ORANG YANG BERNAMA ISLAM JIKA TIDAK MENYOKONG MAKA MALAIKAT AKAN MENCATET AKAN HAL LAKU MEREKA, DAN TIADA MA'AF BAGIMU, DAN MEREKA AKAN BERHADAPAN DENGAN ALLAH DI AKHIRAT TANPA ALASAN DUNIA BOLEH MELEPASKAN MEREKA - Pak Karamu
Tidak salah Pas bawa usul hudud ke Dewan Rakyat
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata
bukan menjadi satu kesalahan jika kerajaan Pas Kelantan ingin membawa
usul rang undang-undang mengenai Hukum Hudud ke Dewan Rakyat.
"Pada saya kalau perkara tersebut hendak dibawa ke Parlimen apa
salahnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang
2014 Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini yang turut dihadiri
isterinya, Tun Jeanne Abdullah.
Menjawab satu soalan sama ada wajarkah hukum hudud dilaksanakan pada
peringkat persekutuan, Abdullah berkata : "Biarlah satu demi satu
pelaksanaannya".
Kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan
akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan
Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah
Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.
Di majlis itu, 300 pelajar menerima anugerah dengan anugerah pelajar
terbaik keseluruhan disandang Iqbal Danial Sa'id yang mendapat semua A
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment