Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, April 15, 2014

Rosmah kata lutut dia mengeletar bila dengar tentang MH370.. Eh eh banyaknya jam dia..


Gambar-gambar yang disertakan bersama artikel ini ialah gambar-gambar Rosmah Mansor dalam beberapa aktiviti yang berkaitan dengan insiden MH370..

Apa yang menarik perhatian aku bukanlah mimik muka Rosmah ketika meninjau situasi tersebut..

Tapi jam tangan yang dipakai oleh Rosmah, apa yang jelas dalam ketiga-tiga gambar ini semua jam tangan tersebut adalah berbeza...

Selama ini aku sangkakan hanya beg tangan koleksi dia.. rupa-rupanya jam tangan pun banyak juga.. tentu mahal kan??

Tapi macai tak kisah... sebab depa makan rumputpun tak apa.. asal pemimpin kaya raya..

Rosmah: Saya terkejut, lutut menggeletar, badan lemah

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal.

"Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu," katanya.

Katanya sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan kredibel perlu tampil ke depan dalam usaha ke arah mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara selama sejam terbitan BernamaTV yang disiarkan secara langsung malam tadi. Ia juga disiarkan secara langsung melalui laman web Bernama.

"Jangan seperti anda baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi). Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution (jalan penyelesaian)," katanya.

Rosmah berkata sebagai seorang wanita dan ibu, beliau dapat menyelami kesedihan dirasai anggota keluarga terbabit yang terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan tentang nasib orang tersayang yang berada dalam penerbangan itu.

Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku.

Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini.

"Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong. Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya.

Ditanya tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut.

"Saya terkejut, lutut menggeletar, badan juga rasa lemah, malah terus berdoa kapal terbang segera ditemui," katanya.

Katanya, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal.

Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38.

"Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya.

Menurut Rosmah lagi, hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan negara lain menyaksikan pelbagai negara tampil membantu mencari MH370 dengan pelbagai aset dan kelengkapan canggih.

Beliau turut berkongsi sedikit dengan penonton mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin asing berhubung perkara itu.

"Belum sempat suami saya habis bercerita mengenai insiden kehilangan pesawat tu, ramai yang terus menyatakan kesediaan untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu," katanya.

Usaha mencari itu pada satu ketika melibatkan sehingga 26 negara dan ia dilihat sebagai operasi pencarian paling besar dalam sejarah penerbangan ~ Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.