April 7, 2014
Misteri MH370 : Plot Di Sebalik Tadbir (Episod Pertama)
Saya mempercayai kesungguhan ini - iaitu Kotak Hitam yang giat dicari
dan harapkan, sekali pun ia bakal dijumpai dan dianalisis segala data
yang terkandung di dalamnya, ia akan tetap tidak akan memberi kita
apa-apa jawapan dan petunjuk berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370
ini. Sudah 30 hari berlalu - dan tragedi ini tetap menjadi misteri
paling aneh dalam sejarah penerbangan dunia. Seolah-olah ada pihak yang
sememangnya mahu peristiwa ini dicatatkan sebagai peristiwa "paling
misteri" dalam sejarah. Bahkan ia seakan-akan mahu peristiwa MH370 akan
terus hidup diulang-ulang sebagai kisah yang dipenuhi keanehan dan
diselubungi dengan konspirasi yang tiada jawapan sampai bila-bila.
Misteri MH370 tidak akan jauh bezanya dengan kisah pembunuhan Presiden
AS John F Kennedy pada lewat tahun 1963 yang tidak pernah terungkai
siapakah sebenarnya dalang di sebalik pembunuhan tersebut - namun yang
jelas pasti akan ada pihak yang "dikambinghitamkan". Dalam kes
pembunuhan JF Kennedy, Lee Harvey Oswald menjadi individu yang berjaya
dijadikan kambing hitam - dia ditembak mati sebelum apa-apa perbicaraan
mengesahkan bahawa dia merupakan adalah pembunuh JF Kennedy yang
sebenar. Dan akhirnya satu laporan telah dikeluarkan bagi menjelaskan
bahawa Oswald bukanlah individu yang mampu membunuh JF Kennedy, laporan
tersebut menulis, "namun, sebuah simulasi lain menunjukkan bahwa
penembak Kennedy
menggunakan peralatan yang sangat canggih, yang dipasangkan pada sebuah
tripod. Peralatan tembak itu juga menggunakan sinar laser pelacak
sasaran yang akurat. Sumber tersebut mengatakan, “Hampir tidak mungkin
bagi Oswald melakukan penembakan seperti yang dituduhkan.”
Kes yang sama turut berlaku ke atas peristiwa keruntuhan World Trade
Center (WTC) pada 11 September 2001. Dalam beberapa jam sahaja al-Qaeda
dan Osama bin Laden dituduh sebagai dalang peristiwa tersebut, namun
demikian sehingga hari ini, mayat Osama bin Laden tidak pernah
didedahkan kepada khalayak umum - ia hanya didakwa telah mati dibunuh
oleh pasukat tentera elit AS dan mayatnya dicampakkan ke laut. Hampir
semua gambar Osama bin Laden yang kononnya telah mati ditembak adalah
palsul dan sengaja disebarkan secara meluas di internet.
Seperti
yang diketahui, Osama
bin Laden telah dibunuh oleh pasukan komando AS, Navy SEAL, di
Abbottabad,
Pakistan, pada awal Mei 2011. Jenazahnya tidak dikuburkan, tetapi
dicampak ke laut dari kapal induk USS Vinson. Jika mayat Saddam Hussien
boleh didedahkan secara terperinci untuk tatapan dunia, mengapa tidak
bagi mayat Osama bin Laden? Maka ada kebenaran terhadap dakwaan bahawa
watak Osama bin Laden sengaja direka-reka bagi menghalalkan penjajahan
dan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas mana-mana negara yang tidak
disukainya atas nama memerangi pengganas. Begitu juga dengan tragedi
MH370. Plot cerita hampir sama dengan semua plot tragedi konspirasi
besar dunia. Mereka mahu kisah MH370 diingati sebagai peristiwa maha
dahsyat dalam lipatan sejarah kehilangan pesawat komersial dunia.
Tragedi ini akan diulang-ulang dalam hampir semua mesyuarat
antarabangsa, kolukium, perjumpaan menteri-menteri, pertemuan duta-duta -
bahkan ia bakal menjadi agenda penting dalam episod "Keselamatan di
Asia".
Mereka
mahu membuat kesimpulan segera, bahawa Asia - khususnya Asia Tenggara
memerlukan rakaian strategi pertahanan serantaunya - sebagai mana
kewujudan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Mereka mahu pertubuhan ala-NATO segera wujud di Asia Tenggara,
sekaligus mengurangkan dominasi China di rantau ini. NATO versi Asia
Tenggara mungkin diketuai oleh Singapura, negara kecil proksi AS yang
mungkin sementara waktu boleh dipercayai. Terdapat 11 negara yang
termasuk dalam kelompok negara Asia Tenggara, dan hampir semuanya
mempunyai sejarah atau hubungan yang akrab dengan Tanah Besar China,
baik melalui sejarah budaya mahu pun atas faktor ekonominya. Pada
tahun 1990-an, Cina dipandang sebagai ancaman bagi negara-negara di Asia
Tenggara. Hal ini disebabkan oleh adanya konflik tuntutan kawasan di Laut
Cina Selatan yang melibatkan Taiwan, Vietnam, Malaysia, Filipina dan Brunei, di samping sokongan terbuka China terhadap fahaman komunisme pada masa
lalu, menyebabkan negara itu dipandang serong oleh Asia Tenggara.
Namun,
persepsi ini mulai berubah ketika terjadi krisis kewangan
di Asia pada tahun 1997-1998. China mula membuka pintunya kepada dunia
luar - produk-produknya mula membanjiri pasaran Asia Tenggara dan
hubungan perdagangan dan ekonomi semakin rancangan antara China dengan
Asia Tenggara. China mula menunjukkan taring ekonominya yang setandingan
dengan AS bahkan China pernah digelar sebagai naga yang baru bangun
daripada tidurnya. Namun demikian, dalam tempoh 10 tahun selepas China
membuka pintunya kepada dunia luar - China mahukan lebih daripada
sekadar hubungan perdagangan dan industri dengan Asia Tenggara.
Sebaliknya, China mahu menjadi penggerak utama kepada forum keamanan di
rantau ini, sekali gus mengembangkan hubungan keamanan bilateral dan multilateral dengan negara-negara di Asia Tenggara.
Sekiranya China berjaya menjadi pemain utama kepada hubungan keamanan
seperti mana yang dicita-citakannya, maka Asia Tenggara sudah mempunyai
pilihan baharu selain daripada AS. Dan sudah tentu hal ini amat dibenci
oleh pentadbiran Rumah Putih, sekali gus mengurangkan peranan
ketenteraan AS di Asia Tenggara. Plot kehilangan MH370 dicipta bagi
mewujudkan dua kemungkinan, pertama - kegagalan teknologi canggih China
dalam menyelesaikan masalah yang dianggap "remeh" dan mudah oleh
masyarakat dunia (iaitu mencari dan menyelamatkan penumbang pesawat
komersial MH370), secara tidak langsung mewujudkan kesangsian bahawa
China tidak berupaya mengemudi keamanan di rantau ini. Kedua - meninjau
keupayaan sebenar kekuatan angkatan tentera China serta teknologinya.
Dan AS melalui proksi setianya - Australia, mahu membuktikan bahawa,
dunia sememangnya sangat bergantung harap dengan AS sampai bila-bila!
0 orang berkata:
Post a Comment