Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

wow, nampaknya hudud ditangan umno ?

Ahad, 6 April 2014

Mustapa mahu MT Umno bincang hudud, satu tindakan positif

Ahmad dan Mustapa perlu berani melakukan perubahan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed nampaknya positif dengan cadangan kerajaan Kelantan untuk mengemukakan private bill ke parlimen untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. Pendirian Mustapa itu satu perkembangan baik dan yang dintunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan yang rindukan hukum hudud.

Pernyataan sikap positif Mustapa itu dibayangkan dalam kenyataan akhbar yang melaporkan beliau akan membawa soal hudud ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Mungkin inilah pertama kali Umno memberi respon serious dan positif terhadap hukum hudud yang sudah sekian lama di perkatakan.


Dalam kenyataan akhbar Mustapa sebagai mengulas cadangan kerajaan Kelantan, berkata,  Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hudud pada pada MT Umno kerana ia perlu dibincagkan sebelum kerajaan negeri Kelantan membentang rang undang-undang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan 1992 ke parlimen.

Menurutnya cadangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dari pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud.

"Tidak ada masalah, sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," demikian tegas Mustapa kepada pemberita. Pendirian dan sikap Mustapa itu positf untuk perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Rabu lepas selepas Exco Kelantan telah memutuskan akan mengemukakan private bill ke parlimen untuk meminta kebenaran kerajaan Pusat bagi membolehkan kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan pada tahun 1993 dilaksanakan di Kelantan. Serentak itu juga kerajaan Kelantan meminta agar pindaan berhubung bidang kuasa mahkamah syariah.


Sepatutnya sikap demikian, menyokong usahakan murni kerajaan Kelantan telah lama diambil oleh Umno bukannya memperli kerajaan Kelantan apabila cadangan melaksanakan hudud dinyatakan. Pendirian dan sikap diambil Mustapa itu merupakan satu langkah dan semangat baru dari Umno yang sudah tentu mendapat pujian ramai.

Sebelum ini semasa Umno diterajui Dr Mahathir Mohamad dan Annuar Musa sebagai pengerusinya, kesediaan seperti itu tidak pernah berlaku bahkan ada ahli perhubungan Umno Kelantan akan membawa cadangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu ke mahkamah.

Cuma apa yang diharap apabila perkara itu dibawa ke dalam Majlis Tertinggi Umno, jangan pula ada ahli MT yang membangkang atau menolak kerana mengira pembentang rang undang-undang persendirian itu akan menguntungkan Pas. Dalam soal hukum ini janganlah ada permainan politik murahan.

Sepatah kata Mustapa itu, "hudud adalah undang-undang Islam, kita kena sokong" ia menjadi tanggungjawab semua orang Islam. Kebetulan ia dibawa oleh Pas, Umno sepatutnya menyokong dan berterima kasih kerana Umbno juga mengakui memperjuangkan Islam. Kita yakin kalau cadangan dibawa oleh kerajaan Kelantan itu mendapat sokongan bulat, kerinduan rakyat Kelantan untuk melihat hudud terlaksana akan kecapaian.

Sehingga kini, selain Mustapa, Ketua Umno Bahagian Ketereh, Annuar Musa dan timbalannya Md Alwi Che Ahmad juga menyatakan kesediaan mereka menyokong hukum hudud. Annuar Musa dua kali mengulangi sokongan dan meminta kerajaan Pas melaksanakan hukum hudud.

Manakala Alwi semasa sidang DUN Kelantan yang lalu memberi jaminan kalau hukum hudud dilaksanakan beliau akan menyokong sepenuhnya, bahkan sekiranya perdana menteri, Najib Razak menolak perlaksanaan hukum hudud beliau bersedia untuk meninggalkan Umno. Keberanian dan janji Alwi itu turut mendapat pujian Tog Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam pada itu pimpinan kerajaan Pas Kelantan, khasnya Ahmad Yaakub perlu menggunakan peluang kemurahan dan kesedaran pemimpin Umno ini untuk merealisasikan hukum hudud di Kelantan. Sekiranya hukum hudud dapat dilaksanakan tahun 2015 seperti mana dibayangkan Ahmad Yaakub, ia merupakan kejayaan besar untuknya dan memberi signifiken kepada beliau sebagai menteri besar Kelantan. Turut juga mendapat pahala dengan terlaksanakan hukum hudud itu ialah Mustapa Mohamed dan Umno.

Apakah hukum hudud akan menjadi gerak mula ke arah penyatuan politik di antara Pas dan Umno di Kelantan? Tidak mustahil. Sesuaian dengan Pas Kelantan yang mendahului perubahan, perkara ini juga boleh berlaku.

Secara peribadi sejak lama dahulu saya yakin hudud akan dapat dilaksanakan bukan saja di Kelantan tetapi di Malaysia juga sekiranya umat Islam memahami akan keperluan undang-undang berkenaan.

MSO

1 orang berkata:

Anonymous said...

Akidah yg sama, kiblat juga sama, begitu juga kepercayaan, kitab, bahasa, kebudayaan dll lagi. Selama ini UMNO jelas menunjukkan penolakan atau mempersendakan hukum Islam. Alhamdulillah kini mereka mula menunjukkan kesedaran dari segi agama mengatasi kepentingan politik, tetapi perlulah ikhlas dan jangan pula flip flop atau ada udang tersorok. Bagi penganut bukan Islam tidak perlu sangsi, dan anda bebas mengamalkan kepercayaan anda.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.