husam 25% dan ketiga penyandang jawatan ini Mohamad Sabu 19%.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hanya mendapat 12.9%, satu kenaikan mendadak berbanding semalam berada di tempat tercorot iaitu 4.6%. Ia berlaku mungkin selepas Salahudin Ayub yang turut layak untuk bertanding jawatan ini mengumumkan hanya akan mempertahankan jawatannya iaitu naib presiden.
Kenaikan itu juga mungkin selepas kedatangan pengundi yang menyokong tuan untuk mengundi kerana Mohd Amar mendapat sokongan kuat daripada ulama dalam PAS. Ia pernah berlaku dalam poll sebelum ini.
Yang pasti akan bertanding untuk jawatan nombor dua PAS kini hanya Mohamad Sabu yang mengesahkan akan mempertahankan jawatannya itu dan Mohd Amar yang memberikan bayangan akan berbuat demikian.
Ekoran itu, ramai yang tertanya-tanya kenapa tokoh popular tidak bertanding sedangkan yang kurang popular pula yang akan bertanding.
Lalu datanglah kempen ini. Kenapa tidak mereka yang dicalonkan menghormati pencalonan yang dibuat oleh kawasan-kawasan?
Tuan-tuan calon timbalan presiden PAS yang disayangi.
Semua faham, Tuan Ibrahim keberatan untuk bertanding. Beliau pernah tewas dalam pemilihan 2011 lalu untuk jawatan ini. Penyertaan beliau dulu dibuat atas permintaan pihak lain, bukan kehendak dirinya sendiri kerana beliau pernah kata sebelum itu keberatan untuk bertanding dan meminta supaya jangan dicalonkan.
Isu besar dalam PAS sekarang adalah persepsi berlakunya perpecahan dalam parti Islam ini. Punca terbesar adalah kempen sesetengah pihak melalui Facebook untuk membuang pemimpin tertentu dalam PAS yang tidak sealiran dengan mereka.
Pihak ini kelihatan berkempen untuk ulama tetapi adab dan etikanya jauh daripada ulama. Mana ada ulama yang sanggup menuduh individu tertentu membunting anak orang tanpa membawa saksi. Ini kerana ulama tahu tuduhan sebegini membolehkan dia dijatuhi hukuman qazaf. Jadi sudah tentu ulama sendiri tidak merestuinya.
Sebab itu ada yang mendakwa individu di belakang kempen ini sebenarnya pihak yang sememangnya dihantar masuk untuk menghuru-harakan PAS dari dalam.
Oleh itu, ulama yang cerdik tidak terpengaruh dengan tindakan mengapi-apikan mereka ini. Hanya mereka yang terlebih obses bahawa 'ulama sedang diserang' sahaja yang terpengaruh dengan cucukan sebegini.
Namun begitu tuan-tuan semua, sudah menjadi persepsi awam sekarang, perpecahan sedang berlaku dalam PAS. Ulama sedang berpecah dengan bukan ulama. Persepsi ini semakin berkembang lagi ekoran resolusi Multaqa Ulama SeMalaysia di Alor Setar yang meminta ulama dilantik untuk merusi timbalan presiden ini.
Lalu bagaimana mahu menangani hal ini? Inilah persoalan yang perlu difikirkan oleh pucuk pimpinan parti sekarang.
Bagi saya orang media, antara caranya adalah melalui pertandingan timbalan presiden PAS. Jangan tunjukkan ada perpecahan antara ulama dan bukan ulama. Jangan juga hantar mesej ulama atau bukan ulama kalah dalam pemilihan nanti.
