Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, April 8, 2014

MH370 : Maklumat penemuan paling baik didedahkan Daily Telegraph..


Kawasan di mana para penyiasat mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada MH370 juga menjadi tempat di mana pesawat penerbangan Malaysia yang hilang itu memberikan isyarat yang tidak jelas, lapor The Daily Telegraph hari ini. 

Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan.

Kawasan itu sama dengan analisis yang dibuat beberapa hari lalu, di mana kawasan itu menunjukkan hubungan terakhir dengan satelit berlaku, katanya.

Ini disahkan selepas beberapa isyarat ping dikesan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi itu, di mana pihak berkuasa yakin ia petunjuk yang paling berwibawa sehingga kini dalam pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar 8 Mac lalu.

The Daily Telegraph melaporkan, penemuan ini membolehkan para penganalisis untuk merangka apa yang berlaku kepada pesawat itu, yang mereka yakini kehabisan minyak dan menghasilkan suasana kehabisan tenaga sehingga mengeluarkan "half handshake" (perhubungan dengan satelit) sebelum menjunam ke dalam air.

Jika itu berlaku, pesawat itu nampaknya seakan meluncur di atas air dan berguling-guling, bukannya menjunam terus ke dalam air, katanya.

Ketua Marshal Udara (B) Angus Houston, yang mengetuai pencarian pelbagai negara sebelum ini berkata, kapal tentera laut Australia mengesan dua set denyutan isyarat yang berbunyi "seperti isyarat kedudukan kecemasan".

Kumpulan pertama ping itu didengar pada Sabtu lalu selama dua jam 20 minit, dan kemudian isyarat itu hilang.

Tetapi kapal Ocean Shield itu kemudiannya berpatah balik dan mendengarnya sekali lagi untuk kira-kira 13 minit.

Selepas itu, kata laporan itu, kapal itu kehilangan hubungan lagi dan cuba mencari kedudukan isyarat itu semalam.

Houston memberitahu wartawan, kumpulan isyarat yang kedua termasuk suara yang kuat dan jelas dengan transmisi daripada dua 'pinger' yang dipasang pada kotak hitam yang mengandungi perakam data pesawat dan perakam suara di ruang juruterbang.

"Ini adalah maklumat yang paling baik yang pernah kita dapat dalam pencarian ini," Houston dipetik sebagai berkata.

"Kami sangat yakin kita semakin dekat dengan apa yang perlu kita buat. Saya memerlukan lebih maklumat untuk berkata 'inilah dia'."

Chris McLaughlin daripada syarikat Inmarsat British, yang membantu mengenalpasti laluan pesawat melalui "handshake", memberitahu The Daily Telegraph bahawa lokasi isyarat baru itu sama dengan kawasan pesawat itu memberikan isyarat misteri pada 8.19 am (waktu Malaysia) - lapan minit selepas ia memberikan isyarat secara berterusan setiap jam.

Inmarsat, lapornya, mengesan "half-handshake" dua minggu lalu dan selepas itulah ia dijangka tempat terakhir pesawat itu adalah lebih ke utara berbanding sebelumnya.

Sekumpulan pakar antarabangsa kemudian bekerja memperbaiki analisis dan kemudian menyimpulkan bahawa pesawat itu terbang lebih laju daripada yang difikirkan, membakar lebih bahan api, dan sepatutnya mendarat lebih jauh ke utara di sepanjang laluan yang sama, katanya.

McLaughlin memberitahu akhbar harian itu: "'Partial handshake' boleh berlaku kerana pesawat kehabisan bahan api dan bergegar seketika, apabila sistem terputus hubungan dan hidup semula, justeru mempunyai komunikasi dengan rangkaian. Pesawat itu kelihatan cuba untuk berkomunikasi sebelum mati."

Seorang bekas juruterbang British Airways yang menerbangkan Boeing 777, Stephen Buzdygan berkata, pesawat itu akan meluncur di atas air dan mungkin berguling ke belakang kerana kemungkinan enjin tidak ditutup secara sistematik.

"Tanpa bahan api dan anggapan bahawa anak kapal semua tidak sedarkan diri dan tiada yang memandu kapal terbang itu, ia akan meluncur," beliau dilaporkan sebagai berkata dalam laporan itu.

"Enjin mempunyai bekalan bahan api yang berasingan, maka kemungkinan besar ia tidak akan sampai ke sayap. Dengan tiada pembetulan autopilot, ia perlahan-lahan akan hidup kembali dan turun pada sudut dan sayap akan patah, " katanya dalam laporan itu.

Akhbar harian itu berkata, bateri kotak hitam Pinger pesawat sudah melebihi 30 hari, walaupun ia boleh bertahan dua minggu lagi.

Houston juga mengingatkan bahawa kapasiti kapal selam yang mencari dalam air hanya 4,500 meter manakala zon carian mempunyai kedalaman yang hampir sama.

"Ini adalah kawasan air yang sangat dalam - kita berada di pinggir keupayaan," kata Chin lapor The Malaysian Insider.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.