April 16, 2014
Misteri MH370 : Ayunan Timur Barat (Episod ke-8)
Dalam tempoh yang amat singkat - sekitar 22 tahun, hubungan antara
China dengan Israel telah sampai ke skala yang sangat besar dan luas. Hubungan
kedua-duan buah negara ini memuncak dalam
lawatan bersejarah Presiden China Jiang Zeming ke Israel pada tahun
2000. Empat presiden Israel dan tiga perdana menteri, termasuk yang
paling baru-baru ini, Perdana Menteri Bejamin Netanyahu dalam Mei 2013,
telah membuat lawatan diplomatik dan perdagangan ke Beijing.
Asas bagi berkembang hubungan Israel-Cina terletak pada ekonomi mudah:
Israel adalah pemimpin dunia dalam teknologi yang boleh mencapai skala
tinggi, manakala
China sebagai kuasa ekonomi global dengan jumlah penduduk melebihi satu
bilion.
Jumlah dagangan dua hala antara Israel dengan China
meningkat hampir 200 kali ganda sejak hubungan secara rasmi ditubuhkan,
daripada hanya $50 juta dalam tahun 1992 kepada $9.91 bilion pada tahun 2012.
Kerjasama telah berkembang daripada pertanian kepada hampir
semua bidang seperti sains dan teknologi, pendidikan, penyelidikan, budaya, seni,
pelancongan dan akademik.
Pada bulan November 1991, Menteri Pertahanan Israel, Moshe Arens
dilaporkan telah melawat ke China secara rahsia dan dipercayai melakukan rundingan dan pengembangan kerjasama ketenteraan.
Pada 23 Januari 1992, Menteri Luar Israel, David Levy telah melakukan
lawatan empat hari ke Beijing. Beberapa bulan sebelum penubuhan rasmi
hubungan China-Israel.
Kedua-dua negara telah mengekalkan beberapa pautan perdagangan, yang
berjumlah USD30 juta pada tahun 1992. Sejak itu, pertumbuhan tahunan
dalam perdagangan telah purata 40%. Perdagangan
dua hala meningkat kepada USD 3 bilion pada tahun 2005 dan kepada USD 5
bilion pada tahun 2008 dan USD 10
bilion pada tahun 2013. China adalah rakan perdagangan Asia terbesar
Israel dan telah mendapatkan kepakaran Israel dalam tenaga solar,
robotik
pembuatan, pengairan, pembinaan, pertanian, pengurusan air dan
penyahgaraman teknologi untuk menghadapi kemarau dan kekurangan bekalan
air. Sebaliknya, Israel telah mengimport produk berteknologi tinggi dan
barangan perkilangan dari China.
Terdapat lebih daripada 1,000 firma Israel yang beroperasi di China
pada 2013.
Pada tahun 2007, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert
melakukan lawatan berprofil tinggi ke China untuk meningkatkan
kerjasama perdagangan dan tentera dan mendapatkan sokongan China sejak
tercetusnya konflik senjata nuklear Iran. Walaupun hubungan yang semakin rapat antara kedua-dua negara, China
juga terus mengekalkan hubungan yang semakin kukuh dengan Palestin,
Dunia Arab dan Dunia Islam. Israel
dan China memulakan kerjasama ketenteraan secara holistik seawal
1980-an, walaupun tiada hubungan diplomatik rasmi wujud. Dianggarkan
bahawa Israel telah menjual senjata bernilai USD$ 4 bilion kepada China
dalam tempoh tersebut. China sangat menginginkan teknologi termaju
Israel yang mana ia tidak mampu diperoleh daripada Amerika Syarikat
mahpun Rusia.
Kini, Israel telah menjadi pembekal senjata terbesar kepada China selepas Rusia. China
telah membeli pelbagai peralatan dan teknologi ketenteraan, termasuk
satelit komunikasi. China telah menjadi pasaran penting bagi industri
persenjataan Israel, hal ini menyebabkan AS tidak berapa senang. Agensi Perisikan Pertahanan AS melaporkan bahawa
Israel telah memindahkan peluru berpandu, laser dan teknologi pesawat ke
China pada tahun 1990-an.
Israel juga dikatakan telah bersedia untuk menjual Phalcon kepada China, satu sistem radar
amaran awal di udara, sehingga ia dipaksa oleh Amerika Syarikat agar segera membatalkan perjanjian tersebut.
Pada 19 Oktober 1999, Menteri Pertahanan
China, Chi Haotian, terbang ke Israel dan bertemu dengan Ehud Barak,
Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Israel.
Kedua-dua orang membincangkan hubungan ketenteraan dan membuat beberapa
perkiraan peringkat tinggi, termasuk jualan pesawat perang mencecah USD$ 1 bilion ke China.
Pada September 2011, Menteri Israel Pengangkutan,Israel Katz,
menyatakan bahawa China dan Israel telah memasuki rundingan mengenai
pembinaan sebuah keretapi api berkelajuan tinggi menghubung Laut
Mediterranean dengan Laut Merah.
