• Mas Ermieyati Samsudin Mas Ermieyati
1 / 1
SHAH ALAM - Pergerakan Puteri Umno hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap perlaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau konsisten untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud kerana berpandangan bahawa hudud sememangnya satu undang-undang yang baik oleh itu baginya, tiada sebab untuk beliau menolak perlaksanaan tersebut.

“Saya untuk makluman sejak dari awal dahulu saya memang menyokong hukum hudud, semasa saya belajar di Universiti, iaitu ketika di UKM tahun 1994, ketika soalan ini diajukan kepada saya, saya telah menyatakan bahawa saya menyokong hukum ini, kerana saya percaya hukum ini merupakan hukum yang baik jadi ianya tidak menimbulkan masalah.

“Cuma dari segi perlaksanaannya kita  kena ambil kira sebab kita berbilang kaum dan bercampur,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Mas Ermieyati berkata demikian bagi mengulas mengenai isu perlaksanaan hudud di negeri Kelantan dan pendirian Puteri Umno mengenai hukum ini.

Untuk rekod, hukum hudud bakal dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari tahun depan sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen.