BUKTI PERTUKARAN GURU SECARA ZALIM KERANA 'DENDAM POLITIK' TELAH MENCALAR IMEJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
Posted on
Wednesday, April 9, 2014
by
Cikgu Mala
in
KENYATAAN MEDIA:
BUKTI PERTUKARAN GURU SECARA ZALIM KERANA ‘DENDAM POLITIK’ TELAH MENCALAR IMEJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
Dari : Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK).
Tarikh : 9 April 2014:
“Pendedahan
YB Al Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok pada 8
April 2014 semalam di Lobi Sidang Parlimen semalam membuktikan
kezaliman regim UMNO Barisan Nasional telah berlaku sejak merdeka
hingga ke hari ini semakin berleluasa terhadap warga pendidik dan ianya
tidak boleh dinafikan lagi.” Kata Pn. Normala Sudirman, Presiden
Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK).
Kenyataan
YB Al Fadhil Ustaz Ahmad Marzuk Shaary , yang memberikan pendedahan
senarai nama warga pendidik yang dilabelkan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah(PPD) di kawasan parlimen beliau,(Parlimen Bachok Kelantan) dan
bukti pendedahan arahan untuk guru ditukarkan adalah dari orang yang
berjawatan politik dari UMNO Barisan Nasional termasuk laporan dari
Ketua Cawangan UMNO terhadap warga pendidik amat menyedihkan dan
mencalar imej perguruan di Malaysia.
Terbukti
pelanggaran prosedur telah lama berlaku dalam urusan penempatan guru
untuk berkhidmat bukan alasan ‘atas keperluan perkhidmatan” tetapi
dengan suatu alasan atau tuduhan yang yang tidak berasas sama sekali
kerana campuraduk kefahaman dan sentimen politik kepartian yang sempit.
Penafian
Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini yang sering menjawab bila
isu ini dibangkitkan dalam sidang parlimen dengan jawapan ianya
adalah ‘prosedur biasa ‘ adalah bercanggah dengan tindakan dan
pembuktian fakta yang telah diberikan oleh YB Al- Fadhil Ustaz Ahmad
Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok dan ‘Memorandum Bantahan Kezaliman
Terhadap Warga Pendidik ‘ berkaitan isu pertukaran guru ,pemecatan
tidak mengikut prosedur dan ditahan gaji yang diserahkan oleh NGO
PENDIDIK di Parlimen ,SUHAKAM,dan Kementerian Pendidikan Malaysia
sejak 2012 dan 2013 serta 2014 baru – baru ini.
“Saya
menyeru agar warga pendidik bangkit mempertahankan hak mereka dari
ditindas dan dizalimi dengan tampil mendedahkan bukti terhadap
kepincangan yang berlaku dalam persada pendidikan negara.”Guru perlu
berani menyuarakan kebenaran agar martabat mereka tidak sewenang-
wenangnya diperlekehkan oleh pihak yang berjawatan dalam politik UMNO
Barisan Nasional . “
Jangan
biarkan martabat guru yang banyak berjasa mendidik anak mangsa ini
menjadi mangsa ‘dendam politik UMNO Barisan Nasional’ dan ‘penjara
organisasi yang menindas‘ini dibiarkan berterusan kerana yang akan rugi
adalah anak bangsa pewaris kepimpinan pada masa akan datang.
NGO Pendidik ingin mengingatkan bahawa doa insan yang dizalimi tiada hijab di sisi ALLAH SWT.
Ingatlah
bahawa tangan yang menurunkan tandatangan ,bersubahat dalam urusan
pertukaran secara zalim dan apa sahaja pertuduhan ,fitnah yang
menganiaya warga pendidik akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT diakhirat
nanti.
“Jadi
,saya ingin memberikan amaran agar jangan menzalimi pendidik dan guru
yang berjiwa mulia dan banyak berjasa kepada negara dengan fahaman
ketaksuban politik yang sempit kerana mereka tidak akan terlepas dari
urusan pertimbangan dosa dan pahala serta pertimbangan syurga neraka di
akhirat kelak.
Saya
selaku Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan
ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Al Fadhil Ustaz Ahmad
Marzuk Shaary,Ahli Parlimen Bachok pada 8 April 2014 semalam di Lobi
Sidang Parlimen semalam dan kepada pihak Akhbar Sinar Harian yang
memaparkan liputan pada hari ini di m/s hari ini.
“
Kami akan terus konsisten memperjuangkan hak warga pendidik dari
menjadi mangsa kezaliman seperti ini dan akan terus membantu agar
kebajikan mereka terbela dari sudut guaman dan perundangan agar
profesionalisme perguruan terus dihormati dalam persada pendidikan
negara”. Kata Pn. Normala Sudirman, Presiden NGO PENDIDIK sambil
menutup perbualan.
Salam hormat daripada :
Pn Normala Bt. Sudirman@ Cigar Mala.
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan
0 orang berkata:
Post a Comment