Pemilu 2014: PDI-P dahului parti lain setakat 6 petang ini
09/04/2014 9:47pm
JAKARTA - Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mendahului 11
parti nasional lain pada Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014
hari ini.
Berdasarkan pengiraan segera daripada beberapa institut kaji selidik
mendapati setakat pukul 6 petang ini yang diperoleh agensi berita Antara
dengan kerjasama Radio Republik Indonesia bahawa PDI-P yang dipimpin
bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri memperoleh undi sebanyak
17.13 peratus undi.
Parti Golongan Karya (Golkar) di tempat kedua dengan meraih 15.51
peratus undi manakala parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) menduduki
posisi ketiga dengan 10.05 peratus.
Parti Demokrat yang dipimpin Presiden Indonesia, Susilo Bambang
Yudhoyono di tempat keempat setelah memperoleh 9.62 peratus dan diikuti
Parti Kebangkitan Nasional (PKB - 9 peratus), Parti Persatuan
Pembangunan (PPP - 8.15 peratus).
Parti Amanat Nasional (PAN - 7.53 peratus), Parti Nasional Demokrat (Nasdem
- 6.93 peratus), Parti Keadilan Sejahtera (PKS - 6.84 peratus) dan Parti Hati
Nurani Rakyat (Hanura - 6.72 peratus). - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment