Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, April 9, 2014

Kalau Korang Nak Gelak Terguling-Guling Korang Bacalah.....

Kah..kah...rakyat dah kenal sangat dah...... Apa itu Utusan.....! Dah berapa kali kalah saman...sebab apa?
Satu lagi....... RBA ni illusi atau hakiki?
Utusan tuduh kewartawanan Mkini 'zaman batu'
mk - 1:45PM - 9 Apr 2014
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menggiatkan semula serangan ke atas Malaysiakini, dengan dakwaan bahawa portal akhbar ini mengeluarkan berita tidak beretika dan mengamalkan “kewartawanan zaman batu”.

Tanpa merujuk kepada mana-mana laporan khusus, rencana tulisan seorang editornya Zulkiflee Bakar mendakwa Malaysiakini berpura-pura menyiarkan laporan seimbang.

“Sebaliknya, semua orang amat mengetahui ke mana kecenderungan laporan mereka, apa niat mereka dan apa agenda tersirat mereka,” tulisnya.

Beliau juga mendakwa Malaysiakini mengamalkan kewartawanan songsang dan menyiarkan perkara yang didakwa menjejas keharmonian kaum dan agama.

Malaysiakini tidak akan mampu menolak andaian bahawa mereka mengamalkan corak kewartawanan zaman batu mungkin selaras dengan kempen pengurusannya yang menjual batu bata untuk membina bangunan portal berita tersebut,” tulisnya lagi.

Ia merujuk kepada kempen Malaysiakini untuk mengutip dana daripada orang ramai untuk membiaya pembinaan pejabat baru di Petaling Jaya.

Penyumbang berpeluang mengabadikan nama mereka di bata berkenaan untuk pameran.

Zulkiflee seterusnya bersyarah mengenai kewartawanan bertanggungjawab yang didakwa tidak diamalkan oleh Malaysiakini.

“Kewartawan yang bertanggungjawab tidak akan memaparkan fakta yang belum tentu benar, tidak akan memaparkan isu yang boleh mencetuskan kontroversi dan sudah pasti sama sekali tidak akan memutarbelit fakta demi kepentingan politik pihak tertentu.

“Namun jika kita melihat corak pemberitaan Malaysiakini ia jelas membuktikan kesemua itu seolah-olah tiada dalam perkiraan mereka,” katanya.

Dalam satu lagi laporan, Utusan memetik kenyataan seorang jurucakap NGO Jaringan Melayu Malaysia Hamdan Mohd Salleh yang mengaitkan Malaysiakini dengan satu golongan didakwa sebagai Red Bean Army (RBA).

Hamdan dalam laporan itu mendakwa Malaysiakini dan RBA berkongsi agenda dan fokus yang sama.

Malaysiakini dan RBA mempunyai hubungan yang akrab untuk menjatuhkan kerajaan. Dana yang mereka peroleh amat besar dan mereka menafikan serta bersikap berdiam diri ketika pendedahan dibuat,” dakwanya.

Malaysiakini telahpun menjelaskan dakwaan tersebut berkali-kali.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.