Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 6 Julai 2014

Wakil rakyat Selangor, orang besar Bukit Aman antara penderma gelandangan

20140704_230117 aKUALA LUMPUR, 5 JUL: Walaupun golongan gelandangan merasakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap mereka sebagai menjijikan tetapi percaya masih terdapat golongan kelas sederhana dan menengah lain yang pemurah dan memiliki perasaan kemanusiaanmenebal.

Antaranya, individu yang dipercayai wakil rakyat Selangor dan seorang berjawatan tinggi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang kerap mengunjungi dan menghulurkan bantuan kepada warga emas yang bergelandangan di hadapan Restoran Nasi Kandar Yassen, Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini.

“Kotak tempat Pak Long tidur ini, wakil rakyat pernah duduk bersembang dan bersedekah. Kereta dia ada logo yang menunjukkan wakil rakyat Selangor. Pak Long tak tahu nama tapi tahu dia wakil rakyat Selangor. Kawan juga beritahu Pak Long macam itu.

“Seorang lagi orang besar di Bukit Aman. Dia ada empat anak termasuk yang masih kecil, adakala siap ada pemandu. Selalu datang sini tanya khabar Pak Long dan bersedekah.
 
 Alhamdullilah, ada lagi orang kaya macam ini tetapi yang seorang menteri ini (Tengku Adnan) nak denda orang mahu beramal jariah.

“Adakah kami bukan manusia sehingga hilang perasaan perikemanusiaan langsung?” katanya.

Pak Long, 68, yang memilih tinggal di jalanan selepas mengalami tekanan perasaan disebabkan kematian isteri dan empat anaknya dalam kemalangan tragis di Melaka hampir dua tahun lalu.

Katanya, selain wakil rakyat Selangor dan orang besar di Ibu Pejabat Bukit Aman, orang kebanyakan yang tidak memiliki pendapatan tinggi juga sering membantu dengan memberikan sumbangan wang ringgit dan sedikit makanan.

Pak Long ketika ini menyara kehidupan dengan memberikan perkhidmatan menjaga parkir di hadapan restoran berkenaan dengan pendapatan purata RM20 sehari.

“Pak Long sendiri bekerja jaga parkir dan bantu mereka nak keluar sebab di sini banyak kenderaan. Pak Long tak paksa orang mahu bayar atau tidak. Kalau tak bayar pun Pak Long tetap redha dan senyum pada orang itu.

pengemis“Bila dah beberapa kali orang sama datang, dia tengok Pak Long tak pernah minta, lama-lama dia akan bagi juga, dapatlah RM20 sehari untuk makan dan minum. 
 
Cuma, kadang-kadang bila ada datang hamba Allah seperti Yang Berhormat tadi dapatlah Pak Long lebih banyak sikit,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Adnan mengumumkan akan mengambil tindakan kepada pihak yang penderma dan penerima bagi membebaskan Kuala Lumpur daripada golongan gelandangan.

Bagaimanapun pengumuman itu mendapat kutukan kebanyakan pemimpin, tokoh terkenal dan masyarakat awam yang menganggapnya sebagai tidak berperikemanusiaan. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.