Wednesday, April 9, 2014
MH370: Munculnya Tanduk Syaitan
Misteri MH370 : Munculnya Tanduk Syaitan (Episod ke-3)
Kita
masih terus membicarakan agenda dan mesej misteri mengapa pesawat MH370
mesti dihilangkan di tengah-tengah Lautan Hindi. Dan sehingga setakat
ini - sekurang-kurangnya 80% daripada mereka yang mengikuti secara dekat
tragedi ini bersetuju bahawa ia merupakan perbuatan terancang - itu pun
sekiranya kita tidak mahu menyebutnya dengan istilah konspirasi.
Sebelum ini saya sudah menjelaskan bahawa salah satu ciri konspirasi
yang wajib kita ketahui ialah - sesuatu peristiwa itu akan berakhir
dengan penuh tanda tanya, kekeliruan, kebenaran dan kebatilan bercampur
aduk, tiada rumusan yang konkrit di samping kisah tersebut akan terus
kekal diulang-ulang bagi mencapai maksud dan keuntungan sesuatu pihak.
Sehingga kini, ciri tersebut sudah jelas dan nyata dalam kisah
kehilangan MH370 sebulan yang lalu. Kedua, sesuatu konspirasi mestilah
mempunyai ciri "impak yang sangat dahsyat" dan "keuntungan yang sangat
besar" kepada pihak yang merancangnya. Dalam kes ini, tragedi MH370
sudah sampai ke garis penamat. Tony Abbott, Perdana Menteri Australia
dengan tegas menyatakan bahawa, misi mencari dan menyelamat MH370
merupakan misi paling sukar dalam sejarah dunia.
Soalnya
apakah ia lebih sukar daripada mencari Saddam Hussien atau Osama bin
Laden? Jika itu termasuk mesejnya, maka kita boleh mendakwa bahawa
tragedi MH370 telah memberi impak dahsyat kepada dunia dari aspek
keselamatan dan daya pertahanan udara, khususnya kepada negara-negara
yang terlibat.
Hal ini seolah-olah bakal membawa isu MH370 melangkaui
sebuah kisah tragedi semata-mata, sebaliknya ia menuju ke arah "masalah
keselataman dan keamanan serantau" - Sekurang-kurangnya AS$30 juta
(RM97.7 juta) telah dibelanjakan untuk menanggung kos operasi pencarian
pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, menurut analisis Associated
Press.
Portal
berita New York Daily News yang memetik laporan itu menjelaskan,
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan sebanyak
AS$7 juta (RM22.8 juta) sepanjang minggu lalu.
Katanya, Australia
menanggung kos paling tinggi dengan perbelanjaan sebanyak AS$550,000
(RM1.7 juta) sehari bagi operasi kapal HMAS Success manakala kapal kedua
negara itu, HMAS Toowoomba menelan belanja sebanyak A$380,000 (RM1.2
juta) sehari. Jepun turut mengeluarkan kos sebanyak AS$8.8 (RM28.7 juta)
sepanjang menyertai misi pencarian pesawat milik syarikat penerbangan
Malaysia Airlines itu. Malah kita menjangkan kos akan terus meningkat
melebihi RM100 juta, sebaik sahaja kotak hitam ditemui untuk
dianalisis.
Apakah
maknanya semua ini bagi kita? Ini merupakan gambaran bahawa MH370 telah
menggegarkan seluruh dunia - seolah-olah ada pihak mahu peristiwa ini
menarik perhatian seluruh masyarakat antarabangsa.
Malah, kita juga
dikejutkan dengan 26 buah negara mengambil bahagian dalam operasi
mencari dan menyelamat bersama-sama dengan berdozen-dozen kapal perang,
kapal selam, satelit, rada dan pesawat dalam usaha merungkai misteri
kehilangan MH370 ini - tetapi selama lebih 30 hari ia masih buntu.
Apakah semua ini percuma? Walaupun Malaysia tidak diminta membayar
semula kos yang membabitkan operasi ini - setidak-tidak "tengkuk" negara
ini sudah terikat dengan istilah "membalas budi".