Perkara yang boleh dielakkan adalah mengelakkan pertembungan satu lawan satu antara ulama dan bukan ulama. Biarlah pertandingan itu antara individu pemimpin parti bukannya mewakili mana-mana kumpulan dalam parti.
Bayangkan jika benar terjadi pertandingan antara Mohamad Sabu yang bukan ulama melawan Mohd Amar yang dikatakan daripada golongan ulama. 
Bayangkan jika Mohd Amar kalah dalam pemilihan itu nanti. Apa persepsi awam terhadapnya? Ulama ditolak oleh perwakilan dan muktamar PAS!
Betulkah muktamar menolak ulama? Bagi saya tidak begitu. Banyak kemungkinan lain selain daripada faktor itu. Namun persepsi tetap persepsi, ia tidak semestinya kebenaran. Namun sebagai sebuah parti yang sudah cukup matang, antara tugas besar PAS adalah menangani persepsi.
Apa kesan kepada persepsi ini? Bagi saya buruk sekali. Ulama akan terasa parti tidak memerlukan mereka. Mereka tidak ada tempat dalam PAS kerana PAS tidak sayangkan ulama lagi dan sebagainya.
Begitu juga kalau Mohamad Sabu kalah. Golongan yang bukan ulama akan terasa ulama telah berjaya mengawal parti sepenuhnya. Dahlah presiden ulama, timbalan pun ulama. Jadi di mana tempat mereka? Justeru, elok undurkan diri secara baik sebelum ditentang oleh geng-geng ulama.
Ia bukan berlaku terhadap mereka yang kalah sahaja tetapi keseluruhan kumpulan bukan ulama di dalam semua peringkat parti juga akan menghadapinya. Hatta pekerja parti di Pejabat Agung dan Harakah juga akan terasa. Mereka akan berasa tidak selamat. Bila-bila masa sahaja akan ditendang dan sebagainya.
Bagi menghadapi persepsi buruk ini, tokoh-tokoh PAS perlu mempertimbangkan cadangan ini, bertanding atas nama individu, bukan atas nama kumpulan serta elakkan bertembung satu lawan satu antara ulama dan bukan ulama.
Untuk itu, wahai Datuk Tuan Ibrahim, wahai Datuk Husam Musa, wahai Haji Mohamad Sabu, wahai Salahudin Ayub dan wahai Datuk Mohd Amar, hormatilah pencalonan untuk anda. Terimalah pencalonan itu.
Biarlah perwakilan yang membuat keputusan siapa yang mereka mahu pilih di kalangan tuan-tuan semua sebagai timbalan presiden mereka.
Bagi yang mahu pilih ulama, pilihlah antara calon yang ada. Bagi yang mahu pilih bukan ulama untuk dipasangkan dengan presiden yang sudah ulama, pilihlah di kalangan calon yang ada. Janganlah paksa mereka memilih di kalangan yang mereka tidak suka.
Baca juga sejarah pemimpin PAS terdahulu yang sangat menghormati pencalonan ke atas mereka. Muktamar ini sangat-sangat memerlukan rasa hormat anda kepada pencalonan mereka.
Namun saya hanya berhak memberikan pandangan. Saya juga tidak berhak mengundi kerana bukan perwakilan. Tuan-tuan selaku tokoh-tokoh besar PAS yang matang dan berpengalaman yang berhak membuat keputusannya. – 31 Oktober, 2013.






31 Oktober, 2013

Gambar MB Selangor Berbelanja 'Mewah' Pula Tersebar


Rakaman gambar ini tidak akan di siarkan oleh Utusan, Berita Harian, NST, The Star, Harian Metro dan Kosmo sebab tidak mau aibkan tuan punya badan!!!!

Terkenal sebagai Menteri Besar yang cukup kedekut ... kedekut kerana sifat amanah yang tinggi urus dana dan kekayaaan negeri Selangor secara berhemah.

Cara dan gaya hidupnya pun konsisten dengan wataknya yang amat berjimat cermat itu.

Shopping pun dekat Pasaraya Giant jer.

Yang pasti MB Selangor akan pastikan pembangunan di luar bandar dan desa akan diberikan keutamaan selain menambah rizab negeri.

M’sia Negara Berhutang Paling Tinggi Di Asia Tenggara


Bajet 2014 dilihat masih kekal sebagai bajet defisit, 16 tahun berturut – turut semenjak krisis kewangan Asia berlaku ekoran amalan dan pelaksanaan dasar fikal ekonomi.

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata, disiplin fiskal yang lemah menyebabkan hutang negara terus meningkat daripada 36% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998 kepada 54.7% (jangkaan) pada tahun 2014.

Ini berdasarkan laporan Maybank Berhad bahawa hutang negara bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.

”Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara,” katanya semasa ucapan perbahasan Bajet 2014 dalam Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, dalam tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 49 tahun dan hanya menikmati lebihan kewangan selama 5 tahun berturut-turut (tahun 1993-1998), iaitu ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menajdi Menteri Kewangan.

“Negara hari ini tidak mempunyai ‘fiscal space’ untuk berbelanja kerana hutang negara yang terlalu besar dan ianya juga tidak mempunyai ‘political will’ untuk memerangi rasuah dan menangani masalah ketirisan dan salahguna kuasa,” katanya.

Menyentuh mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Timbalan Presiden PKR itu berkata, pihaknya menyokong sistem percukaian yang dilihatnya telus sekaligus mampu mengurangkan kebergantungan pendapatan daripada hasil sumber petroleum dan gas.

Malah GST juga dilihatnya boleh menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros dalam berbelanja.

Bagaimanapun, tegasnya rakyat Malaysia hari ini masih belum bersedia untuk perlaksanaan GSTkerana lebih 40% rakyat berpendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,500 sebulan; 80% daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.

Hal ini menurut Azmin bertambah serius apabila Bajet 2014 memotong RM 7.29 bilion jumlah subsidi kepada rakyat yang akan menyebabkan kos produktiviti meningkat dan kuasa membeli atau ‘purchasing power’ rakyat semakin lemah (inflasi).

“Persoalannya adakah kerajaan telah meneliti impak sosio ekonomi rakyat dengan perlaksanaan GST dan pemotongan subsidi rakyat?

“Penganalisis ekonomi mengunjurkan tahap inflasi akan meningkat sebanyak 2% apabila GST dilaksanakan.

“Jika perlaksanaan GST ini konsisten dengan langkah pemotongan subsidi yang diumumkan, maka dijangkakan kadar inflasi akan terus meningkat sehingga kadar 5% pada tahun 2015,” katanya.

Sementara itu, katanya langkah kerajaan menarik balik RM 551.25 juta subsidi gula dan subsidi minyak masak bernilai RM 505.4 juta akan terus membebankan rakyat.

“Kerajaan wajar memberikan perhatian di atas tuntutan Pakatan Rakyat supaya memecahkan monopoli industri gula.

“Belanjawan negara bukan sekadar bertujuan untuk meningkatkan hasil negara tetapi menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan mengambil langkah proaktif untuk membanteras ketirisan dan amalan rasuah,” katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mahu dilaksanakan kerajaan.

Nada

Berbeza nada dengan rakan seperjuangannya yang lain termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin berkata pendirian pembangkang adalah GST merupakan satu sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara.

Bagaimanapun menurut anggota Parlimen Gombak itu, Malaysia dilihat masih belum bersedia untuk melaksanakan cukai baharu itu kerana lebih 40 peratus rakyat mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dengan 80 peratus daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.

“Sudah pasti, jika dilaksanakan GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam pelaksanaan sistem percukaian itu, perhatian tidak sewajarnya diberi kepada golongan miskin tegar samata-mata, tetapi juga kepada golongan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk pekerja muda, pasangan yang baharu berkahwin dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.

Hutang

Malah, katanya, FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini dibebani jumlah hutang yang begitu serius, manakala Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna menyatakan lebih 30 peratus daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang sekaligus mengesahkan beban dan kesempitan hidup generasi muda dan rakyat secara keseluruhannya.

Azmin turut menyarankan satu reformasi sistem percukaian yang bersifat meluas dan komprehensif digubal segera bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menyumbang tujuh peratus kepada pendapatan negara.

Azmin dalam hujahnya berkata dalam pelaksanaan GST, kerajaan perlu memperbetul falsafah dan matlamatnya agar menjurus kepada menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros berbelanja.

