Sabtu, 19 April 2014
MB Kelantan Ziarah Mendiang Karpal Singh
Menteri Besar negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hadir menziarahi
mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini dan masuk melihat jenazah
mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir.
Ahmad semasa sidang media memuji mendiang sebagai pembela keadilan dan
rakyat sepanjang hayatnya."Saya mewakili kerajaan Kelantan mengucapkan
takziah kepada keluarga mendiang keatas pemergian Karpal.
"Kita kehilangan pejuang yang aktif perjuangkan keadilan rakyat," kata
Ahmad dalam sidang media di kediaman mendiang.Ketibaan Ahmad yang
berbaju jubah dan berkopiah disambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng dan ahli keluarga mendiang.
Ahmad kemudian menandatangani buku takziah dan terus masuk ke dalam
kediaman di mana jenazah Karpal ditempatkan di dalam rumah.Selepas
selesai, Ahmad kelihatan berbual-bual seketika dengan Lim dan penasihat
DAP, Lim Kit Siang.
Ahmad juga berkata kehilangan Karpal pasti dirasai di Parlimen kerana
banyak memperjuangkan isu dan membela rakyat."Kita kehilangan pemimpin
yang banyak berjasa terutamanya di Parlimen
dan membela rakyat dalam banyak perkara, terutama melibatkan soal
keadilan."Kita semua bersedih dengan pemergiannya," kata Ahmad.TMI
0 orang berkata:
Post a Comment