Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 6 April 2014

Dalam Ini Dunia: Kenyataan Panglima Tentera Laut, Menunjukkan Kerajaan Umno BN Membazir Pembelian Kapal Selam Scorpene !

Scorpene: Konon boleh guna dalam operasi SAR, kini Menteri kata tidak sesuai
Kenyataan yang dikeluarkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyebut kapal selam Scorpene dibeli Kerajaan mempunyai kemampuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hanya alasan untuk menghalalkan pembaziran serta menutup skandal rasuah pembeliannya, pada 3 September 2009.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata kenyataan itu jelas dilaporkan dalam laporan Agence France-Presse (AFP) bertarikh sama menyebut “Pegawai-pegawai Tentera Laut berkata kapal selam itu akan berada di negeri Sabah, di pulau Borneo, yang mana ia akan menjalani penalaan teliti sebelum boleh digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat.”

“Apabila kes ini muncul beberapa negara menghantar kapal selam untuk operasi SAR.

Saya dan juga beberapa pimpinan politik seperti Lim Kit Siang membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya.

“Menteri menjawab Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR,” katanya dalam kenyataan media.

Terdahulu, ketika tercetusnya isu Scorpene bernilai RM7 bilion itu, pemimpin Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai alasan bagi menutup skandal pembelian kapal selam yang dianggap terlalu mahal jika dibandingkan kapal selam negara lain yang mempunyai spefikasi sama.

Skandal rasuah itu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan pembunuhan jurubahasa dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang juga kekasih kepada rakan karib Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Dalam pembelian itu, Abdul Razak Baginda juga memperoleh komisyen bernilai RM540 juta melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd.

- selangorku

                             TLDM ulangi sebab tidak hantar KD Tun Razak

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengulangi kenyataan pihak TLDM sebelum ini yang mempertahankan tindakan untuk tidak menghantar kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak untuk operasi mencari pesawat MH370.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana kapal selam menggunakan diesel itu mempunyai keupayaan mencari dan menyelamat yang terhad.

"Saya tidak boleh menghantar kapal selam semata-mata untuk show off (menunjuk-nunjuk) sedangkan langkah tersebut langsung tidak efektif dari segi kos," katanya dalam laporan Utusan Malaysia.

"Tentera laut Australia juga sependapat dengan TLDM sebab itu mereka tidak mengatur gerak kapal selam diesel jenis Collins mereka.

"Namun sudah tentu kita menghargai dan berterima kasih kepada Britain kerana menghantar HMS Tireless.

"Kapal selam nuklear memiliki keupayaan berbeza berbanding kapal selam diesel.

"HMS Tireless boleh menyelam sehingga 90 hari bergantung kepada bekalan makanan tanpa perlu timbul pada kedalaman melebihi kapal selam diesel elektrik tetapi persoalan sama ada ia dapat membantu mencari serpihan kotak hitam MH370 adalah perkara kedua," katanya lagi dalam laporan Utusan Malaysia itu.

Sementara itu, Pengarah Pusat Teknologi Wayarles Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Tharek Abdul Rahman berkata, kotak hitam yang telah tamat tempoh masih dapat dicari menggunakan peralatan sonar berfrekuensi rendah.

Alat itu juga katanya dapat mengesan badan pesawat yang saiznya lebih besar berbanding kotak hitam.

"Ini akan memudahkan pencarian sebab badan kapal terbang dibuat daripada besi yang peralatan sonar dapat membezakan pantulan daripada objek-objek lain dalam air," kata seperti dilapor Utusan, hari ini.


                                    MH370: Tiada kapal selam digunakan

Tiada kapal selam digunakan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Katanya, ini kerana kapal selam tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan objek statik di dasar laut.

"Sonar yang dipasang pada kapal selam tidak mampu mengesan atau menjejak apa-apa objek yang berada di paras laut, ia hanya mampu mengesan objek yang bergerak atau yang mengeluarkan bunyi," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam di Subang, di sini hari ini.

Turut melawat pusat itu ialah Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Menteri Pertahanan.

Abdul Aziz berkata, bagi mengesan objek di dasar laut ia selalunya dilakukan kapal yang dilengkapi sistem sonar lebih berkeupayaan tinggi dalam mengesan objek di paras laut seperti kapal selam penyelamat, kapal hidrografi dan kapal pengesan periuk api.

Katanya, kapal yang mempunyai kelengkapan itu dikerahkan ke kawasan operasi termasuk kapal MV Mega Bakti, KD Perantau dan KD Mahameru milik Tentera Laut Diraja Malaysia selain MV Swift Rescue milik Tentera Laut Singapura.

"Jadi saya harap selepas ini tidak ada lagi tohmahan ataupun pertanyaan mengenai kenapa kapal selam tidak digunakan dalam operasi mencari MH370 ini," katanya.

Pada Sabtu lalu, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Pesawat itu membawa penumpang terdiri daripada warga 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

- BERNAMA
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.