“Pendek kata, GST bertujuan untuk mengagihkan semula atau mempelbagai, dan bukan meningkatkan bebanan cukai…bukannya berobjektifkan memperoleh pendapatan RM27 bilion,” katanya.

Katanya kerajaan perlu belajar daripada negara maju di mana negara terbabit hanya mula melaksanakan GST selepas infrastruktur cukai sudah kukuh di samping kadar cukai pendapatan juga turut dikurangkan bagi memastikan rakyat tidak terbeban. -FMT

31 Oktober, 2013

Mike Tyson Turun Ke Sungai Limau

PAS tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau kali ini, apabila menurunkan penceramah ‘heavyweight’ iaitu bekas naib presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib (gambar) dalam misi mempertahankan kubu kuat mereka itu.
Muhammad ataupun dikenali ‘Mat Tyson’ sebelum ini banyak membantu PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, terutamanya dalam merampas kerusi-kerusi kubu kuat Umno di Selangor.
Dalam ceramah pertama di Sungai Limau malam tadi, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, Umno sekarang jauh bezanya dengan dahulu, di mana parti tersebut lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan kepada negara.
"Berbeza dengan Umno dan pentadbiran kerajaan yang diterajui perdana menteri terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman hinggalah Tun Hussein Onn. Sekarang saya lihat Umno lebih banyak bawa kemudaratan.
"Keadaan sekarang tidak lagi selamat seperti dahulu, lihat sajalah jenayah yang berlaku setiap hari," kata Muhammad dalam ceramah berkelompok di Simpang 3 Luar, Sungai Limau.
Muhammad dilihat berperanan penting dalam memancing penyokong tegar konservatif Umno khususnya di luar bandar.
Semasa PRU13 lalu, Muhammad menjelajah ke seluruh pelosok kawasan pedalaman yang menjadi penempatan masyarakat Melayu di seluruh negara, berkempen atas tiket PAS.
Sementara itu, Muhammad juga menyeru agar pengundi Sungai Limau memilih calon PAS, Mohd Azam Abd Samad sebagai isyarat menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap sebagai punca kenaikan harga barang.
"BN ini semua barang naik. Kemudiaan baru-baru ini perkenalkan lagi cukai bebankan rakyat.


Sebahagian penyokong PAS yang hadir mendengar ceramah Muhammad."Penduduk Sungai Limau perlu berikan isyarat dengan mesej tidak menyokong BN," katanya lagi, disahut dengan laungan takbir para penduduk.
"Kalau tak sampaikan mesej, mereka akan kata apa kita buat semua rakyat sokong kita."
Antara jawatan tertinggi yang pernah Muhammad semasa bersama Umno ialah Naib Presiden (2000-2003) dan Ketua Penerangan (2008-2009).
Malah, kejayaan Pakatan Rakyat (PR) mempertahankan Selangor pada PRU13 lalu dengan majoriti dua pertiga turut dikaitkan dengan faktor kemasukan Muhammad menyertai PAS pada April lalu.
Selain Muhammad, beberapa nama besar penceramah juga menghangatkan kempen kali ini yang tinggal tidak berapa hari lagi menjelang proses membuang undi antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kosong selepas wakil rakyatnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu.
Azizan adalah penyandang kerusi DUN itu sejak PRU 1995.
Pada PRU13 Mei lepas, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau bagi penggal kelima berturut-turut dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk sepupunya Mohd Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN.
Sebanyak 58 saluran di 17 pusat mengundi akan dibuka untuk PRK kali ini.  ~tmi

TU DIAAAA ! PRESIDEN TURUN BENDANG TABOQ BENIH PADI !

Jangan abaikan nasib petani

  •  Jangan abaikan nasib petani Abdul Hadi (enam, kanan) dan calon Pas, Mohd Azam (dua, kiri) bersama pimpinan Pas menabur benih padi di sawah dekat Pulau Tembun, Kabu 10, Yan, semalam.
1 / 1
YAN - Pas menegur kerajaan Pusat supaya tidak mengabaikan nasib petani, khususnya di Kedah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mencadangkan kerajaan dapat meneruskan dan meningkatkan pemberian subsidi padi kepada golongan petani, terutama di kawasan Dun Sungai Limau.
“Subsidi ini bukan bermakna menjadi bebanan kepada kerajaan secara menyeluruh, bahkan akan mendatangkan pulangan kepada kerajaan pada akhirnya.       

