NGO Islam berperanan mertabatkan Islam
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom berkata kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak termasuk Badan
Bukan Kerajaan (NGO) Islam perlu dalam mendukung usaha kerajaan
memartabatkan agama Islam di Malaysia.
"NGO berperanan penting dalam membantu kerajaan untuk memastikan hak asasi manusia di Malaysia sentiasa terpelihara," kata beliau ketika ditemui pemberita dalam majlis Amanat Menteri Mengenai Isu-isu Semasa Kepada NGO Islam di pejabat Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini hari ini.
Jamil Khir berkata perjumpaan bersama NGO Islam itu bertujuan memberipencerahan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan isu-isu agama dalam kalangan masyarakat hari ini dan beliau mengambil peluang itu untuk mengenali pemimpin-pemimpin NGO Islam secara lebih dekat.
"Saya memandang serius terhadap pihak yang telah mengambil kesempatan berhubung kejadian MH370 dengan menggunakan perbomohan kononnya membantu misi pencarian pesawat tersebut, hal ini telah memburukkan imej agama dan telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang buruk," katanya.
Antara perkara yang dinyatakan dalam perjumpaan bersama NGO Islam kali ini adalah mengenai pendirian tegas kerajaan berhubung pelaksanaan Undang-Undang Syariah di Malaysia. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment