Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SYAITAN TIDAK KENAL MEMBAZIR

DBKL, polis bincang tindakan susulan
  • Ahmad Phesal Datuk Bandar KL baru Datuk Ahmad Phesal Talib
1 / 1
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan pihak polis bagi menentukan tindakan susulan terhadap penganjur perhimpunan di Dataran Merdeka malam tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya akan memutuskan tindakan lanjut terhadap penganjur perhimpunan itu setelah satu mesyuarat khas diadakan.

"Setakat ini DBKL belum mengenal pasti apa tindakan yang akan diambil...sama ada tindakan saman kepada penganjur atau tindakan-tindakan lain yang sesuai," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Perhimpunan haram itu yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO), dihadiri kira-kira 4,000 peserta telah merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu anjuran DBKL yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam ekoran peserta perhimpunan menyerbu masuk ke Dataran Merdeka.

Polis menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Mengulas mengenai jumlah kerugian, Ahmad Phesal berkata DBKL setakat ini belum menerima apa-apa laporan kerugian peralatan atau harta benda susulan perhimpunan haram itu.

"Setakat ini belum terima apa-apa.. tetapi apabila ada (laporan) kita akan lihat dan kira berapa jumlah kerugian," katanya.

Ahmad Phesal turut memuji kecekapan anggota keselamatan yang mengawal keadaan sehingga tanpa berlakunya kejadian tidak diingini.

"Saya juga bersyukur kerana orang awam turut memberi kerjasama dan tidak mencetuskan provokasi meskipun persembahan bunga api untuk sambutan tahun baharu terpaksa dihentikan bagi mengelakkan insiden berpanjangan," katanya
.
Beliau turut menegaskan tidak timbul isu wujudnya pembaziran apabila persembahan bunga api dihentikan kerana ia (bunga api) masih boleh digunakan untuk acara-acara lain. - Bernama

HOTLINE JUHAM UNTUK KES TANGKAPAN HIMPUNAN TURUN


JUHAM menyediakan 3 talian Hotline berikut bagi memudahkan urusan kepada sesiapa yang ditahan atau ditangkap sebelum, semasa atau selepas himpunan TURUN pada 31.12.2013.

016 6341133
016 6345544
016 6346633

Untuk panduan kepada sesiapa yang ditahan atau ditangkap atau yang mengetahui orang sekeliling yang ditangkap, adalah dinasihatkan supaya menghantar SMS sahaja kepada kami bagi mengelakkan kesesakkan talian telefon dengan menyertakan butiran berikut.

1. Nama penuh
2. Nombor kad pengenalan
3. Nombor telefon
4. Lokasi tangkapan
5. Lokasi di bawa.

Talian Hotline JUHAM akan diaktifkan bermula pada 31.12.2013 jam 12.00 tengahari.

Sekian untuk makluman.
Yang Benar.
Noorazmir Zakaria
Pengarah JUHAM
Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Turunkan Najib kalau tak turun harga barang – Rafizi

Najib 

KUALA LUMPUR 1 JAN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberi amaran supaya Perdana Menteri kerajaan minoriti, Datuk Seri Najib Tun menurunkan harga barangan segera.

Menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun paling teruk dalam sejarah Malaysia, Rafizi menyeru anak muda bersedia untuk terus melawan kezaliman pemerintahan Barisan Nasional.

“Najib potong RM1,600 dari gajinya. Tapi ambil berpuluh juta dari wang kita dan kuncu-kuncunya membazirkan wang rakyat.

“Najib, Rosmah dan Barisan Nasional tidak kenal bahasa baik. Mereka hanya kenal bahasa demonstrasi seperti hari ini,” kata Rafizi ketika ditemui di himpunan Turun di Dataran Merdeka, malam tadi.

raf
Rafizi berucap di Dataran Merdeka

Beberapa hari lalu, Rafizi dalam satu kenyataan medianya berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) masih mempunyai sejumlah RM6.8 bilion simpanan dana misteri meskipun Perdana Menteri mengumumkan pemotongan 10 peratus elaun bulanan.