"Kita mahu kerajaan berpandangan jauh dan bukan berpandangan untuk dua hingga lima hari, seperti pemberian RM500 untuk seminggu.

“Kalau kita lihat pada negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Perancis, walaupun mereka utamakan kemajuan industri, mereka juga tidak mengabaikan aspek pertanian kerana ia adalah rukun hidup yang tidak boleh dipinggir dan ditinggalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menabur benih padi di sawah padi dekat Pulau Tembun, Kabu 10, di sini, semalam.

Pada Program Tok Guru Turun Padang dan Doa Awal Musim Padi itu, Abdul Hadi turut menamakan benih padi yang disumbangkan kepada beberapa orang petani di Pulau Tembun itu sempena dengan nama calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat, iaitu benih Azam.

Abdul Hadi berkata, subsidi padi oleh kerajaan adalah perlu dan tidak boleh dinafikan sekali-kali dan perlu dipertingkatkan untuk kesaksamaan antara petani, penjual dan pengguna supaya tidak memberikan tekanan dan menyebabkan golongan petani rasa tertindas.

“Kerajaan boleh menambah hasil padi sekiranya dapat ditingkatkan hasil pertanian kerana kita memiliki tanah yang luas dan sumber air yang banyak. Kita gunakan agenda penyelidikan dan pembangunan (R&D), buat kajian betul-betul untuk menghasilkan pulangan yang
banyak.

“Kalau kerajaan boleh buat Felda kelapa sawit dan Felda getah, kenapa tidak boleh buat Felda padi dan sebagainya. Banyak peluang dan ruang yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan dengan sebaiknya,” katanya.

Menurutnya, cadangan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan kerajaan dapat menunaikan tanggungjawab kepada rakyat," katanya.

TUAN IBRAHIN TUAN MAN KENA TENGOK SEMUA NIH




Rayuan buat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


Tuan Ibrahim Tuan Man
Boleh baca sepenuhnya ..  Klik Sini

Ada 2-3 persoalan yang aku nak tanya balik, seperti persoalan ni, " Saya juga melihat Pas kini dilanda anasir-anasir luar yang telah meresap masuk ke dalam jemaah Pas. Api label-melabel, benci-membenci sesama pemimpin ditiup kencang dalam majlis dalaman tertutup parti."

Bagi aku tak ada anasir luar pun,, yang ada ialah mainan politik kotor umno melalui akhbar utusan melayu, lalu ada 2-3 orang pimpinan dari dewan ulama terikut-ikut dengan mainan umno,,, dari sini timbul pula El-Haraki yang kerjanya taksudah-sudah menghentam pimpinan Pas dari golongan bukan ulama,, siapa yang mula...contoh terkini lihat dibawah..



Pimpinan Pas bukan ulama dihentam secara terang-terangan seolah-olah mereka ini musuh islam sanggup disuruh sembahyang hajat..... 

Jadi siapa anasir luar ni.... ini semua tak lain tak bukan adalah kerja umno dengan mempergunakan beberapa keldai Pas yang bangang...

Kenapa,,, aku dah tulis dah sebelum ni...Klik Sini

Umno akan bersa lega dan senang hati, jika pimpinan Pas macam Mat Sabu dikalahkan,,, kerana bulan Mac 2014 kes rayuan Saifol terhadap Anwar akan difail rayuan dibawah ketua Pendakwaan Peguam Umno sendiri Dato Shafie Abdullah,, macam mana perkara sebegini berlaku dalam undang-undang Malaysia,,, Malaysia Boleh.. 