Projek bersama akan membenarkan pengangkutan barangan berjisim dari
China ke Israel dan Eropah Timur. Ia melibatkan kedua-dua pemaju kereta
api dari Israel dan Cina. Pada
bulan berikutnya, kerajaan China dan Israel menandatangani memorandum
persefahaman mengenai pembinaan bersama 180 km kereta api yang
menghubungkan bandar Israel di Eilat dengan Negev Desert's Zin Valley,
Beersheba dan Tel Aviv. Pada bulan Ogos 2012, dengan perdagangan
China-Israel semakin meningkat, Universiti Perniagaan Antarabangsa dan
Ekonomi di Beijing telah menubuhkan satu jabatan khusus untuk
mempelajari ekonomi Israel dan Yahudi, manakala beberapa universiti
China mula menawarkan kursus bahasa Ibrani. Sejak 2013, pelabur China
telah mula menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam firma Israel.
Soalnya
- dengan semua fakta yang membuktikan bertapa eratnya hubungan antara
China dengan Israel, maka apakah munasabahnya untuk Israel atau AS
melakukan konspirasi menculik 22 jurutera saintis China yang berada di
dalam pesawat MH370? Sedangkan mereka adalah sahabat akrab di belakang
kita? Bahkan dengan pelbagai hubungan yang sangat mencurigakan ini -
apakah tidak mustahil bahawa MH370 sengaja dihilangkan oleh komplot
sulit pensenjataan tercanggih hasil kerjasama China-Israel selama ini?
Semua
kemungkinan ini tidak boleh ditolak - kerana asasnya sangat mudah,
bahawa China dengan Israel adalah sahabat yang sedang meningkatkan
keupayaan pensenjataan mereka ke tahap yang sangat luar biasa serta
sangat serius membangunkan teknologi pertahanan masa hadapan. Dan tidak
mustahil MH370 adalah "bahan ujikaji" terhadap pertemuan baharu dalam
teknologi eroangkasa antara China dengan Israel. Masalahnya sekarang
ialah - teknologi apakah yang sedang dibangunkan oleh China dan Israel
sehingga (jika benar) mereka berupaya "melarikan" dan "menghilangkan"
MH370 sehingga ke Lautan Hindi?
Dan
sekiranya kita melihat kebelakang - untuk seketika, yakni beberapa
bulan sebelum MH370 di laporkan hilang di samudera, kita akan dapati
bertapa "intim"nya China-Israel melalui beberapa kerjasama yang telah
ditermeterai.
Enam bulan sebelum MH370 disahkan hilang - Presiden Universiti Tel Aviv, Profesor Joseph Klafter, dan Profesor Zhang Zhi, Presiden Universiti Jiao-Tong di Shanghai, telah menandatangani perjanjian untuk mewujudkan Pusat Penyelidikan Khas Pengajian Israel di kolej-kolej di China. Pusat penyelidikan tersebut akan menangani isu-isu semasa di Timur Tengah dan Israel. Ini merupakan pusat penyelidikan yang pertama dan seumpamanya di China. Perjanjian tersebut ditandatangani di hadapan Duta Israel ke China, Matan Vilnai, pegawai konsular Israel dan wakil-wakil dari komuniti perniagaan, dan golongan Yahudi.
Sebulan kemudian, pada Oktober 2013, hartawan Cina Li Ka-Shing, seorang ahli
perniagaan Asia yang paling kaya, menderma sebanyak USD$130 juta untuk Technion Institute of Technology milik Israel, sebagai sebahagian daripada usaha sama dengan Universiti Shantou yang
akan menubuhkan Technion Guangdong Institute of Technology (TGIT).
Wow! sangat ajaib - Hadiah, satu hadiah yang sangat besar untuk sebuah
universiti Israel, sekali gus menunjukkan hubungan yang sangat mendalam
antara China dengan Israel.
Ini juga secara tidak langsung menjadi perintis pertama bagaimana
Israel mendapat layan yang sangat baik daripada sebuah kuasa besar
ekonomi dunia bernama China. Israel juga dijemput untuk menubuhkan
institusinya ke negara itu yang mana negara-negara lain tidak pernah
mendapat keistimewaan seperti itu.
Dan pada Disember 2013, Menteri Luar China Wang Yi melawat Israel dalam
perjalanan dagangnya bagi "mengejar kerjasama lebih kukuh antara kedua-dua
negara," katanya kepada Netanyahu. Tambah beliau lagi, "Ekonomi China dan Israel " saling melengkapi dan kerjasama yang
saling menguntungkan agar kami menikmati masa depan yang cerah."
Ini
semua ini - tidak berlaku secara tiba-tiba, Mengapa China tidak meminta
kecanggihan teknologi Israel bagi mencari pesawat MH370? Apakah yang
menyebabkan China berat untuk meminta pertolongan itu? Bukankah antara
China dengan Israel seperti "isi dengan kuku"? Atau sebenarnya China dan
Israel mengetahui apakah yang menyelubungi misteri kehilangan MH370 ini
sejak awal-awal lagi, atau "mereka" sedang menguji teknologi kawalan
pesawat dari jarak jauh dan teknologi pesawat anti-rada?
Ikuti sambungan yang lebih mencemaskan dalam keluaran akan datang berjudul Misteri MH370 : Permainan Mungkar!
0 orang berkata:
Post a Comment