Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, 13 April 2014

Berita Menggembirakan Dari Selangor Yang Tidak Disiarkan Oleh Media Macai Umno..

Selangor mencatat pelaburan kedua tertinggi antara negeri di Malaysia dengan jumlah sebanyak RM9.833 bilion pada tahun 2013.Exco Pelaburan, Ean Yong Hian Wah berkata jumlah pelaburan itu adalah daripada 228 projek yang diluluskan melalui pelabur asing dan tempatan.

Katanya, sebanyak RM3.62 bilion diperolehi daripada pelaburan asing, manakala sebanyak RM6.2 bilion daripada pelaburan tempatan.

“Jumlah pelaburan di negeri ini menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang popular bagi pelabur asing dan tempatan,” katanya yang menjawab pertanyaan Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat).

Ean berkata di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.017 bilion, lapor laman web Selangorku.com.Diikuti dengan Singapura iaitu sebanyak RM840 juta, Amerika Syarikat sebanyak RM459 juta, China sebanyak RM228 juta dan Switzerland sebanyak RM212 juta.

“Antara faktor utama yang menarik pelabur asing adalah kedudukan negeri strategik dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang.

“Selain itu ialah faktor kestabilan politik, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, perlindungan harta intelek, kemudahan infrastuktur yang selesa, perkhidmatan logistik, sumber tenaga mahir dan separuh mahir serta pusat perubatan bertaraf antarabangsa dan pendidikan antarabangsa,” katanya.


Beliau turut memaklumkan dalam jangka masa pendek ketika ini, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 turut memberi kesan kepada pelaburan daripada negara China.


“Namun, kita akan terus menjalinkan hubungan dan mengekalkan pelaburan dengan negara ini, tambahan lagi kita akan mengadakan promosi di negara itu melalui Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC),” katanya. ~kd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.