Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UNTUNG SEKEJAP RUGI BERTAHUN

Tindakan berhubung Laporan Ketua Audit Negara dimaklum dalam masa terdekat


09/04/2014 6:24pm

PUTRAJAYA - Tindakan terhadap kementerian, agensi dan jabatan kerajaan yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, kenyataan mengenainya akan dikeluarkan tidak lama lagi termasuk jumlah pegawai yang terlibat dalam kelemahan-kelemahan yang dilaporkan.
"Kita lihat insiden teguran dan lain-lain yang berkaitan telah berkurangan.
Saya telah maklumkan kepada ketua-ketua setiausaha dan jabatan supaya kita terus berusaha sebaik mungkin bagi menentukan insiden teguran terus berkurangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan pra pelancaran Pusat Pemeriksaan Kesihatan
Wanita Puspanita di Kompleks Puspanitapuri, Presint 10 dan Seminar Tahunan 'Wanita Sejahtera, Lelaki Perkasa.'
Pada Isnin lalu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, Jabatan Audit Negara mengemukakan 109 syor dalam Laporan Audit Negara 2013 Siri 1 untuk kementerian atau jabatan dan syarikat kerajaan memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_27.htm#ixzz2yNzACN2l
Hakcipta terpelihara

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.