Tindakan tersebut menurutnya hanya satu reaksi kerajaan bagi meredakan kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan baru-baru ini.

Wednesday, January 1, 2014

BERITA YANG MEMBUAT PIMPINAN UMNO/BN SAKIT HATI !!

Politik Ampang's photo.

Rabu, 1 Januari 2014

Ini..Real Punya Fitnah Dari Berita Harian..

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama di Dataran Merdeka, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.

Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan.

Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram.

Juragan : komen drp pengunjung yang mencerminkan Hapraknya surat khabar Macai Umno..
Nor Ain klo yg ade kt sna ckp xde pn rempuhn kt tv live dok sdap syiok nyanyi ape cite...berkumpul tu sebb stu bnthn yg kita x setuju dengan tindkn kerajaan.untuk bg tekanan pda kerajaan dengar suare rkyt marhaen yg xde spe ambik kish...kalao xbetul..free2 berita hairan ni wat fitnh..mainstreamm media..cuma berpa percenttt je btul.
 
 Faizal Syadilah Kt tv elok je artis duk menyanyi
 
 Imai Black Out Mane ade kensel.... Jangan nak membongak... Aku kat DM lg nie tp baru nak gerak balik...huhuhuhu.. Pack giler
 
 Nazrul Hakim Mat Wazir Puihhh fitnah..aku siap tgok najwa latif nyanyi lgi kt dtatan mrdeka...hahaaa
 
 Abu Fayyadh Aku kat himpunan ni...mana ada rempuh.,,jawab ler dpn Allah nnti.,,
 
Abu Fayyadh 3000 opah engko,.,,baru turun kira...memey berita lidah setan
 
 
 
 
 
 
 

INIKAH AKIBAT HIMPUNAN TURUN ?

SEPATUTNYA BANK LA YANG PANTAU

Wednesday, January 1, 2014


ANDA WAJIB TAHU - Penipuan Di Mesin ATM - Jika anda menghadapi perkara ini, segera lapor kepada bank

PENGUMUMAN KHIDMAT MASYARAKAT!

Tolong sebarkan perkara ini kepada rakan2, keluarga dan orang tersayang.

Terdapat individu yang menggunakan papan kekunci palsu di beberapa buah negara semenjak tahun 2011.

Pencuri mempunyai kepakaran teknologi dengan menggunakan pengimbas kad bagi membolehkan data-data seperti ;nama;tarikh luput kad; kod verifikasi 3 digit dsb, daripada kad kredit atau debit. Hanya segelintir orang sahaja mengetahui tentang perkara ini, oleh itu sentiasa semak dengan teliti. Berikut adalah cara untuk mengetahui papan kekunci palsu :

1) Butang berwarna merah, kuning dan hijau di bahagian kanan biasanya sedikit panjang daripada butang sebenar. 'batal','terima',kosongkan'

2)Biasanya tiada tanda di bahagian kiri dan kanan butang kosong '0'

3)Cuba angkat papan kekunci ATM - bukti nyata bahawa ia adalah palsu.

Jika anda menghadapi perkara ini, segera lapor kepada bank 


>>> SEBARKAN <<<

<3<3<3 LIKE | SHARE  Aku Hidup Dalam Greens <3<3<3
Aku Hidup Dalam Greens
Tolong sebarkan perkara ini kepada rakan2, keluarga dan orang tersayang.
Terdapat individu yang menggunakan papan kekunci palsu di beberapa buah negara semenjak tahun 2011.


Pencuri mempunyai kepakaran teknologi dengan menggunakan pengimbas kad bagi membolehkan data-data seperti ;nama;tarikh luput kad; kod verifikasi 3 digit dsb, daripada kad kredit atau debit. 

