Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pilihanraya Indonesia: Tiada Isu Seks, Liwat Dan Dakwat Benar-benar Kekal -Prof Agus

Pemilu Indonesia: Isu masa depan negara jadi fokus - Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus

SHAH ALAM - "Kempen Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014 hanya berkisar mengenai kesejahteraan hidup rakyat dan masa hadapan negara," kata penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang kini berada di Indonesia untuk membuat perhatian pilihan raya di sana. Gambar: Prof Agus menunjukkan dakwat kekal yang benar yang tak hilang walau telah dicucui.

Ketika mengulas mengenai pembuangan undi oleh rakyat Indonesia hari ini, menurutnya isu kempen pilihan raya Indonesia lebih menjurus kepada kempen untuk menjadikan Indonesia lebih baik dan tiada isu moral pesaing dimainkan.

"Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal jam 7 pagi hingga 1 petang apabila tempat mengundi ditutup.

"Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya adalah ke arah menjadikan Indonesia lebih baik dan sejahtera, tiada isu 'kotor' yang dimainkan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Rakyat Indonesia menunaikan tanggungjawab mereka hari ini untuk mengundi pada Pemilu Parlimen Indonesia 2014.

Nasib calon-calon yang merebut 560 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen Indonesia akan ditentukan oleh 185.5 juta pengundi berdaftar negara tersebut.

Selepas tiga minggu kempen parti politik berakhir Sabtu lepas, pengundi berdaftar Indonesia akan menentukan pemimpin mereka bagi tempoh lima tahun akan datang.

Rakyat Indonesia secara serentak akan memilih lebih 18,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Tingkat I dan Tingkat II (ahli majlis tempatan) di semua 33 provinsi atau wilayah.

Ini merupakan kali keempat Indonesia melaksanakan Pemilu sejak kembali ke sistem demokrasi selepas 32 tahun dikuasai satu parti sahaja.


INDONESIA MEMILIH

Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal 7 pagi. Jam 1 petang, tempat mengundi ditutup.

Mengundi menggunakan dakwat kekal. Saya cuba dakwat tersebut. Saya balik bilik, cuba cucikan dan memang kekal, tetapi tidak tahulah untuk berapa lama. Cuma diberitahu kekal untuk seminggu.

Jam 1 petang nanti, pengiraan undi dibuat di tempat mengundi. Saya akan ke situ sekejap lagi. Satu tempat mengundi mempunyai 300-380 pengundi.

Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya ialah kesejahteraan hidup rakyat dan masa depan negara. Kata mereka lagi, di sini tidak ada isu seks dan politik liwat.

Dengan perlahan, saya keluar baris. Aduh!
-FB Prof Muhammad Agus




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.