6/04/14
SPR khianati Melayu untuk menangkan Umno
KUALA LUMPUR 5 APRIL: Ahli Parlimen
Kuantan, Fuziah Salleh berkata persempadanan semula oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) adalah mengkhianati orang Melayu dengan niat jahat
untuk memenangkan Umno dalam Pilihan raya.
Katanya, cadangan undi mengikut kaum
seperti disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Shahidan Kassim adalah bukti jelas ia dilakukan untuk memastikan
kemenangan Umno.
“Ini cara Umno untuk menang dan mereka menggunakan orang Melayu,” “Mereka
kekalkan kuasa, besarkan kuasa Umno untuk mendapat banyak undi. Mereka
gunakan Melayu, tapi bila senang mereka akan tinggalkan Melayu dalam
kemiskinan, biarkan Melayu merana.
“Bila pilihan raya mereka ambil Melayu
balik, bagi BR1M, bagi macam-macam supaya Melayu terhutang budi dengan
Umno,” jelasnya menambah cadangan itu memarakkan isu perkauman.
Sementara itu, beliau turut membidas
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang menyokong konsep undi berasaskan
kaum walaupun ia dianggap menyamai ‘dasar aparteid’.
Katanya, Isma mempunyai haluan pemikiran
ekstrem yang bahaya dan ia boleh memesongkan pemikiran orang lain
terhadap ajaran Islam itu sendiri.“Ini lebih bahaya dari Perkasa kerana
mereka melabelkan nama Islam dan Islam menolak yang bertentangan dengan
ajaran Islam. Islam tak pernah dominasi kaum , Isma adalah rasis dan
hanya berselindung di sebalik Islam,” kata Fuziah ketika dihubungi.
Sebelum ini, bekas pengerusi SPR Tan Sri
Abdul Rashid Rahman mengakui amalan gerimander selama lapan tahun
pentadbirannya dalam badan itu adalah untuk mengukuhkan kuasa Melayu.
Bagaimanapun, Pengerusi Bersih, S Ambiga
ketika itu mengatakan persempadanan semula oleh SPR sebenarnya hanya
untuk memastikan survival politik Umno.Febuari lalu, ahli akademik,
Bridget Welsh berkata, cara persempadanan semula kawasan pilihan raya di
Malaysia berunsur diskriminasi dan memecahbelahkan, dan akhirnya boleh
menjejaskan legitimasi kerajaan sendiri.
0 orang berkata:
Post a Comment