Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 10 April 2014

MCA Sepakat Tolak Hudud

Wee menegaskan bahawa RUU hudud PAS bukan dibentangkan oleh Kerajaan maka MCA tidak diwajibkan untuk menyokong. 
KUALA LUMPUR: MCA akan menolak Rang Undang-Undang persendirian yang akan dibawa oleh PAS bertujuan membuka jalan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kesemua tujuh Ahli Parlimen parti itu akan berada di Dewan Rakyat pada Rabu jika PAS membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan bagi tujuan berkenaan.

"Undi kami adalah undi suara hati," kata beliau sambil menegaskan bahawa MCA mendukung Perlembagaan Persekutuan dan menolak apa-apa yang bertentangan dengannya.

Wee juga menegaskan bahawa memandangkan RUU berkenaan bukan dibentangkan oleh Kerajaan maka MCA tidak diwajibkan untuk menyokongnya.

Selain itu beliau turut mencabar Ahli Parlimen bukan Islam dari DAP dan PKR  terutamanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan pendirian mereka mengenai Rang Undang-undang tersebut.

Lim adalah penasihat DAP dan Guan Eng adalah setiausaha agungnya manakala kebanyakan daripada 38 Ahli Parlimen DAP adalah bukan Islam.

"Malah DAP dan PKR yang menjadi sekutu PAS juga harus bertanggungjawab terhadap percubaan parti Islam itu membentangkan RUU berkenaan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.