Cara
Malaysia "dipaksa" membayar balik segala kos yang telah dilaburkan ke
dalam operasi ini, bukanlah dengan wang ringgit - tetapi boleh jadi
dengan cara menandatangani perjanjian perdagangan/keselamatan yang
selama ini kita tolak atas alasan merugikan industri tempatan dan
bumiputera.
Senjata "membalas budi" adalah jauh lebih ampuh daripada
kuasa "budi bicara" atau "pujukan" dalam memaksa seseorang menuruti
kehendak kita. Soalnya apakah Malaysia akan terperangkap dalam kitaran
ganas ini? Dan siapa pula yang untung? Perlu diingat, Malaysia sedang
memohon bantuan daripada negara-negara yang mengamalkan fahaman
kapitalis tulen - yang bermaksud tiada yang percuma di dunia ini dan
keuntungan adalah sasaran kami!
Kita
tidak berhutang dengan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) seperti mana
ia mengikat tengkuk Indonesia sewaktu krisis kewangan Asia 1997/98,
namun demikian Malaysia terhutang budi dengan 26 negara yang telah
membantunya dalam usaha mega mencari MH370. Perlu diingatkan - krisis
kewangan Asia yang berlaku 17 tahun lalu merupakan konspirasi terancang,
diakui sendiri oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamed.
Mengapa ia dikatakan sebagai konspirasi? Jawapannya mudah
siapakah yang untung dalam krisis tersebut? dan yang lebih lucu tiada
sesiapa pun yang bertanggungjawab, bahkan Amerika Syarikat yang serba
hebat itu pun gagal (atau sengaja tidak mahu mendedahkan) menjejaki
organisasi yang telah meranap dan memanipulasi mata wang negara-negara
Asia - yang pasti Soros tetap bebas! Bukankah sehingga kini kita masih
tertanya-tanya siapakah dalang sebenar yang merancang krisis kewangan
Asia pada hujung tahun 1997 itu? Soros adalah tertuduh yang kebetulan
disebut oleh Tun Mahathir berkali-kali!
Sebelum
ini saya sudah menjelaskan bahawa Presiden China, Xi Jinping buat
pertama kalinya telah melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia enam
bulan yang lalu iaitu pada 3-5 Oktober tahun lalu. Sudah tentulah
lawatan ini membawa mesej dan maksud yang sangat besar - sesuai dengan
hubungan sejarah yang pernah berlaku antara Melaka dengan China seperti
mana yang tercatat di dalam Sulalatus Salatin.
Seperti yang kita sedia
maklum, Antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah
kerana Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara
China, armada Ming berperan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka
yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut.
Di
bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di
pesisir Barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh
Majapahit dan Ayutthiya.
Hubungan diplomatik antara Melaka dengan China
mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun1404
dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.
Parameswara memohon perlindungan dari China.
Melaka bersetuju menjadi
negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah
mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai
tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka.Melaka juga menghantar
utusan ke China.
Dinasti Ming mencatatkan bahawa Parameswara sebagai pendiri Melaka dan pernah mengunjungi Maharaja Yongle di Nanjing pada
tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya. Sebagai
balasan daripada ufti yang diberikan, Maharaja China menyetujui untuk
memberikan perlindungan kepada Melaka, kemudian tercatat bahawa terdapat
29 kali utusan Melaka mengunjungi Maharaja China.
Pada
tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459-1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang
penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan
Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po
dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah.
Untuk
menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih
Putih dengan
segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po
tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Sejarah
hubungan ini - setidak-tidaknya menggambarkan kepada kita bahawa
sejarah sedang berulang kembali. Kerajaan Melayu Melaka yang pernah
bangkit menjadi kuasa besar satu masa dahulu - tidak menjadi kuat secara
tiba-tiba, sebaliknya ada penaung dan pelindung di belakangnya!
Ikuti sambungan rencana ini dalam siri akan datang berjudul Misteri MH370 : 30 Hari Selepas Musibah!
0 orang berkata:
Post a Comment