Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 6 April 2014

Penculik di Semporna hubungi keluarga pelancong wanita China


Kumpulan penculik yang menceroboh dan melarikan seorang pelancong China di sebuah resort atas air, Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, telahpun menghubungi keluarga wanita itu Jumaat lepas.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan perkara itu namun tiada sebarang tuntutan yang dibuat setakat ini.

"Keluarga mangsa itu sendiri diberi peluang bercakap dengan mangsa culik berkenaan melalui telefon. Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan sihat dan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak Esscom akan melancarkan operasi pemeriksaan ke atas chalet di pusat peranginan sekitar Semporna dalam masa terdekat bagi memastikan tiada pekerja asing di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone).

Mohammad berkata Esscom, yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menambah kekuatan aset di Semporna bagi mengawal keadaan di kawasan itu.

"Kita akan menambah sebanyak kira-kira 30% kekuatan aset kita yang membabitkan semua agensi dan digerakkan di perairan kawasan Semporna namun kita tidak mengabaikan soal keselamatan di kawasan lain di Esszone," katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 10.30 malam Rabu lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh resort berkenaan dan melarikan Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai serta seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40.

Pada Jumaat lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilapor berkata polis menahan empat individu, termasuk tiga wanita, bagi membantu siasatan kes penculikan itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.