Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEJAUH NI MAHADHIR SENYAP JEW !

 Sebagai bekas pasukan keselamatan saya mahu tanya, "siapa arahkan serbu dan bunuh, arahan siapa ? Dr Mahadhir ? Musa Hitam ? Menteri Dalam Negeri ? Atau polis yang buat keputusan serang dan bunuh ? Soal dalam negara atau luar negara tidak timbul ! Pak Karamu

 Sunday, April 6, 2014


Saya Tidak Memangku Jawatan PM Ketika Peristiwa Memali - Tun Musa Hitam



KUALA LUMPUR  - Tun Musa Hitam hari ini mendakwa beliau tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari peristiwa Memali berlaku kerana Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di dalam negara.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pada hari kejadian, beliau bersama Pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd. Amin Osman telah menemui Dr. Mahathir di pejabatnya dan Mohd. Amin memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku.

Taklimat itu mengenai operasi polis di Memali yang melibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam.

"Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr Mahathir menangguhkan program lawatan ke China atas tiga sebab (iaitu) peristiwa ini berlaku di negeri Kedah, negeri perdana menteri sendiri; peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

"(Dan) dengan menangguhkan lawatan ke China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kejadian pada 19 Nov 1985 itu, seramai 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. - BERNAMA

1 orang berkata:

Anonymous said...

Bila buku bertemu ruas, cuma kena tengok dulu sama ada buku itu masih belum cukup keras atau yang dah cukup keras. TMH mungkin lebih banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai TDM, berbanding DSAI. Kena kepung kiri dan kanan, depan dan belakang, mana mau lari haaa... Hendak ke atas tiada sayap, cuma ke bawah shj pilihan yg ada.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.