Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, April 16, 2014

'Kit Siang sokong hukum hudud dalam diam'


KUALA LUMPUR  - Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terus memilih untuk berdiam diri di sebalik tumpuan umum mengenai pendiriannya berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, disifatkan sebagai demi menjaga kedudukan ahli keluarganya di Pulau Pinang dan masa depan sendiri dalam parti.

Bekas Ketua Cawangan DAP Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat menyifatkan, sikap berdiam diri itu sering diguna pakai oleh Kit Siang apabila tersepit antara kepentingan parti dan usahanya untuk memastikan Pulau Pinang tetap menjadi 'hak milik keluarganya'.

“Saya yakin Penasihat DAP itu akan menyokong hukum hudud dari belakang demi memastikan Pulau Pinang kekal menjadi 'hak milik keluarga beliau'. 

Jika dilihat sekarang pun, bukan sahaja Ketua Menteri, Lim Guan Eng malah ahli keluarganya yang lain termasuk anak perempuannya juga menetap di sana. Kita dapat melihat bagaimana Kit Siang membina empayarnya.

“Hanya melalui sokongan orang Melayu sahaja beliau dan keluarganya akan terus berkuasa. Kerana itu, beliau kini bermain sentimen berdiam diri dan dalam pada itu, tidak menolak cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana menyedari rata-rata kaum Melayu di Pulau Pinang menyokong perjuangan Pas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tuan Tat menambah, permainan politik murahan itu bukan sahaja boleh dibaca oleh pengikut dunia politik tanah air, malah rakyat juga semakin bijak menilai tindak-tanduk Kit Siang yang sering mengambil jalan selamat.

“Malangnya apa yang dilakukan oleh Kit Siang seolah-olah memainkan serta menipu pengundi Melayu. Bukannya hudud menjadi perjuangannya sebaliknya status keluarganya di negeri itu. 

Kita tidak mahu rakyat terus tertipu dan termakan helah badut politik sepertinya dan akhirnya rakyat pula menjadi mangsa politik kunonya," jelasnya.

Dalam pada itu, Tuan Tat turut membidas sikap keanak-anakan Kit Siang yang mahu memberi kursus tadika kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Dr. Wee Ka Siong ketika kedua-dua pemimpin MCA itu menggesa beliau untuk menyatakan pendirian berhubung hukum hudud.

“Kami pun mahu sertai kursus itu jika dijalankan. Terlalu banyak yang ingin didengar serta dipelajari daripada beliau. Kita juga berharap adanya topik bagaimana Kit Siang turut mengajar Guan Eng mengira daripada satu sehingga 1,823 undi semasa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP pada Disember 2012," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau mendesak Penasihat DAP itu memperjelaskan tindakannya 'menguburkan' legasi pengasas sebenar DAP, bekas Presiden Singapura, C. V. Devan Nair dalam pimpinannya selama lebih 48 tahun.

“Saya pelik apabila tiada langsung gambar pengasas sebenar DAP di mana-mana pejabat DAP.

“Beliau sepatutnya mengagungkan pengasas yang berjaya membawa nama DAP ke arena politik sehingga berjaya menawan beberapa kawasan di negara ini termasuk Pulau Pinang. 

Rakyat sudah sekarang sudah celik, semakin bijak, mereka mengetahui bahawa bukannya Kit Siang yang mula-mula mencipta DAP, jadi mengapa perlu 'melenyapkan' jasa pengasas itu," katanya. -Utusan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.