Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, April 7, 2014

MH370 : Hishamuddin sebar spekulasi mengatakan tak ada penumpang yang selamat...


Sepertimana sepupunya yang mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lutan Hindi tanpa sebarang bukti begitulah juga yang dilakukan oleh Hishamuddin ini..

Bila waris warga China minta Najib mohon maaf sebab buat spekulasi mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang juga boleh ditafsirkan sebagai terhempas.. ada pihak mempertahankan Najib dengan mengatakan Najib langsung tidak menyebut bahawa pesawat itu “terhempas” mahupun "tiada yang terselamat"

Najib kata penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.. bukan terhempas.. tapi yang menghairankan ialah kalau tak terhempas mengapa berhempas pulas mencari serpihan pesawat kotak hitam di Lutan Hindi?

Hari ini pula Hishamuddin mengatakan tiada petunjuk penumpang MH370 itu selamat.. kalau tak selamat tu maksudnya ialah semuanya terkorban..

Juga tanpa sebarang bukti hanya berdasarkan siasatan dari imej satelit yang tidak langsung membuktikan bahawa kapal terbang tersebut telah terhempas di Lautan Hindi kerana kesemua imej yang dicerap satelit adalah sampah sarap..

Dan dalam masa yang sama isyarat 37.5kHz yang dikesan oleh kapal dari China dan Australia dikatakan MUNGKIN dari kotak hitam MH370 itu masih belum ditemui fizikalnya..

Jangan pulak bila kena hentam dari seluruh dunia nak berdalih pula mengatakan dia tak kata semua terbunuh.. dia kata 'tiada petunjuk penumpang selamat' pula...

Laporan berkaitan..
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ‎hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat.
Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.
"Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelitik menunjukkan tidak ada yang terselamat.
"Namun saya masih mengharapkan keajaiban terjadi dan kita akan terus berdoa," katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Misi mencari pesawat MH370 yang hilang memasuki hari ke-31 hari ini membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal yang dijangka menerokai kawasan seluas 234,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Sementara itu‎ Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata urusan untuk membawa waris penumpang ke Perth, Australia hanya akan dilakukan selepas objek atau serpihan MH370 dijumpai.
"Kami masih belum tetapkan tarikh itu namun memutuskan selagi serpihan pesawat tidak ditemui maka tidak akan menghantar waris ke Australia.
"Dan selain itu juga kita akan mengenal pasti waris sebenar yang akan pergi ke sana," katanya.
‎Minggu lalu, Hamzah dalam sidang medianya menolak tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung nasib 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa pesawat itu “terhempas” mahupun "tiada yang terselamat".
Beliau berkata Najib hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK lapor The Malaysian Insider
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.