Siapakah yang akan menggerakkan rakyat Malaysia jika perkara seperti berlaku,,, Umno risau jika Mat Sabu masih Timbalan Presiden Pas,, tolonglah ingat kembali,,siapa yang merancang dan menjadi Pengarah kepada Pehimpunan Bersih 3 yang berjaya mengumpul beratus ribu rakyat. walaupun sebelum Bersih 3 dapat dilaksanakan dengan jayanya Mat Sabu sendiri mendapat bantahan keras dari Ketua Dewan Ulama dan arwah Tan Sri Azizan mantan Mb Kedah yang tidak bersetuju dengan demo tersebut .. 



Selagi Mat Sabu berada di dalam tampok Pimpinan Pas, umno tak akan senang duduk, isu Mat Indera, Mat Sabu dihentam, akhirnta waris mangsa polis dikejadian Bukit Kepong yang sebelum ini dilupakan mendapat perhatian kerajaan umno.. 
Itu yang merisaukan umno terutama sekali Zahid Hamidi yang bercita-cita besar nak menjadi Perdana Menteri,, banyak rahsia besar Zahid Hamidi ada dalam kocek Mat Sabu, dan Anwar Ibrahim bekas mentornya sebelum ini..,, 


Dimanakah yang lebih penting, umno dijatuhkan dahulu atau nak kan pimpinan ulama yang kononnya dapat menyatukan perpaduan semasa ahli, dimana umno masih berkuasa menjerut leher rakyat marhaen dengan berbagai-bagai cukai dan saman... 
Nak berlawan dengan umno bukan hanya dalam pilihanraya, tetapi lawan umno yang paling berkesan adalah diatas jalan raya...dan Mat Sabu lah yang paling layak mengepalainya. Itu yang umno cukup takut..

31 Oktober, 2013

Dalang Sebar Gambar, Video Pegawai Bank Di Tembak Di Kesan

Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Oktober lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial.
Beliau berkata polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.
"Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar ini malah kita juga sudah ambil rakaman percakapan dua anggota polis. Kita akan lakukan siasatan terperinci," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, ditembak dengan senjata api jenis 'pump gun' oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.
Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.
Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, juga tersebar di laman sosial.
Bagaimanapun, Mohd Shukri enggan mengulas lanjut berkaitan suspek namun mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga lelaki itu, ditahan bagi membantu siasatan setakat ini. ~bernama

DAH TUA KENA IKUT MACAM MAT TAIB

DIA TAK MAU MATI DALAM KEADAAN ASSOBIYAH - Pak Karamu

Muhammad Mohd Taib Belasah Umno

IPOH: Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata, Umno tidak pernah merujuk kepada al-Quran dan Hadis dalam perjuangannya.

Menurutnya, perkara tersebut berbeza dengan PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan rujukan utama setiap masa.


Itulah antara penyebabnya mengambil keputusan menyertai PAS setelah bergelumang dalam Umno sejak tahun 1964 lagi.

"Masa saya jadi Menteri Besar (Selangor), saya tidak pernah buka (rujuk) al-Quran untuk mentadbir negeri, begitu juga semua Perdana Menteri sehinggalah Najib ketika ini.

"Tetapi dalam PAS berbeza, Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Hadi selalu rujuk al-Quran ketika mereka memerintah negeri masing-masing," katanya ketika membentangkan kertas kerja di Konvensyen PAS Perak di Hotel Tower Regency, Ahad lalu.

Mantan Naib Presiden Umno itu menjelaskan, beliau mengambil keputusan menyertai PAS apabila telah menyedari akan perjuangan Umno yang semakin menyimpang.

Katanya, beliau ingin membetulkan dirinya kembali dalam pengakhiran usianya dan ingin membantu PAS mencapai hasrat memerintah negara dan memimpin ummah.

PAS katanya diwakili golongan berkemahiran agama dan profesional yang cerdik pandai tetapi Umno hanya menjadi parti ikutan tidak berdasarkan pemikiran.

"Umno hanya jadi parti yang ikut-ikut sahaja, mereka yang masuk Umno bukan yang berfikir. Tidak seperti orang yang menyertai PAS.

"Saya melihat, PAS adalah parti yang paling relevan dan sesuai untuk memimpin masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu," ujarnya lagi.

