Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kenyataan MB Negeri Sembilan jual air ke Selangor memperbodoh rakyat

KUALA LUMPUR 

SEREMBAN 17 APR: Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, Ravi Munusamy membidas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataannya untuk menjual air terawat ke Selangor.

“Kenyataan yang membodohkan rakyat, juga kenyataan yang sombong.
“Sebab di Negeri Sembilan pernah mengalami krisis air .

“Ada beberapa kawasan dalam sebulan dua sebelum ini yang mempunyai masalah air, seperti Chuah, Seremban, Port Dickson,” kata Ravi kepada Keadilandaily.

Ravi Munusamy 
Ravi (gambar) turut mencabar Mohamad Hasan membuktikan kenyataannya berkenaan masalah air di negeri itu.

“Kita cabar Menteri Besar, kalau tiada krisis air di Negeri Sembilan, minta jawab secara hitam putih,” katanya.

Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tiada masalah menjual air untuk menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban 16 April lalu.

Tanbah Ravi, kualiti air untuk diminum di Negeri Sembilan masih terjejas dan keinginan menjual air kepada negeri lain masih boleh dipersoal.

“Kualiti air masih didapati kotor. Mengikut analisa terperinci, air minuman memang tidak boleh diminum.

“Mohamad Hasan perlu baiki dahulu masalah air kotor ini sebelum dia jual air kepada orang lain, ” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60817

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.