Hanya segelintir orang sahaja mengetahui tentang perkara ini, oleh itu sentiasa semak dengan teliti. Berikut adalah cara untuk mengetahui papan kekunci palsu :

1) Butang berwarna merah, kuning dan hijau di bahagian kanan biasanya sedikit panjang daripada butang sebenar. 'batal','terima',kosongkan'

2)Biasanya tiada tanda di bahagian kiri dan kanan butang kosong '0'

3)Cuba angkat papan kekunci ATM - bukti nyata bahawa ia adalah palsu.

Wednesday, January 1, 2014

Tarif Elektrik di Malaysia dan Singapura Mulai Tahun 2014 !!

Parang, pisau antara senjata ditemui
  • Himpunan Turun masih terkawal - Foto Sinar Harian Zulfadhli Zaki
1 / 1
KUALA LUMPUR –  Himpunan Turun mencemari sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi apabila dua anggota polis cedera akibat rempuhan peserta himpunan di samping balingan botol ke arah pentas persembahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, sambutan ambang tahun baharu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dicemari oleh kumpulan yang dikenali sebagai Rakyat Pilih Dataran Merdeka.

“Kehadiran peserta itu menyebabkan majlis sambutan ambang tahun baru terpaksa diberhentikan kerana kumpulan itu telah membuat kacau ganggu ketika majlis berlangsung,” katanya.

Beliau berkata,  peserta himpunan yang dianggarkan 5,000 hingga 6,000 orang itu telah berkumpul di beberapa lokasi antaranya di sebuah pusat membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid Jamek dan Pasar Seni.

“Mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana telah berarak dari lokasi tersebut,” katanya pada sidang media, malam tadi..

Zainuddin berkata, pihaknya turut tidak menerima sebarang notis daripada penganjur himpun tersebut, ia turut menjadi kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Mengikut Akta Perhimpunan Aman, pihak penganjur perlu mengemukakan notis pemakluman 10 hari sebelum sesuatu perhimpunan diadakan,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian rempuhan itu, pihaknya telah membuat halangan terhadap peserta himpun itu.

“Kami tidak mahu peserta itu menganggu penonton yang sedang menyaksikan persembahan konsert di Dataran Merdeka, namun mereka  telah merempuh tiga halangan yang telah dibuat oleh kita.

“Saya difahamkan dua anggota polis cedera akibat rempuhan itu, kedua-dua anggota polis itu menerima rawatan di hospital berhampiran,” katanya.

Zainuddin berkata, pihak keselamatan yang melakukan rondaan di Kompleks Dayabumi turut menjumpai empat parang panjang dan tiga pisau rambo di kompleks berkenaan.

“Pasukan khas yang ditubuhkan akan menyiasat kesalahan yang dipercayai dilakukan oleh peserta himpun itu termasuk penemuan senjata di Kompleks Dayabumi,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut memuji anggota polis yang ditugaskan mengawal sambutan ambang 2014 kerana berjaya mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

BOM PAIP MADE IN PENAGIH DADAH

Polis tahan lelaki bawa bom buatan sendiri

  • Polis tahan lelaki bawa bom buatan sendiri  
  • Abd Rahim (tengah) menunjukkan gambar bom buatan sendiri yang dirampas polis, dalam sidang media di IPK Selangor, semalam.
1 / 1
SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki yang membawa sebutir bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang, Ahad lalu, dipercayai untuk diletupkan ketika sambutan tahun baharu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, bom paip itu dirampas ketika suspek berumur 46 tahun itu sedang menunggang skuter dekat lampu isyarat Taman Permai, Ampang, jam 10.25 pagi.

Menurutnya, suspek cuba melarikan diri tetapi ditahan polis selepas skuternya terbabas dan melanggar sebuah kenderaan di Taman Halaman.

“Polis menemui sebutir bom paip yang mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri dalam beg sandang yang dibawanya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Abd Rahim berkata, isi kandungan bom itu yang dimampatkan dengan belerang, paku dan kaca itu boleh mendatangkan kecederaan serius dan berkemungkinan kematian apabila diletupkan.