BN katanya hanya berjaya dalam pembangunan fizikal semata-mata sebaliknya gagal untuk mendidik rohani serta akhlak masyarakat.

Tambahnya, Rakyat perlukan usaha daripada kumpulan baru yang berani untuk merubah suasana masyarakat dinegara ini.

Jelas Muhammad, PAS sangat diyakini dapat melahirkan masyarakat yang selamat di dunia dan akhirat disamping mengukuhkan aspek modal insan dan membangunkan kemanusiaan.

Justeru, beliau menggesa agar PAS lebih bersedia dan mengukuhkan lagi kedudukannya agar dapat meyakinkan rakyat khususnya orang Melayu.

"Kita kena kerja daripada sekarang untuk meyakinkan pengundi dan masyarakat tentang keperluan untuk berubah.

"Kita perlu hebahkan tentang kelebihan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berbanding BN antaranya betapa cekap dan amanahnya pemimpin Pakatan Rakyat membelanjakan duit kerajaan," jelasnya lagi.



TUTUP JE LA SYARIKAT TUH

Khamis, 31 Oktober 2013

Anak syarikat PKNP rugi: Kerajaan BN Perak didesak selamatkan wang rakyat


howard lee


IPOH, 31 OKTOBER: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak digesa bertindak terhadap beberapa syarikat kerajaan negeri berikutan prestasi buruk akibat ketidakcekapan dan keborosan agensi berkenaan di bawah pentadbiran BN seperti dalam laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Perak.

Ia antara lain membabitkan kerugian anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNK), Perak Industrial Resources Sdn Bhd (PIRSB) sebanyak RM8.59 juta.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How, kegiatan utama PIRSB adalah membantu memajukan  sektor ekonomi negeri menerusi penggalakan pelaburan dan penerokaan bidang baru dengan memiliki sembilan anak syarikat.
“Bagaimanapun, hanya lima anak syarikat yang aktif berniaga dalam tempoh pengauditan itu dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, skop kajian yang dijalankan oleh unit yang ditubuhkan ini adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara membabitkan penyata kewangan bagi tahun 2009 hingga 2011 yang meliputi aspek kewangan dan aktiviti utama syarikat dengan tumpuan terhadap prestasi kewangan pengurusan sehingga 2012.

“Walaupun PIRSB secara amnya mencatatkan keuntungan, pihak syarikat itu gagal membuat pemantauan secara berkesan terhadap aktiviti syarikat subsidiarinya iaitu PIRSB Developement Sdn Bhd yang menguruskan aktiviti ini.

“Akibat daripada kelemahan pemantauan, sebahagian daripada tanah lot industri diceroboh oleh setinggan secara haram.

“Sebuah lagi anak syarikat iaitu Perak Teamwork Sdn Bhd pula masih tidak mampu menjana keuntungan secara berterusan kerana jualan tanah liat tidak mencapai sasaran yang ditetapkan akibat pemberhentian operasi perlombongan.

“Begitu juga prestasi penjualan lot tanah estet perindustrian Batu Gajah yang kurang memuaskan kerana Fasa II masih belum terjual sejak 2010. Penjualan lot perindustrian Keramat Pulai tidak dijual sepenuhnya mengikut perjanjian,” jelas beliau.

Berikutan itu, Setiausaha Pemuda DAP Perak menggesa agar tindakan drastik diambil bagi mana-mana badan korporat jika mencatatkan kemerosotan teruk apa lagi membabitkan kerugian dana awam.

“Justeru, pendirian Pakatan Rakyat Perak sebelum ini adalah amat jelas, bahawa satu Jawatankuasa Khas Pemantauan GLC perlu ditubuh, sanggup dan berupaya memainkan peranan semak dan imbang supaya dana awam dapat dilindungi selain menjana keuntungan.

“Jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ikhlas dan inginkan satu transformasi yang sering mereka laungkan, beliau perlu bertindak segera,” katanya.
Pas minta kerajaan pertimbang naik subsidi padi
  •  Mahfuz Omar  
  • Mahfuz Omar
1 / 1
YAN - Pas meminta kerajaan pusat mempertimbang cadangan menaikkan subsidi padi daripada RM248.10 satu tan kepada RM372.10 satu tan bagi meringankan beban serta mengukuhkan ekonomi pesawah.

Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata kenaikan subsidi itu dijangka melibatkan RM200 juta setahun akan dapat memberi kelegaan kepada kira-kira 144,958 keluarga petani seluruh negara dengan keluasan bendang sekitar 300,000 hektar.

"Kali terakhir subsidi padi dinaikkan ialah sekitar tahun 1990...dari RM164.40 setan kepada nilai subsidi terkini.

"Selepas lebih 23 tahun subsidi harga padi masih belum disemak semula. Jadi dicadangkan dinaikkan sebanyak 50 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi di Pulau Timbun dekat sini hari ini.

Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub, Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau Mohd Azam Abd Samat.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada 4 November ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam. - Bernama
Nuffnang Ads

Khamis, 31 Oktober 2013

BERITA HANGAT PERKASA





Perkasa Perak buat laporan polis video berkaitan kalimah Allah

IPOH: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak hari ini membuat laporan polis berhubung satu klip video di laman sosial YouTube yang didakwa menyindir dan mempertikai keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah. 

Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh bersama 10 anggota pertubuhan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini pada 1.44 tengah hari.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... KAH KAH KAH.... kah kah kah..
kah kah kah..PERKASA ITU PUN PERKATAAN SANSKRIT... kah kah kah..
kah kah kah...TAK KE TERHINDU?..... kah kah kah

-----------
Nuffnang Ads
15 penjana kuasa elektrik TNB gagal dibawa lari

  • 15 penjana kuasa elektrik TNB gagal dibawa lari Suspek yang ditahan ketika sedang meleraikan komponen penjana kuasa elektrik yang dicuri di sebuah gudang di Pulau Meranti, Puchong, semalam.
1 / 1
SHAH ALAM - Polis merampas semula 15 unit penjana kuasa elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) termasuk dua buah treler bernilai kira-kira RM600,000 yang dilarikan 16 lelaki dari sebuah gudang di, Teluk Gong, Pandamaran, Klang, semalam.

Turut ditahan bersama 16 suspek terbabit seorang pekerja gudang itu dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian berlaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lima lelaki bersenjatakan parang memanjat masuk ke dalam premis dan mengikat empat pengawal keselamatan yang bertugas dalam kejadian jam 4.45 pagi itu.

Beliau berkata, kumpulan suspek itu kemudiannya melarikan dua buah treler bermuatan 15 unit penjana kuasa elektrik TNB seberat 45 tan.

Menurutnya, empat pengawal yang diikat bagaimanapun berjaya melepaskan ikatan mereka, sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak peronda pengawal keselamatan.

Katanya, laporan dibuat kira-kira jam 6.30 pagi dan siasatan awal berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan pemandu di premis terbabit.

“Hasil soal siasat ke atas suspek membawa kepada serbuan di sebuah lagi gudang di Pulau Meranti, Puchong pada jam 6 petang hari sama.

“Ketika diserbu, seramai 16 suspek lelaki sedang sibuk meleraikan komponen penjana kuasa elektrik yang baru dicuri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Shukri berkata, 16 suspek ditahan terdiri daripada tujuh lelaki tempatan, lima lelaki warga Sri Lanka, tiga lelaki warga India dan seorang lelaki warga Pakistan.

“Lebih mengejutkan dua buah treler yang dilarikan dicat semula, selain nombor chasis enjin turut diubahsuai dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, penjana kuasa elektrik itu dileraikan bagi mendapatkan komponen besi yang disadur perak serta minyak untuk dijual di pasaran.

Menurutnya, semakan mendapati tiga daripada suspek tempatan yang ditahan dikenalpasti mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk satu berkaitan dadah.

Katanya, semua suspek warga asing ditahan juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Semua suspek berusia antara 18 hingga 57 tahun, direman seminggu sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata api.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.