Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANTAU DI PARLIMEN DULU

Ahad, 13 April 2014

Pilihan raya Indonesia: Pengajaran kepada parti Islam, PAS dan Malaysia

Amin Iskandar@Black

Pilihan Raya Legislatif 2014 yang baru selesai memberikan pengajaran besar kepada parti-parti Islam Indonesia apabila kesemuanya hanya mendapat kurang daripada 10% kerusi berdasarkan keputusan pengiraan pantas (quick count) yang diadakan oleh beberapa lembaga dihormati.

Lembaga seperti SaifulMujani, Lembaga Survei Nasional dan Lingkaran Survei Indonesia mendapati parti Islam seperti Partai Keadilan Sejahtera (PKS) hanya mendapat (6-7%), Partai Amanat Nasional (PAN) (7-7.5%), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) (8.5-9%), Partai Persatuan Pembangunan (PPP) (6-7%), dan Partai Bulan Bintang (PBB) (1-1.5%).

Selepas mendapat keputusan buruk, kelima-lima parti Islam ini bertemu di Jakarta bagi membincangkan pembentukan gabungan.

"Kalau semua parti Islam bersatu, jumlah sokongan sudah sampai 31%. Ini melayakkan kita mengajukan calon presiden," kata anggota Majlis Syura PKS, Refrizal, di Jakarta seperti dilaporkan Kompas.

Undang-undang pilihan raya Indonesia mensyaratkan sesebuah parti untuk mendapat sekurang-kurangnya 20% sokongan sebelum layak mencalonkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.

Oleh kerana parti-parti Islam di Indonesia hanya sedar penyatuan akan menjadikan mereka kuat selepas selesai Pilihan Raya Legislatif, maka kali ini mereka tidak layak untuk menghantar calon untuk Pilihan Raya Presiden pada Julai akan datang.

Penyanyi folk popular Indonesia Iwan Fals turut menjadi tumpuan media dalam Pilihan Raya 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Amin Iskandar, 13 April, 2014.  
 
Penyanyi folk popular Indonesia Iwan Fals turut menjadi tumpuan media dalam Pilihan Raya 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Amin Iskandar, 13 April, 2014.
Rasuah dan skandal parti Islam

PKS merupakan parti Islam yang mula mencipta nama dalam Pilihan Raya 2004 dan muncul sebagai parti keempat terbesar di Indonesia selepas Pilihan Raya 2009 musnah kredibiliti selepas dihujani skandal dan rasuah.

Pada April 2011, anggota Majlis Syura PKS, Arifinto, ditangkap sedang melihat gambar lucah semasa sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

Sebulan sebelum itu pada Mac, salah seorang pengasas PKS, Yusuf Supendi, hadir Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) dan Badan Kehormatan DPR untuk melaporkan rasuah yang melibatkan sejumlah ahli parti itu.

Pada Januari 2013, Presiden PKS Luthfi Hasan Ishaaq yang juga merupakan anggota DPR, ditangkap terlibat dalam rasuah bagi daging lembu import atau dipanggil "sapi" dalam bahasa Indonesia.

Kes ini menyebabkan parti Islam PKS digelar sebagai Parti Korupsi Sapi dan menjadi bahan lawak kebanyakan warga Indonesia.

PAS yang merupakan sebuah parti Islam tertua di Malaysia harus belajar daripada pengalaman parti-parti Islam di Indonesia.

Syurga dan neraka yang dijanjikan tidak bermakna tanpa ketelusan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin mereka.

Kalau sebelum ini syurga dan neraka yang dijanjikan PKS mampu membuatkan umat Islam Indonesia menyokong mereka, akhirnya rasuah dan skandal menjatuhkan mereka.

Lebih hina lagi oleh kerana parti-parti sebegini yang menggelarkan diri mereka sebagai parti Islam, maka imej Islam itu sendiri tercalar di mata penganut agama lain.

Oleh itu, pemimpin dan aktivis PAS yang membanjiri Indonesia baru-baru ini untuk menyatakan sokongan kepada rakan-rakan mereka di sana perlu bermuhasabah.

Sementara Kelantan masih lagi dalam kekuasaan PAS, lebih baik perubahan dilakukan segera sebelum mengulangi nasib Kedah pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.
Pengajaran buat Malaysia

Saya berkesempatan untuk ke Indonesia dua hari sebelum pilihan raya untuk melihat serba sedikit bagaimana demokrasi berjalan di negara yang mempunyai penduduk Islam teramai di dunia itu.

Ternyata kekuatan Joko Widodo atau "Jokowi" tidak terkalahkan dan menjadi pujaan majoriti rakyat bawahan di Indonesia.

Seperti dikatakan seorang penganalisis politik dalam TV One, ketokohan Jokowi yang akan dicalonkan sebagai calon presiden bagi Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Julai akan datang berjaya mengangkat imej parti itu sehingga menjadi parti terkuat dalam pilihan raya kali ini.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan pilihan raya di Indonesia berjalan dengan baik. Parti-parti politik dan calon bebas berkempen. Pemantau pilihan raya bebas melakukan tugas.

Apa yang membanggakan ialah Komisi Pemilihan Umum (KPU) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu menguruskan lebih kurang 185 juta pengundi untuk menunaikan hak mereka.

Tempat pembuangan undi ditutup pada pukul 1.00 petang dan majoriti calon dan parti yang bertanding menghormati tempoh bertenang selama tiga hari untuk tidak lagi berkempen.

Sebelum Malaysia bercadang memperkenalkan sistem sebegini seperti dicadangkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas pulang menyaksikan pilihan raya Indonesia beberapa hari lalu, perlu ada media bebas dan ruang berkempen yang adil terlebih dahulu.

Jika Indonesia yang mempunyai penduduk lebih ramai mampu menguruskan pilihan raya dengan baik, tiada sebab negara kecil seperti Malaysia untuk melakukannya, kerana ianya merupakan tugas yang lebih mudah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.