Suspek, yang dalam keadaan khayal ketika ditahan memberitahu, dia belajar membuat bom menerusi internet.

“Kami masih menyiasat sama ada bom itu akan digunakan pada perhimpunan di Dataran Merdeka,” katanya.

Beliau berkata, polis pergi ke tempat kerja suspek di sebuah kedai peralatan sembahyang dan ke rumah suspek di Serdang, tetapi tidak menemui sebarang bahan dan peralatan membuat bom.

Menurutnya, suspek didapati positif dadah serta ada sembilan rekod jenayah lampau, termasuk kes penyalahgunaan dadah dan samun.

“Suspek direman selama tiga hari bermula kelmarin dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

11 LANGKAH, RAKYAT SENTIASA TINJAU SETIAP SA'AT

Jangan hanya umum 11 langkah

  • Mohd Azizuddin Mohd Sani
1 / 1
SHAH ALAM - Kerajaan diingatkan supaya tidak meletakkan usaha penjimatan kepada 11 langkah sahaja, sebaliknya ia perlu diperluaskan lagi bagi mengurangkan perbelanjaan negara.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata,  langkah itu tidak bersifat menyeluruh kerana melibatkan beberapa pihak sahaja.

“Walaupun tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu sebagai langkah awal untuk penjimatan, tapi ia mesti juga diperluaskan dengan perkara selain daripada yang diumumkan.

“Jangan hanya terhenti sahaja di situ, sebaliknya perlu mencari kaedah lain bagi mengurangkan perbelanjaan negara,” katanya.



01 Januari, 2014

Berita Memeritkan Hati Rakyat.. Kena Tipu Lagi

Rebat tol sebanyak 20% kepada pengguna lebuh raya di Lembah Klang yang membayar tol menerusi Touch 'n Go akan dimansuhkan esok, lapor Sinar Harian.

Akhbar itu berkata hari ini adalah hari terakhir pengguna boleh menebus rebat tol, yang bermula sejak September 2009.

24 Disember lalu, akhbar tersebut melaporkan sebanyak RM49 juta berupa rebat tol masih belum dituntut kerana kurang publisiti.

Walau bagaimanapun, seorang kakitangan pejabat operasi tol dipetik akhbar itu sebagai berkata, lebih ramai kini tampil untuk menebus rebat.

Sinar Harian juga memetik sumbernya yang mengecam Touch 'n Go, syarikat itu tidak berhak memberi sebarang kenyataan berhubung rebat tol kerana ia merupakan dasar kerajaan dan pemansuhan perlu diumumkan oleh Putrajaya.

Rebat 20% itu diberikan kepada pengguna Touch 'n Go yang membayar tol sekurang-kurangnya 80 kali dalam tempoh sebulan.

Rebat akan diberi apabila pengguna membuat tambahan nilai kad mereka di mana-mana plaza tol di Lembah Klang.

Najib mengumumkan sistem rebat tol tersebut pada 11 Julai 2009, antara 11 'hadiah' kepada rakyat sempena 100 hari beliau dilantik Perdana Menteri. ~sh

Addin:

Nasiblah rakyat M'sia selalu kena tipu.. Niat dah bagus nak bagi rebat 20% tapi syaratnya sekurang-kurangnya 80 kali pengunaan kad Touch n GO dalam tempoh sebulan.
Nak bagi serupa tak nak bagi.. Jangan biarkan diri anda semua ditipu seumur hidup oleh manusia ini.

BERBAGAI CARA UNTUK JADI SENANG

Wednesday, January 1, 2014

Kalau Macam Ni Bagaimana Rakyat Nak Letakkan Kepercayaan?

