MANA-MANA YANG BERSETUJU DENGAN HUDUD SILA TUBUH PARTI BARU, MANA-MANA YANG TAK SUKA HUDUD, SILA PERGI JAUH-JAUH, BLAHHHH ! DAH TERLALU LAMA ISU HUDUD NI DIPERKATAKAN, DAN DIPERMAINKAN, TIDAK RAMAI DIANTARA MANUSIA YANG BERCAKAP TENTANG HUDUD INI SECARA JUJUR, APA YANG ADA IALAH MAIN-MAIN SAHAJA, APABILA ISU INI SAMPAI PADA PENGHUJUNGNYA, TETIBA MENJADI ISU POLITIK YANG BANGANG - Pak Karamu
Nik Aziz yakin DAP, PKR faham
KOTA BHARU - Walaupun ditentang hebat rakan sekutunya, Pas yakin DAP
dan PKR akan akur cadangan Kerajaan Kelantan mahu laksanakan hukum hudud
di negeri ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau yakin kekuatan politik Islam yang berpegang teguh dengan akidah akan berjaya mengubah persepsi dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.
“Tak apa..dia (hal itu) sikit lagi. Ambo (saya) akan sebut (perjelaskan) dan kita akan terbuka sedikit demi sedikit. Itulah kelebihan politik Islam, (politik Islam) syaratnya mesti kukuh, akidah pegang molek, biarlah apa orang nak buat, lama-lama mereka (DAP dan PKR) faham,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini, semalam.
Nik Aziz sebelum itu ditanya mengenai penentangan DAP dan PKR terhadap hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian (private bill) di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri ini.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata, keutamaan kini ialah mendoakan agar pembentangan di Parlimen berjaya kerana perkara itu sudah lama ditunggu dan diharapkan oleh kepimpinan Kerajaan Kelantan.
“Tak berlaku lagi (hudud), tapi doakan mudah-mudahan pembentangan itu berjaya. Ini satu kemajuan yang sudah lama kita tunggu, bukan senang untuk Kelantan dan negeri-negeri bawa perkara seperti ini ke Parlimen,” katanya sambil menegaskan wajib bagi wakil rakyat Islam menyokong rang undang-undang ini.
Menurutnya, kesediaan Kerajaan Pusat beri laluan bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan menunjukkan perkembangan positif apabila ramai mula memahami kepentingan undang-undang Islam itu.
“Alhamdulillah mereka (Kerajaan Pusat) terbuka hati. Agama dan negara kita Islam, kedatangan hudud sebelum wujudnya Pas, iaitu sejak hampir 2,000 tahun lalu, sedangkan Pas bertapak pada 1951. Hudud bukan undang-undang Pas sebaliknya undang-undang Islam,” katanya.
Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika menyampaikan kuliah sesi pertama turut mengulas isu sama dan menurutnya penentangan oleh orang bukan Islam merupakan perkara biasa.
“Kita tak hairan jika mereka (bukan Islam) tidak setuju, biasalah kerana mereka bukan Islam, tapi mereka tak boleh halang kerana ini hak orang Islam, dan kita pun beri kebebasan kepada mereka apabila undang-undang ini dilaksanakan, sama ada boleh ikut atau tidak, yang kita kisahkan bila orang Islam tak faham dan tak mahu (undang-undang Islam),” katanya.
Bagaimanapun katanya, sokongan dan jaminan Adun-adun Umno di dalam Dun sehingga sanggup mengorbankan jawatan mereka merupakan perkembangan baik, serta petanda adanya kesedaran bahawa undang-undang sekarang tidak dapat selesaikan masalah jenayah dalam masyarakat.

2 orang berkata:
Wahai Pakkaramu, siapakah yg banggang yg kata sesiapa nak hudud sila tubuh parti baru. Kan dah ada PAS yg nak hudud. Yang tak mau hudud dari dulu lagi adalah UMNO. Jadi orang UMNO yg nak hudud tinggakan UMNO. Kan mudah. Tak perlu tubuh Parti Baru lg.
Hudud tu hukum allah kalu siapa sbgai seorg islam tak nk terima hudud x pyh la duduk d bumi allah ni.
Post a Comment