Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 13 April 2014

Hudud Kelantan: Utusan Malaysia tiba-tiba lebih PAS dari PAS..!!!

Sejak Dulu Utusan Jadi Barua Umno Hina Hukum Islam
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menyatakan sokongan terbuka kepada PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan menggesa parti Islam itu agar tidak mempedulikan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) DAP dan PKR.

Menurut Awang Selamat, sudah sampai masanya PAS diberikan peluang untuk melaksanakan hudud dan tidak tunduk kepada tekanan luarseperti yang dilakukan Brunei.

"Apa sekali pun dugaan, PAS tidak boleh berundur. Bujur lalu melintang patah. PAS hanya perlu tunduk kepada undang-undang Allah (seperti yang selalu dilaungkan pemimpinnya) dan bukannya DAP dan PKR," tulis Awang Selamat dalam Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

"Inilah kesempatan terbaik yang PAS ada. Dalam kaitan lain, kerajaan Brunei tidak berganjak meski mendapat tekanan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia selepas mengumumkan pelaksanaan hukum hudud."

Menurut Awang Selamat, PAS perlu menggunakan kesempatan yang diberikan kerajaan pusat bagi melaksanakan hukum hudud yang sudah diperjuangkan oleh parti itu sejak penubuhannya lebih 50 tahun dahulu.

"Dengan kerajaan pusat memberi laluan kepada kerajaan negeri Kelantan dan perubahan pendirian ramai pemimpin Umno serta sokongan banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam, ramai orang Islam yang teruja untuk melihat ia menjadi kenyataan.

"Awang berharap seramai mungkin ahli Parlimen terutama yang beragama Islam tanpa mengira parti menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh PAS di Dewan Rakyat bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 atau hudud," katanya.

Menurut Awang Selamat, cabaran utama PAS kini hanya rakan-rakan PR iaitu DAP dan PKR.

"Beberapa pemimpin DAP dan PKR lantang menentang usaha tersebut dengan kata dua dan ugutan.

"Apakah PAS akan tunduk dan akur kepada kehendak DAP dan PKR sebagaimana selama ini atau tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum hudud? Banyak hujah yang boleh digunakan ke atas DAP dan PKR dalam melaksanakan hukum hudud. Awang tidak nampak asas kukuh bagi kedua-dua parti itu menghalang usaha tersebut di Kelantan - ia bukannya di Pulau Pinang atau Selangor," katanya.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sudah menyatakan kesediaan membantu mendapatkan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan akan melobi ahli Parlimen Umno untuk menyokong pembentangan rang udang-undang persendirian kerajaan Kelantan di Parlimen.

Sinar Harian melaporkan, Annuar berkata, sebahagian besar daripada 88 pemimpin Umno di Parlimen akan menyokong pembentangan tersebut di Parlimen.

“Sebenarnya ia tidak perlu dibawa ke Parlimen memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sudah meluluskannya, tetapi sekali lagi saya nyatakan, tidak harus ada tanggapan negatif dan kita perlu bersangka baik. Jika PAS ingin membawa perkara ini melalui undang-undang persendirian, maka kita mengalu-alukan, dan saya sedia melobi ahli Parlimen Umno supaya menyokong."

Pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang adalah antara pemimpin pembangkang yang menentang keras pelaksaan hukum Islam berkenaan atas alasan ia bukanlah persetujuan bersama dalam (PR).

“Pendirian kita sangat jelas dan mudah dan parti PR juga faham akan itu. Bagaimanapun, agak menyedihkan ada yang tidak faham dan sengaja memperbesarkan perkara mengenai pelaksanaan hukum hudud," kata Lim yang juga penasihat DAP membantah rancangan PAS untuk melaksanakan hukum tersebut.

Pemimpin parti komponen BN dari MCA turut menentang pelaksanaan hukum hudud.
Sementara itu,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau yakin kekuatan politik Islam yang berpegang teguh dengan akidah akan berjaya mengubah persepsi dua parti komponen PR itu.

“Tidak apa..dia (hal itu) sikit lagi. Ambo (saya) akan sebut (perjelaskan) dan kita akan terbuka sedikit demi sedikit. Itulah kelebihan politik Islam, syaratnya mesti kukuh, akidah pegang molek, biarlah apa orang hendak buat, lama-lama mereka (DAP dan PKR) faham,” katanya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, keutamaan kini ialah mendoakan agar pembentangan di Parlimen berjaya kerana perkara itu sudah lama ditunggu dan diharapkan oleh kepimpinan PAS Kelantan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.