Nampaknya Malaysia dah jadi macam India dalam Cerita Tamil dan Hindustan
Pemimpin Politik, yang berniaga dan mereka yang diberikan kuasa memikul undang
Mereka sama saja
Cuma makan besar dan makan kecil saja yang membezakan mereka

Ramai polis disiasat kerana pengubahan wang haram sindiket pelacuran
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
JANUARY 01, 2014
Seorang pegawai kanan polis di Kuala Lumpur adalah antara 40 anggota polis yang sedang disiasat kerana mengubah berjuta-juta ringgit wang haram yang diperoleh sindiket pelacuran di Malaysia, sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider.
Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga memperluaskan siasatannya termasuk pengubahan wang haram dan amalan rasuah oleh beberapa dozen anggota polis di seluruh negara.
"Mereka sedang disiasat kerana pengubahan wang haram, dan sekurang-kurangnya rasuah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber lain pula berkata operasi pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit dan dikesan selepas beberapa peristiwa tembak menembak antara polis dengan penjenayah pada tahun 2013 di mana beberapa gangster yang disyaki ditembak mati di beberapa bandar utama."Anggota polis ini boleh didakwa kerana sebab-sebab tersebut. Bergantung kepada bukti yang kita kumpul," tambah sumber itu.
"Kami sedang menyiasat hubungan antara tembak menembak ini dengan operasi pengubahan wang haram," kata sumber itu.
Pada 26 Disember, SPRM mengesahkan bahawa seorang pegawai kanan polis bergelar 'Datuk' telah memberikan satu kenyataan, berkaitan kes pengubahan wang haram yang bernilai lebih RM6 juta.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali (gambar) berkata, pegawai polis berkenaan telah memberi kenyataan di pejabat SPRM Putrajaya seminggu sebelum ini.
"Sebenarnya, kita telah memanggil pegawai kanan polis itu untuk mengambil kenyataan dan dan merakam perbualan.
"Beliau memberi kerjasama dengan baik dan kami mencatatkan kenyataan itu. Tiada tangkapan telah dibuat," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Bernama.
Mustafa yang enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ia berkaitan dengan siasatan kes rasuah kerana wang telah ditemui di rumah pegawai itu dan berkemungkinan pegawai polis yang lain akan dipanggil untuk membantu dalam siasatan kes itu.
Sebuah akhbar melaporkan minggu lepas bahawa seorang pegawai kanan polis telah dipanggil untuk memberi kenyataan bagi  membantu SPRM dalam siasatan terhadap tiga pegawai polis berhubung kes pengubahan wang haram.
Pada bulan November, akhbar harian itu juga melaporkan bahawa ketiga-tiga pegawai polis, berpangkat DSP, ASP dan Sarjan, ditahan secara berasingan oleh SPRM dan semasa penangkapan itu, SPRM menjumpai RM500, 000 dalam bentuk wang tunai, tiga jam tangan Rolex dan juga barang kemas.
Dua daripada pegawai ditangkap itu telah dipindahkan ke Johor dan yang ketiga ke Negeri Sembilan katanya, sambil menambah bahawa salah seorang pegawai telah disyaki terlibat dalam pengubahan RM1.7 juta wang haram dan RM4.3 juta. – 1 Januari, 2014.


Wednesday, January 1, 2014

Gambar Sekitar Himpunan TURUN di Dataran Merdeka , Tak Ada Terguling Pun Najib...








...

SAMAN LAGI ?

Wednesday, January 1, 2014

Himpunan dah berakhir... Kerajaan dah ter 'Guling' ke?


Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi, himpunan yang telah diadakan telah dihadiri lebih dari 10,000 orang yang kebanyakkannya dari generasi muda telah berakhir dengan aman.

Tiada tercetus sebarang kekacauan dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

Kecuali media yang sememangnya menjadi tunggangan UMNO/BN melaporkan kononnya pentas diceroboh dan peserta demo merusuh..

Malah letupan-letupan bom yang didakwa akan dilakukan oleh PKR pada malam ini oleh sebuah blog macai berdasarkan e-mail yang entah siapa yang merekanya langsung tidak kedengaran.

Dan perhimpunan aman untuk menyuarakan kemarahan rakyat tentang kenaikkan harga barangan ini, juga tidak menyebabkan Kerajaan yang sedia ada terguling, kerana himpunan ini dituduh oleh macai sebagai himpunan untuk menggulingkan Kerajaan.

Apa ke bodohnya tuduhan macai itu.. nak guling apa bendanya kat Dataran Merdeka tu?

Itulah.. bila orang kata mereka bodoh, mereka marah.... hakikatnya memang mereka bodoh!.. tapi kalau boleh lain kali Bodoh tu simpanlah sikit, jangan tunjuk kat orang semua...

Rabu, 1 Januari 2014

Ini..Real Punya Fitnah Dari Berita Harian..

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama di Dataran Merdeka, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.

Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan.

Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram.

Juragan : komen drp pengunjung yang mencerminkan Hapraknya surat khabar Macai Umno..
Nor Ain klo yg ade kt sna ckp xde pn rempuhn kt tv live dok sdap syiok nyanyi ape cite...berkumpul tu sebb stu bnthn yg kita x setuju dengan tindkn kerajaan.untuk bg tekanan pda kerajaan dengar suare rkyt marhaen yg xde spe ambik kish...kalao xbetul..free2 berita hairan ni wat fitnh..mainstreamm media..cuma berpa percenttt je btul.
 
 Faizal Syadilah Kt tv elok je artis duk menyanyi
 
 Imai Black Out Mane ade kensel.... Jangan nak membongak... Aku kat DM lg nie tp baru nak gerak balik...huhuhuhu.. Pack giler
 
 Nazrul Hakim Mat Wazir Puihhh fitnah..aku siap tgok najwa latif nyanyi lgi kt dtatan mrdeka...hahaaa
 
 Abu Fayyadh Aku kat himpunan ni...mana ada rempuh.,,jawab ler dpn Allah nnti.,,
 
Abu Fayyadh 3000 opah engko,.,,baru turun kira...memey berita lidah setan
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, December 31, 2013

Walau Pun Sinis, Nampaknya Nazri Terbuka

Sinis adalah stail Nazri Tapi yang penting hakikatnya dia tidak bantah
Tukar tarikh perhimpunan, jangan serentak dengan ambang Tahun Baru, kata Nazri
DECEMBER 31, 2013
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) meminta penganjur perhimpunan haram menukar tarikh perhimpunan supaya tidak diadakan serentak dengan sambutan ambang Tahun Baru malam ini.
Dengan nada sinis Mohamed Nazri berkata, jika penganjur menukar tarikh perhimpunan tersebut, ianya mungkin boleh dijadikan "produk pelancongan" yang baru kepada pelancong dari luar negara.
"Kita boleh menunjukkan dan membuktikan Malaysia mengamalkan demokrasi politik segar di mana rakyat boleh berprotes secara haram tanpa ditangkap.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini."Mungkin saya boleh panggil pelancong untuk melihat keburukan segelintir parti politik di negara ini," katanya dengan nada sinis ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram untuk mengguling kerajaan yang akan diadakan malam ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur serentak dengan sambutan ambang Tahun Baru.
Mohamed Nazri berkata amalan berprotes adalah suatu benda biasa yang juga dilakukan di negara lain seperti di Mesir dan Ukraine, namun janganlah dilakukan pada hari orang ramai ingin menyambut tahun baru.
"Malam ini orang ramai mempunyai pilihan sama ada hendak ke Dataran Merdeka untuk menyambut tahun baharu atau menyertai perhimpunan haram," katanya.
Sementara itu ketika mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pengurangan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10%, beliau menyokong pengurangan itu kerana baginya jemaah menteri bekerja untuk rakyat.
"Saya rasa dengan keadaan ekonomi sekarang, jemaah menteri sepatutnya mendahului perkara ini walaupun elaun wakil rakyat di Selangor naik tetapi kita mengurangkannya.
“Apa yang penting kita cukup makan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Perdana menteri semalam mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10%, berkuatkuasa esok. – Bernama, 31 Disember, 2013.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.