Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUH, KUATKAN SEMANGAT

Friday, April 11, 2014

Ini Buang Tabiat Ker Apa?

Apasal Najib mengigau ni? Yang Najib resah kenapa? Isu nak tukar kerajaan atau PM? Musim pilihanraya tidak, musim pemilihan UMNO pun tidak Tetiba saja bercakap tentang isu tukar kerajaan.... Atau Najib takut dirinya ditukar? Dah ada beruk menggoyangkan pokok ke?
Jangan sewenang-wenang tukar kerajaan, kata Najib MI - APRIL 10, 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengingatkan rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya bertindak menukar kerajaan yang ada pada hari ini.
Ini kerana, katanya, kerajaan hari ini terbukti mampu melaksanakan perubahan dan pembangunan yang dikehendaki rakyat.
"Kita jangan nak tukar kerajaan (hari ini), kita nak perubahan, yang penting kita nak perubahan dan kemajuan... buat apa nak tukar sekiranya parti (Barisan Nasional) boleh menunaikan dan melaksanakan perubahan dan kemajuan, jadi buat apa nak tukar.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan Geran Hak Milik Rancangan Tanah Kelompok Seri Damai, dekat Kuantan hari ini."Sebab kalau kita nak tukar, boleh jadi apa yang kita harapkan itu tidak boleh tunaikan apa yang kita tunaikan untuk rakyat, bukan nak tukar kerana nak tukar tapi kena tahu kesudahannya," kata Najib.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata banyak negara yang menukar kerajaan selepas digulingkan rakyat seperti Thailand dan Mesir tidak memiliki penyudahan seperti yang yang diharapkan.


Katanya rakyat sepatutnya yakin dengan kerajaan hari ini dan ia perlu dikekalkan bagi memastikan misi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai. – Bernama, 10 April, 2014.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.