9/04/14
16 tahun keluarga difitnah, apa perasaan anda jika ditempat saya? - Wan Azizah
SHAH ALAM: Sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mencuri tumpuan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail buat pertama kali berucap bagi membahaskan titah Tuanku Sultan Selangor.
Beliau sekali lagi mempertahankan Ketua
Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang terus menjadi sasaran serangan yang dibangkitkan pelbagai
pihak termasuk Pembangkang Dun Selangor dalam isu fitnah II, MH370 dan
pertikaian peranan beliau sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Wan Azizah dengan tenang meminta dewan
menyelami sendiri perasaan mereka jika berada di tempat beliau
sekeluarga yang terus menjadi mangsa fitnah, sejak 16 tahun lalu.
“Kalau tuan berada di tempat saya, apa
perasaan anda? Saya ada anak dan keluarga,” katanya yang merujuk kepada
kes Fitnah II yang dilemparkan terhadap Anwar.
Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh
pujian yang dizahirkan Sultan Selangor yang gembira dengan peningkatan
ekonomi Selangor sebanyak enam peratus seperti yang dititahkan tuanku
dalam ucapannya, pada 7 April lalu.
Katanya, angka berkenaan adalah bukti
jelas Anwar melakukan tugas selaku Penasihat Ekonomi Negeri dalam
memastikan ekonomi Selangor meningkat waalupun dibayar dengan gaji RM1.
Selain itu, Wan Azizah turut menegur
Kerajaan Negeri supaya mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan
usaha memastikan kaedah pengurusan sisa pepejal dapat ditambah baik.
Hal itu kerana beliau melihat sendiri
keadaan taburan sampah sarap pada tempoh berkempen di Dun Kajang dan
percaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat diperkasakan melalui kuasa
yang ada pada Kerajaan Negeri.
Tambahnya, jalan penyelesaian masalah
aliran trafik untuk jangka pendek di kawasan Kajang juga perlu dibuat
sementara menunggu projek MRT siap sepenuhnya.- HD
0 orang berkata:
Post a Comment